Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, February 2, 2017

Maverick Viñales terpantas kali ini di ujian musim sejuk di litar Sepang, Malaysia

[caption id="attachment_24798" align="aligncenter" width="640"]Kredit: MotoGP.com Kredit: MotoGP.com[/caption] Ujian pada hari pertama menyaksikan Casey Stoner dengan jentera baru Ducati mencatat masa terpantas, kemudian pada hari kedua  menyaksikan Andrea Iannone yang kini dalam pasukan Suzuki ECSTAR menyerang litar untuk mendapat kedudukan terpantas dan akhirnya pada hari ketiga, Maverick Viñales dari pasukan Movistar Yamaha muncul sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 1:59.368. Pada satu ketika dahulu, mencatat masa dibawah 2:00.00 di litar Sepang merupakan satu kebanggaan dan satu pencapaian yang terbaik, namun kini hampir semua pelumba teratas dapat memecahkan sempadan 2 minit ini seperti Valentino Rossi, Marc Marquez dan Andrea Iannone.   [caption id="attachment_24799" align="aligncenter" width="640"]Kredit: MotoGP.com Kredit: MotoGP.com[/caption] Pelumba baru dalam pasukan Ducati, Jorge Lorenzo, berada pada kedudukan ke-8 dalam usaha menyesuaikan diri dengan jentera baru yang cukup berbeza dengan jentera lamanya. Ducati menggunakan enjin V manakala Yamaha menggunakan enjin selari. [caption id="attachment_24800" align="aligncenter" width="640"]Kredit: MotoGP.com Kredit: MotoGP.com[/caption] Satu perkara menarik mengenai sesi ujian ini adalah penggunaan sayap yang terlindung. Jika anda lihat pada jentera Rossi ini pada reraup sebelah kiri, anda akan dapat nampak 'sayap' yang dimasukkan dalam rekaan reraup ini. Catatan masa dalam sesi ujian musim sejuk ini tidaklah mengambarkan prestasi sebenar siri perlumbaan yang akan bermula di Qatar 26 Mac 2017 ini.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/