Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, March 24, 2017

Kawasaki umumkan harga untuk Z900 ABS 2017

       
  • RM49,158 bagi Z900 ABS Standard
  • RM50,959 untuk Edisi Khas Z900 ABS
  Kawasaki Motors Malaysia akhirnya telah mengumumkan harga untuk model terkini dalam rangkaian mereka, Kawasaki Z900 ABS 2017. akan ada dua varian berbeza yang boleh didapati untuk pasaran Malaysia; Standard dan Edisi Khas (SE). Model Standard berharga RM49,158 dan untuk SE pula adalah RM50,959 (harga asas beserta GST). Sewaktu Keraian Makan Malam Tahunan Pengedar Kawasaki lebih kurang dua bulan yang lalu, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. mengambil peluaang itu untuk memperkenalkan sejumlah empat motosikal baru untuk pasaran tempatan bagi tahun 2017. Motosikal-motosikal ini terdiri daripada Versys -X 250, Ninja 650 ABS, Z650 ABS dan akhir sekali Z900 ABS. TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut. Mirip dengan kebanyakkan motosikal Z Supernaked, Z900 ini menjiwai sifat yang garang dan elemen sugomi yang menyerupai seekor harimau kumbang yang sedang mengendap, bersedia untuk menyerang. Kawasaki sesungguhnya telah mengekalkan perwatakan luar biasa rangkaian Z dalam model ini. Z900 ABS ini penuh berkuasa untuk pengalaman menunggang maksimum. Enjin empat lejang dingin-cecair 'inline-four' 948cc ini memberi tendangan yang hebat bersama perwatakan yang tidak bertolak ansur apabila berkaitan dengan kuasanya. Kawasaki juga mengambil langkah meningkatkan pengalaman menunggang dengan me rekabentuk semula 'airbox' untuk bunyi 'intake' yang lebih memuaskan. Bunyinya pasti membuatkan beberapa orang berpaling ke arahnya dalam keseronokkan Kerangka Trellis serba baru yang ringan ini hanyalah seberat 13.5kg membuatkan pengendalian Z900 ini terasa ringan dan tangkas walaupun untuk sebuah motosikal Supernaked. Daya hentinya datang dalam bentuk dwi-cakera hadapan 300mm dengan empat angkup omboh dan cakera kelopak 250mm di bahagian brek untuk kuasa daya henti yang mutlak. Pakej brek juga disertakan dengan unit ABS motosikal Nissin standard Eropah untuk keselamatan tambahan. Z900 terbaru ini juga dilengkapi dengan klac 'Assist and Slipper', skrin LCD serta takometer analog bersama dengan penunjuk 'shift-up', menambahkan lagi keseronokan pada pengalaman menunggang keseluruhan. Bagi yang berminat dengan Z900 Edisi Khas, ia didatangi dengan grafik khas, penutup pelana, 'tall meter cover', salur keluar DC, skrin radiator, 'sliders', cincin penutup enjin, 'front axle sliders', pelapik tangki dan juga pelapik lutut.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/