Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, February 17, 2017

MotoGP: Maverick Vinales Catat Masa Terpantas SEKALI LAGI

  • Hanya Vinales dan Marquez mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat

  • Vinales lengkap 101 pusingan di litar Phillip Island

  • Kemajuan besar dari Dani Pedrosa di tempat ketiga

Sekali lagi, Maverick Vinales dari pasukan Movistar Yamaha membuktikan bahawa dia adalah pelumba terlaju di sesi ujian di litar Phillip Island, Australia. Selama sesi tiga hari yang lepas, hanya Maverick Vinales dan Juara MotoGP 2016 Marc Marquez berjaya mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat. Marquez berjaya mencatat masa yang sama dengan masa terpantas Vinales pada hari kedua. Dani Pedrosa pula banyak kemajuan dari tapak ke-17 pada hari kedua ke tapak ketiga pada hari terakhir. Walaupun Pedrosa mencatat masa ketiga terpantas, beliau masih separuh saat di belakang Vinales. Rookie pertama yang berjaya masuk dalam tempat lima tertinggi merupakan Jonas Folger dari Monster Yamaha Tech 3. Pada hari terakhir sesi ujian, Folger berjaya mendapat tempat keempat dengan hanya 0.009 saat belakang Pedrosa. Cal Crutchlow (LCR Honda) mencatat masa kelima terpantas dengan masa 1:29.101. Seorang lagi rookie dalam kategori MotoGP tahun ini adalah Alex Rins dari pasukan SUZUKI ECSTAR. Beliau juga mencatat masa yang hanya 0.002 saat di belakang Crutchlow di tempat keenam. Rins berjaya berada di hadapan kedua-dua pelumba Ducati iaitu Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo yang berjaya mendapat tempat ketujuh dan kelapan. Lorenzo telah berjaya mencatat perubahan yang positif jika dibandingkan prestasi beliau yang hanya mampu mendapat tempat ke-11 pada hari pertama dan ke-15 pada hari kedua. Jack Miller (Team EG 0,0 Marc VDS) jatuh pada tempat ke-9 dengan masa 1:29.358 dihadapan Aleix Espargaro dan jentera Aprilia RS-GP beliau. Valentino Rossi telah melalui sedikit kesukaran pada sesi ujian di Australia dengan hanya dapat menduduki tempat ke-11 pada hari ketiga. Dari tempat ke-2 pada hari pertama, Rossi turut jatuh ke tempat ke-8 pada hari kedua dan mengakhiri hari ketiga pada tapak ke-11. Andrea Iannone (Team SUZUKI ECSTAR), Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing), Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dan Hector Barbera (Reale Esponsorama Racing) lengkapi 15 pelumba terpantas pada hari ketiga. Sesi ujian seterusnya akan berlangsung di Qatar pada 10 hingga 12 Mac 2017. Untuk keputusan terperinci dari sesi ujian yang baru sahaja berakhir di Phillip Island, tekan SINI.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/