Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, March 17, 2017

DBKL peruntukkan zon motosikal di lampu-lampu isyarat

 
  • Zon istimewa khusus bagi penunggang motosikal di lampu-lampu isyarat bagi tujuan keselamatan
  • Terletak di Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperuntukkan zon berhenti yang ditetapkan di beberapa buah lampu isyarat sekitar Kuala Lumpur khusus untuk pengguna motosikal. Ianya disediakan bagi memastikan keselamatan para penunggang motosikal ketika berada di dalam bandar raya Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mhd Amin Nordin Bin Abdul Aziz menyatakan tujuan inisiatif ini diambil adalah untuk mewujudkan kawasan selamat di mana penunggang boleh berhenti tanpa gangguan atau insiden yang tidak diingini dengan pengguna jalan raya lain. Buat masa sekarang, zon hentian selamat motosikal ini terletak di kawasan aliran trafik tinggi di dalam bandar seperti Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak. Inisiatif ini tampak lebih bermakna kerana ianya memberi perhatian secara langsung kepada warga kota yang berulang-alik menggunakan motosikal berbanding cadangan penutupan jalan raya di waktu malam dan membenarkan 'mat rempit' berlumba tanpa sebarang akibat. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pernah mempertimbangkan untuk menutup jalan raya di ibu kota pada waktu malam supaya 'mat rempit' atau 'mat moto' dapat berlumba sebagai satu bentuk hiburan yang terkawal. Idea ini timbul dengan niat untuk mengurangkan jumlah lumba haram yang diadakan di pusat bandar. Datuk Seri Tengku Adnan juga ingin mengharamkan motosikal kapasiti rendah yang dikenali sebagai 'kapchai' atau moped dari memasuki ibu kota dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon dan pencemaran. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa orang ramai masih memerlukan motosikal ini untuk kelangsungan hidup terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk memiliki pengangkutan lain. Keseluruhannya, kami di sini gembira mendengar berita ini. Ini menunjukkan kesungguhan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menjaga keselamatan orang ramai ketika berada di dalam ibu kota, terutamanya keselamatan para penunggang motosikal kerana merekalah yang paling berisiko terlibat dalam kemalangan yang serius berbanding pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Tahniah DBKL.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/