Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, February 7, 2017

2017 Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad kini di pasaran

  • Warna hitam matte

  • Grafik baru

  • Pelekat rim "sport" berwarna merah eksklusif

Boon Siew Honda baru sahaja melancarkan Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad yang boleh didapati dalam pasaran hari ini. Keluaran edisi terhad bagi Wave Dash kali ini adalah sambugan dari sambutan meriah Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang dilancarkan pada November lepas. Gabungan warna badan dan grafik baru telah meningkatkan penampilan santai dan bergaya Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad tersebut. Ciri baru yang lain seperti tayar tanpa tiub dengan stiker "sport" rim merah eksklusif juga memberikan wajah baru kepada jentera ini. Edisi terhad kali ini mempunyai sistem brek dwi-cakera (bagi siri R). Bagi yang risau tentang harga minyak yang semakin meningkat, enjin 109cc dengan sistem Suntikan Bahan Api terancang (PGM-Fi) telah diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga atau "Energy Efficient Vehicle" (EEV). Dengan hanya 1.8 liter petrol, motor ini dapat bergerak sejauh 100km. Harga yang ditawarkan bagi Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad adalah RM5,775.94 (harga asas bersama GST) bagi siri S dengan brek cakera tunggal dan RM6,040.94 (harga asas bersama GST) bagi siri R dengan brek dwi-cakera). Model ini dilengkapi dengan dua tahun atau 20,000km jaminan pengeluaran. Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad, sila layari laman web utama Boon Siew Honda atau laman Facebook mereka.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/