Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, March 31, 2017

Yamaha Motor Akan Melancarkan YZF-R15 Terbaru Di Indonesia, Pelan Jualan Untuk Negara ASEAN Lain Akan Menyusul

     
  • Enjin VVA (Variable Valve Actuation) dingin-cecair yang dikhabarkan akan menghasilkan sehingga 20 peratus lebih pengeluaran kuasa dari model sebelumnya
  • Dipasarkan di Indonesian pada harga 34,500,000 rupiah

Sesi Tunggang Uji – 2017 Kawasaki Ninja 650 dan Z650

Pada Rabu lepas, Kawasaki Motors Malaysia telah menganjurkan satu sesi tunggang uji bagi dua motorsikal keluaran terbaru mereka iaitu 2017 Kawasaki Ninja 650 dan Z650.

Thursday, March 30, 2017

Honda Thailand Memperkenalkan Motosikal Konsep 150SS RACER

        Honda telah mempertingkatkan penglibatannya dalam dunia motosikal konsep dengan memperkenalkan motosikal 150 SS RACER. Motosikal konsep ini sedang dipamerkan di Pertunjukan Motor Bangkok 2017 yang bermula mulai kelmarin dan akan berakhir pada 9 April 2017.

ARRC 2017: Yuzy Latih Pelumba Honda Vietnam

[caption id="attachment_25999" align="aligncenter" width="640"] Bui Duy Thong beraksi dalam kelas Asia Production 250cc[/caption]

Bekas pelumba negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini sekali lagi menjalinkan kerjasama di dalam program pembangunan pelumba Vietnam buat tahun ketiga berturut-turut apabila sekali lagi menggandingkan barisan pelumba Malaysia dan Vietnam menjelang perlumbaan pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2017 yang akan membuka tirai di Litar Johor, Pasir Gudang, minggu ini.

Shahrol Yuzy yang juga pemilik Yuzy Racing mempunyai rekod telah melatih ramai pelumba negara yang kini beraksi di peringkat antarabangsa seperti Zulfahmi Khairuddin, juara Asia dua kali - Mohd Zaqhwan Zaidi dan termasuk pelumba muda meningkat naik, Azroy Hakeem Anuar.  

Wednesday, March 29, 2017

Yamaha memanggil kembali MT-09 dan MT-09 Tracer

     
  • Pemanggilan kembali ini disebabkan oleh pemegang bawahan handlebar yang longgar
  • Kesemua model dari tahun 2015 hingga 2017 terjejas dengan isu keselamatan ini

Gambar usikan kedua jentera 2017 dari Modenas

Memang betul BUKAN moped 150cc kita tunggu tapi jentera naiktaraf dari Modenas MR1.  Hadir dengan kapasiti enjin 110cc. Harga dijangkakan dalam lingkungan RM3k - RM3.5k. Murah dah tu. Kata nak motor murah.

Read the original post at http://motomalaya.net

Tuesday, March 28, 2017

Mugen memperkenalkan Motosikal Lumba Motorcross Elektrik "E.Rex"

   
  • Motosikal Konsep Mugen E.Rex telah diperkenalkan semasa Pertunjukan Motosikal Tokyo pada hujung minggu lalu
  • Motosikal konsep off-road ini adalah satu kerjasama antara Mugen dengan Honda

Malaysian Cub Prix 2017,Tangkak Johor: Kasma dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Menang Kali Kedua berturut-turut

KASMA BERSEDIA UNTUK KE SEPANYOL SH: Juarai perlumbaan CP150 buat kali kedua berturut-turut Bintang meningkat naik, Kasma Daniel Kasmayudin meraih keyakinan untuk membuat penampilan pertama di pentas Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia setelah meraih kemenangan kedua dalam kelas CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berusia 17 tahun itu mudah melepasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 15'14.809s, tujuh saat dihadapan pemenang tempat kedua, Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 15'20.996s.  

Monday, March 27, 2017

Diuji : Indian Scout

Artikel oleh Keshy Dillon untuk Bikesrepublic.com
Terjemahan Oleh Zarul Faiz
 
  •  Direka untuk mencabar Harley-Davidson Sportster dan yang lain-lain dalam kelasnya, dan ia melakukannya dengan penuh bergaya. Walaubagaimanapun sama ada ia setanding dengan Sportster masih boleh diperdebatkan
  • Tidak seperti pengeluar lain yang berusaha terlalu keras dalam menyaingi Harley-Davidson, Indian Motorcycle tidak keterlaluan dalam penggunaan krom
  • Untuk menarik minat penggemar Harley-Davidson, Indian perlu membina motosikal yang lebih baik, dan ia selalunya bermula dengan enjin yang hebat, dan terbukti bahawa enjin Scout ini memang hebat
Jika ditanyakan tentang American Cruiser, jarang akan kita dengar jenama Indian yang pertama sekali disebut oleh peminat. Walaupun jenama ini antara yang tertua di dunia dan salah satu antara pengilang dengan sejarah semegah Harley-Davidson, ia pernah lenyap dari tanah air kita, sehinggalah ia muncul kembali atas jasa pengimport dan pengedar, Naza.

Usikan Jentera Modenas untuk 2017 - moped 150cc kah?

Modenas mengetag kami di Twitter mengenai sekeping gambar usikan jentera baru mereka untuk 2017. Desas-desus menyatakan bahawa Modenas sedang mempersiapkan sebuah model moped berkuasa 150cc. Ini adalah satu usaha yang bagus dalam menyaingi 2 dominasi dalam segmen moped iaitu Y15ZR dan RS150R. 

MotoGP 2017: Viñales TERPANTAS di sesi ujian, TERBUKTI di perlumbaan sebenar di Qatar

[caption id="attachment_25928" align="aligncenter" width="640"] gambar dari MotoGP.com[/caption] Ternyata Viñales adalah satu kuasa baru yang perlu diperhatikan pada musim MotoGP 2017 ini. Viñales telah menunjukkan keserasian yang tinggi dengan jentera YZR-M1 pada sesi kelayakan dan kini, kepantasan dan keserasiannya terbukti dengan kemenangan pertamanya di Losail, Qatar. [caption id="attachment_25929" align="aligncenter" width="640"] gambar dari MotoGP.com[/caption] Bersaing rapat dengan Viñales adalah pelumba dari Ducati, Andrea Dovizioso yang berada di hadapan dan dikejar oleh Viñales dan Valentino Rossi. [caption id="attachment_25927" align="aligncenter" width="640"] gambar dari MotoGP.com[/caption] Sebelum itu, pusingan awal dipimpin oleh Johan Zarco, juara Moto2, sebelum terbabas setelah bersaing bersama Andrea Iannone. Marquez melepasi garisan penamat pada kedudukan ke-4, diikuti oleh sahabat sepasukannya, Pedrosa pada ke-5. [caption id="attachment_25930" align="aligncenter" width="640"] gambar dari MotoGP.com[/caption] Pasukan Aprilia menunjukkan prestasi yang baik kali ini dengan kedudukan ke-6 oleh pelumba, Aleix Espargaro. Pasukan ini juga adalah pasukan 'independent' yang berada dalam kedudukan pertama dalam kategori ini. Jorge Lorenzo pula berada pada kedudukan ke-11 dan mungkin masih perlu menyesuaikan diri dengan jentera Desmodromic dari Ducati. MotoGP Race Results 1 - Maverick Viñales (SPA - Yamaha) 38'59.999 2 - Andrea Dovizioso (ITA - Ducati) +0.461 3 - Valentino Rossi (ITA - Yamaha) + 1.928 1st Independent Team Rider 6 - Aleix Espargaró (SPA - Aprilia) +7.661

Read the original post at http://motomalaya.net

Saturday, March 25, 2017

2017 Mugen Shinden Roku - motosikal elektrik untuk perlumbaan Isle of Man "TT Zero"

Mugen hadir pada 2017 dengan jentera perlumbaan elektrik mereka untuk persaingan pada TT Zero di Isle of Man. Jentera ini akan dikendalikan oleh John McGuiness dan Guy Martin.

Friday, March 24, 2017

BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan BMW K 1600 GT Baru

   
  • Enjin 'in-line six' dengan 160hp serta tork sehingga 175Nm yang patuh Euro4.
  • Tiga mod penunggangan dan Kawalan Traksi Dinamik/Dynamic Traction Control (DTC) untuk keselamatan maksimum ketika pecutan.
  • RM159,900 (harga asas beserta GST)

Kawasaki umumkan harga untuk Z900 ABS 2017

       
  • RM49,158 bagi Z900 ABS Standard
  • RM50,959 untuk Edisi Khas Z900 ABS

Harga BMW K 1600 Bagger 2018 diumumkan

   
  •  Harga bagi BMW Bagger terbaru ialah $19,995 (RM88,578 sebelum cukai)
  • Enjin 'inline-six' 1,649cc dengan 160hp dan tork sebanyak 175Nm
  • Terdapat dalam tiga pakej - Safety, Comfort dan juga Touring

Minyak Wangi Terbaru Ducati “1926”

   
  • Produk pewangi asli terkini untuk lelaki usahasama antara Ducati dan Diamond International
  • Dikeluarkan untuk memperingati ulang tahun ke-90 pengilang Itali tersebut pada tahun lalu
  • Tiga jenis produk yang tersedia adalah Eau de Toilette, gel mandian serta semburan deodoran

Thursday, March 23, 2017

MotoGP : Musim 2017 Bermula Hari ini!

Musim MotoGP secara rasminya bermula pada hari ini dengan kesemua pasukan bersedia untuk berentap bila tibanya hari Ahad ini. Para penunggang, pasukan dan kru telah bersedia di Qatar untuk pusingan pertama dalam salah satu perlumbaan motosikal paling berdaya saing seluruh dunia di Litar Antarabangsa Losail. Kebanyakkan penunggang utama telah berkumpul untuk sidang akhbar pertama bagi musim 2017 semalam.

Malaysian Cub Prix 2017: Hafieenaz Buru Aksi Terbaik Bersama Pasukan Baharu

Mohd Hafieenaz Mohd Ali tekad untuk kembali ke prestasi terbaik untuk memberikan cabaran dalam perlumbaan kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang memasuki pusingan kedua di Litar Lumba Tangkak, Johor, pada 24 dan 25 Mac ini.

Hafieenaz yang kini membawa cabaran WL Motorsports Racing mencatat keputusan membanggakan apabila menamatkan saingan pusingan pertama di Temerloh di tangga keempat untuk mengumpul 13 mata kejuaraan setelah aksi kurang memberangsangkan sepanjang musim 2016.

Pelumba berusia 31 tahun itu merupakan antara pelumba yang dilihat berupaya memberikan cabaran sengit pada peringkat awal kemunculannya bersama pasukan Raceline meskipun dibayangi rakan sepasukan yang begitu menyerlah ketika itu, Hafizh Syahrin Abdullah.

Meskipun pasukan Raceline membuat keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada bintang mereka, Hafizh Syahrin, Hafieezan beralih ke pasukan AHM pada tahun 2011 dan menamatkan saingan diantara 10 pelumba terbaik ketika itu.

Hafieenaz menerima nasib serupa apabila pasukan AHM memutuskan hanya beraksi dalam kelas CP130 untuk memberi tumpuan penuh terhadap Mohd Ramdan Rosli yang beralih ke saingan di Sepanyol. Sepanjang tempoh enam tahun menyaksikan prestasi turun naik dalam karier Hafieenaz. "Beraksi bersama pasukan besar sudah tentu banyak perbezaan dengan pasukan kecil ataupun persendirian. Segalanya lengkap dari segi persediaan, kemudahan dan alat ganti. Bila bersama pasukan kecil, perbelanjaan dan kemudahan agak terbatas," jelas Hafieenaz yang beraksi secara persendirian dalam kategori CP115 pada musim lepas. Situasi berbeza buat Hafieenaz pada musim ini apabila menerima tawaran daripada pasukan baharu, WL Motorsports Racing dan dia percaya mampu untuk beraksi dengan lebih baik pada tahun ini.

Wednesday, March 22, 2017

Honda Africa Twin Gapai yang Mustahil

     
  • Honda telah memecahkan rekod dunia untuk altitud tertinggi didaki oleh motosikal silinder berkembar menggunakan Africa Twin terbarunya
  • Sepasukan berlima mendaki Nevado Ojos del Salado, gunung berapi aktif tertinggi di dunia yang terletak antara Argentina dan Chile
  • Fabio Mossini, Juara Dunia enduro dari pasukan perlumbaan Sud America Honda menunggang Africa Twin sehingga ke ketinggian yang memecah rekod, iaitu 5,965 meter di atas paras laut

Malaysian Cub Prix Perkenal Penalti Salah Laku di Litar

Melihat kepada persaingan yang semakin sengit dikalangan pelumba, satu bentuk hukuman penalti ke atas kesalahan salah laku pelumba ketika di litar mula diperkenalkan oleh promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi meningkatkan mutu dan semangat kesukanan dikalangan pelumba bermula saingan musim 2017 ini.  

Tuesday, March 21, 2017

Tiga Motosikal Indian baru dalam pembikinan

             
  • Chieftain Elite, Chieftain Limited dan juga Roadmaster Classic
  • Kesemuanya akan menggunakan enjin 1,811cc Thunder Stroke V-Twin Indian yang sama

2017 Yamaha YZF-R25 dikemaskini di Malaysia - Racing Blue dan Matte Black (RM20,630.78 asas)

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) kini membawakan grafik terbaru untuk 2017 kepada rakyat Malaysia pada jentera Yamaha YZF-R25. Warna yang ditawarkan adalah warna Racing Blue dan Matte Black, sama seperti tahun lepas, namun grafik telah diubah dengan rekaan yang lebih segar.  

Honda CBR500R Dikemaskini bagi tahun 2017

   
  • Dilengkapi dengan ABS, lampu hadapan dan belakang LED, serta suspensi hadapan boleh ubah
  • Dalam dua kemasan warna; Hitam/Energy Orange Grafit dan Matte Gunpowder Black Metallic

Monday, March 20, 2017

Vyrus 986 M2 2017 versi jalanan dibuka untuk tempahan

[caption id="attachment_25624" align="alignleft" width="768"] Sumber : Vyrus[/caption]  
  • Motosikal jalanan ekstrim Itali dengan enjin Honda CBR600RR
  • Dilengkapi teknologi perlumbaan dari MotoGP dan WorldSBK
  • Edisi terhad dengan hanya 50 unit sahaja dikeluarkan

Metzeler Dianugerahkan Jenama Tayar Terbaik

    Untuk tahun ketiga berturut-turut, Metzeler telah dinobatkan sebagai jenama tayar paling popular dikalangan para penunggang motosikal. Baru-baru ini, jenama tayar ini telah dianugerahkan dengan "Jenama Terbaik Tahun 2017 dalam Kategori Tayar". Anugerah ini adalah hasil undian para pembaca majalah motosikal Jerman, Motorrad.

10 Jam Tangan Diilhamkan oleh Sukan Motosikal

      Jam tangan telah lama dianggap sebagai satu bentuk muktamad barang kemas bagi orang lelaki. Sering kali kita melihat jam tangan sebagai simbol status bagi golongan yang berada dan juga golongan elit. Pembuat jam tangan berseni halus seperti Tissot, Tag Heuer dan Rolex seringkali dikaitkan dan berhubung rapat dengan sukan permotoran. Untuk kali ini, kami akan menyenaraikan beberapa buah jam tangan hebat yang diilhamkan oleh sukan motosikal.

Honda CBR250RR edisi perlumbaan dari HRC

HRC, satu bahagian dalam Honda yang menguruskan perlumbaan, kini mempersiapkan jentera CBR250RR yang akan ditonjolkan pada 18-21 Mac 2017 ini di Osaka Motorcycle Show. Jentera ini menerima beberapa modifikasi dari pihak HRC yang meningkatkan prestasinya.  

Decha dari Thailand terpantas Ujian Pra Musim ARRC 2017

[caption id="attachment_25630" align="aligncenter" width="640"] Decha sedang beraksi[/caption]
  •  Zaqhwan, Azlan pamer aksi positif

Pelumba Yamaha Thailand Racing Team, Decha Kraisart menamatkan sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dengan muncul sebagai pelumba terpantas dalam saingan SuperSports 600cc yang berakhir di Litar Johor, Pasir Gudang, hari ini.

Juara dua kali ARRC itu mencatat masa terbaik 1'31.051s, menghampiri catatan terpantas litar 1'31.016s milik Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang dilakukan pada musim 2016.

Juara bertahan, Zaqhwan yang menguasai hari pertama semalam kekal memberikan aksi bertenaga apabila muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 1'31.381s diikuti seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech Kawasaki Racing), dengan masa 1'31.441s.  

Sunday, March 19, 2017

Quickshifters, adakah ianya diperlukan?

  • Apakah itu Quickshifters?
  • Adakah ia diperlukan penunggang?
  • Terdapatkah cara-cara yang lain untuk menukar gear?

Saturday, March 18, 2017

KTM memperkenalkan enjin dua lejang dengan pancitan bahan api untuk tahun 2018

 
  • Menggunakan teknologi "Transfer Port Injection" KTM
  • Akan digunakan untuk tiga model untuk tahun hadapan

Friday, March 17, 2017

2017 Honda NM4 bertema Ghost In The Shell

Honda memperkenalkan NM4 yang berkonsep masa depan terdekat dengan tema dari francais Hantu di Dalam Cangkerang (Ghost in the Shell). Ghost in the Shell merupakan satu karya sains fiksyen yang merujuk kepada masa hadapan dimana manusia menggunakan alat gantian anggota badan yang diperbuat dari mesin. 

Honda mengeluarkan Monkey Bike sempena ulang tahun ke-50

   
  • Honda mengeluarkan Monkey Bike sempena ulang tahun ke-50
  • Monkey Bike terbaru ini akan datang dalam Magna Red dan juga Shasta White
  • Hanya 1,800 unit sahaja yang akan dikeluarkan

Yamaha Y15ZR UB150 ARRC

Modifikasi penuh untuk perlumbaan UB150 dalam ARRC untuk jentera Yamaha Y15ZR. Cukup cantik, cukup mantap... Sumber: Yamaha Indonesia FB

Read the original post at http://motomalaya.net

DBKL peruntukkan zon motosikal di lampu-lampu isyarat

 
  • Zon istimewa khusus bagi penunggang motosikal di lampu-lampu isyarat bagi tujuan keselamatan
  • Terletak di Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak

Thursday, March 16, 2017

Motosikal MV Agusta baru diumumkan untuk tahun 2017, dua lagi untuk tahun hadapan

  • Tiga model baru dirancang untuk dua tahun mendatang
  • Satu kemungkinan besar adalah jentera empat silinder 1,200cc Brutale.

Adakah ini moped Benelli 150cc dengan harga bawah RM7k?

Khabar yang mengatakan bahawa Benelli akan membawa jentera moped berkapasiti 150cc kini sedang hangat diperkatakan. Malah ada yg terus memberikan tarikh pelancaran model ini iaitu pada 2/4/2017.  

Perhimpunan Mega Kelab Pemilik Benelli 3.0 2017

   
  • Lebih 250 pemilik Benelli seluruh negara berkumpul di Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor
  • Dikelolai oleh kelab-kelab dari Selangor dan Wilayah Persekutuan terutamanya oleh kelab Benelli Matters

Wednesday, March 15, 2017

Indian Motorcycle mengeluarkan Chieftain Jack Daniels edisi khas

  • Edisi khas kedua bagi Indian Motorcycle

  • Hanya 100 buah motosikal yang akan dikeluarkan

Satu kejutan gembira buat peminat Indian Motorcycle! Buat sekelian kali mereka telah bekerjasama dengan Jack Daniels dan untuk kali ini, ianya adalah model Chieftain. Apa yang lebih menggiurkan ialah hanya seratus buah motosikal ini akan dihasilkan di mana kebanyakkan negara Eropah hanya akan mendapat hanya SATU SAHAJA. Satu Jack Daniels Chieftain sahaja untuk setiap negara. Ada eloknya tuan-tuan mula berhubung dengan kenalan masing-masing jika ingin memiliki edisi khas yang teramat jarang ini.

Monday, March 13, 2017

MotoGP: Vinales menguasai sesi latihan di Qatar.

• Maverick Vinales mencatatkan masa terpantas bagi #QatarTest • Andrea Dovizioso mengekori rapat di tempat kedua dengan jentera baru Ducati Desmosedici GP17 • Dani Pedrosa menyinar sebagai penunggang Honda terbaik

Thursday, March 9, 2017

Naza Premira Lancar Kempen “Vespa, Why Drive? Let’s Ride...”

  • 2016 Vespa Sprint 150 ABS dan Primavera 150 ABS serendah RM380 sebulan

  • Petrol percuma selama ENAM BULAN jika beli Vespa sewaktu tempoh kempen 

Naza Premira Sdn Bhd baru sahaja melancarkan kempen terbaru mereka iaitu "Vespa, why drive? Let's ride".

Wednesday, March 8, 2017

Naza Premira Menyelaraskan Operasi Jualan dan Servis Selepas Jualan

  • Piaggio, Vespa dan Aprilia akan ditempat dibawah satu fasiliti di Naza Automall, Petaling Jaya

  • Ruang Pameran Konsep Piaggio Motoplex dan Pusat Teknikal Naza Premira Technical Centre untuk servis selepas jualan

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi Piaggio, Vespa dan Aprilia di Malaysia telah menyelaraskan operasi jualan mereka di bawah satu bahagian di Ruang Pameran Konsep Piaggio Motoplex bertempat di Naza Automall, Petaling Jaya. Usaha ini telah dijalankan untuk meningkatkan lagi kualiti pengalaman kepada pelanggan untuk ketiga-tiga jenama motorsikal ini.

Tuesday, March 7, 2017

Bakul Tengah dengan Penutup dari Givi

Givi Malaysia membawakan bakul tengah berpenutup yang memberikan lebih keselamatan dan pelindungan kepada barangan anda. Mampu memuatkan sehingga 2 kg barangan dengan kapasiti maksima 10 liter luas. Saya setuju dengan rekaan ini sejak dari dulu lagi kerana ini cukup memudahkan. Tiada barangan yang mahu terbang dari bakul sekiranya anda menunggang motor dalam keadaan berangin. Tambah bagus dengan pemikiran jurutera Givi untuk membuatkannya tidak menghalang tempat duduk semasa pengisian minyak. Terdapat untuk model terpilih sahaja. Gambar diatas adalah untuk Y15ZR. Ala, harga Givi tak maklumkan pula...

Read the original post at http://motomalaya.net

MotoGP: Aprilia Lancar RS-GP dengan warna 2017

Aprilia baru sahaja melancarkan jentera yang akan bertanding dalam kejuaraan MotoGP 2017. Aprilia bersama dua pelumba terbaru bagi musim tahun ini adalah Sam Lowes dari United Kingdom dan Aleix Espargaro dari Sepanyol. Sejak penyertaan semula pengeluar motorsikal berkuasa tinggi dalam MotoGP, mereka telah banyak mengharungi pelbagai cabaran dan kesukaran untuk bertanding bersama motor-motor yang laju terutama dari Honda dan Yamaha. Tahun ini, mereka akan mencuba sekali lagi untuk berada di tapak hadapan dengan jentera dan pelumba baru. Aprilia telah banyak membelanjakan masa, penyelidikan dan pembangunan untuk jentera RS-GP mereka tetapi setakat ini, mereka masih tidak mendapat keputusan yang diingini sewaktu dua sesi ujian di Sepang dan juga Phillip Island, Australia. [embed]https://www.youtube.com/watch?v=0z-1PewftfU[/embed] Jika anda lihat gambar-gambar dari Aprilia dengan leblih teliti, anda dapat melihat bawa reraub (fairing) biasa telah dipasang pada motorsikal mereka. Reraub dengan tambahan aerodinamik yang diuji sewaktu sesi ujian di Phillip Island beberapa minggu yang lepas tidak termasuk dalam gambar-gambar tersebut. Kemungkinan besar Aprilia tidak mahu menunjuk hasil keluaran mereka kepada pengeluar yang lain. Adakah Aprilia telah jumpa rahsia aerodinamik yang terbaik untuk musim MotoGP tahun 2017? Kita hanya akan dapat tahu sewaktu sesi ujian terakhir di Qatar yang akan bermula Jumaat ini. Enjin RS-GP juga telah melalui beberapa evolusi tetapi masih menggunakan formasi V4 yang mampu menjana lebih dari 260hp dengan penggunaan injap pneumatik. Dengan penggunaan kotak gear jenis teknologi 'seamless' yang mampu menukar pilihan gear dengan lebih cepat untuk semua gear sewaktu upshifts dan downshifts. Persoalan sekarang, adakah Aprilia mampu menjana keputusan yang bagus dari jentera RS-GP mereka? Mampukah Sam Lowes dan Aleix Espargaro membawa Aprilia ke tangga tertinggi? Apa yang kami tahu, musim tahun ini mungkin akan menjadi musim yang paling sengit dalam sejarah MotoGP dimana pengeluar-pengeluar seperti Yamaha, Honda, Ducati, Aprilia dan tahun ini, KTM juga telah bersiap sedia untuk menyertai. Sumber Foto: Aprilia

Read the original post at http://motomalaya.net

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/