Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, February 13, 2017

PM Najib Peruntuk RM30 Juta untuk Litar Sungai Petani

[caption id="attachment_24939" align="aligncenter" width="620"] Foto Kredit: The Star Online[/caption]
  • Litar perlumbaan khas untuk golongan belia

  • Tujuan untuk mengurangkan kegiatan lumba haram  di jalan raya

  • Pelan asal dari Datuk Seri Mukhriz pada tahun 2014

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pembangunan litar perlumbaan di Sungai Petani, Kedah. Pengumuman telah dibuat oleh beliau sewaktu program bersama belia di Menara Alor Setar semalam. Walaupun Datuk Seri Najib tidak memberi maklumat terperinci, beliau menyatakan bahawa litar ini akan memberi manfaat yang besar terutama sekali kepada golongan belia. Ia juga bertujuan untuk membanteras kegiatan mat rempit dan perlumbaan haram di jalan raya kerana litar ini akan dapat diakses dengan senang. Pembentangan lebih lanjut bagi litar di Sungai Petani akan dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam masa terdekat. [caption id="attachment_24938" align="aligncenter" width="620"] Datuk Seri Mukhriz, Oktober 2014 (Foto Kredit: The Star Online)[/caption] Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir telah pun membuat rancangan dan pembentangan berkenaan projek litar di Sungai Petani pada tahun 2014 bersama Sepang International Circuit (SIC) sebagai Penasihat Teknikal. Matlamat utama litar tersebut yang dirancang untuk dibina pada tahun ini adalah untuk membangkitkan bakat-bakat pelumba di kawasan Utara. Tekan SINI untuk membaca berita tersebut. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali, pelan beliau pada 2014 adalah untuk litar tidak kurang dari 1.6km Kelas 4 bertempat di Sungai Petani. Ini bermakna perlumbaan seperti Malaysia Superbike Championship (MSC) dan Cub Prix boleh berlangsung di litar tersebut. Malangnya, perlumbaan seperti Formula 1 dan MotoGP tidak dapat dijalankan di litar ini. Sebahagian dari pelan asal adalah trek motorcross, trek perlumbaan drag dan juga kawasan paddock untuk memastikan litar ini sentiasa aktif dan membawa manfaat. Dengan matlamat asal Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Razlan Razali bersama peruntukan RM30 juta dari Datuk Seri Najib, harapan untuk mendapat satu litar menarik di kawasan Utara negara akan menjadi realiti tidak lama lagi. Terus bersama MotoMalaya untuk maklumat lebih lanjut.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/