Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, February 5, 2017

Dendrobium: Kereta Elektrik Hiper dengan 1,500hp dan 4,000Nm dari Singapura

Vanda Electric dari Singapura kini berusaha untuk menghasilkan jentera 4 roda elektrik pertama mereka dalam kategori kereta hiper yang mampu menyaingi Koenigsegg dengan pecutan 0-100km/h sepantas 2.6 saat.  Jentera ini dilengkapi dengan 4 motor elektrik yang dikuasakan dengan bateri 90kWh-100kWh yang mampu bergerak sejauh 400km. Ini adalah cukup sesuai untuk bergerak dalam negara Singapura yang tidak mempunyai rangkaian jalanan yang jauh. Kuasa kuda dijangkakan pada ukuran 1,500hp dengan daya kilas 4,000Nm. Studio rekaan EPTA dari London merekabentuk rekaan yang aerodinamik dan rendah untuk menyesuaikan kepada kuasanya yang tinggi dalam kategori kereta hiper. Kombinasi karbon dan aluminium banyak digunakan pada badan dan rangka kereta ini. Selain itu, Vanda Electric juga mendapatkan bantuan daripada Williams Advanced Engineering yang terkenal dengan pengaruhnya terhadap dunia Formula Satu. Sumber: http://www.designboom.com/technology/dendrobium-electric-hypercar-singapore-02-03-2017/ Kredit imej: Vanda Electric

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/