Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, February 28, 2017

Kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017: RS150R lwn Y15ZR

Peraturan Teknikal Akan Diperbaiki Bagi Memastikan Persaingan Sengit Dan Mencabar Persaingan diantara dua jentera Supercub, Honda RS150R dan Yamaha 15ZR dalam kategori CP150 dijangka menjadi perhatian menjelang perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Temerloh, Pahang pada 4 dan 5 Mac ini. Dalam sesi ujian pra-musim yang berlangsung di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) baru-baru ini, prestasi kedua-dua jentera ini agak seimbang dengan tujuh pelumba terpantas mencatat masa yang tidak jauh berbeza. Pendatang baharu kelas perdana, Onexox TKKR Racing, mengungguli sesi apabila naib juara kelas Wira 2016, Md Helmi Azman muncul pelumba terpantas dengan catatan 1'02.535s diikuti juara CP130 2017, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang mencatat masa 1'02.624s.  

Monday, February 27, 2017

Anita Yusof Terima ‘ASIA BOOK OF RECORDS’ atas Pencapaian Tunggangan Wanita Solo Seluruh Dunia

  • Kembara 'Global Dream Ride' dari 11.9.2015 hingga 16.9.2016

  • 65,639km merentasi 40 negara dengan Yamaha FZ150i dan kelengkapan GIVI

Duta GIVI, Anita Yusof sekali lagi membanggakan negara dengan menjadi personaliti pertama dari Malaysia untuk menerima anugerah dari 'Asia Book of Records' di dalam kategori 'Tunggangan Solo Seluruh Dunia (Wanita)'. Bermula di Putrajaya pada 11 September 2015, Anita menamatkan pengembaraan solo 'Global Dream Ride' nya di Bukit Kayu Hitam pada Hari Malaysia 16 September 2016. Berjaya merentasi 40 negara dan 4 benua, beliau mencatat sejumlah 65,639km secara keseluruhan.

Thursday, February 23, 2017

Harga baru Motorsikal Triumph Malaysia bagi 2017

Triumph Motorcycles Malaysia baru sahaja mengumumkan harga bagi lima model terbaru untuk tahun 2017. Kesemua model ini akan sampai di tanah air dalam masa terdekat kecuali model Street Triple 800 S yang akan hadir sedikit lambat dari yang lain (dengan harga anggaran dibawah RM50,000). Dibawah adalah senarai model-model 2017 bersama harga mereka.

Tuesday, February 21, 2017

KTM Lancar Semua Jentera MotoGP, Moto2 dan Moto3 untuk 2017

 
  • Pol Espargaro dan Bradley Smith akan berlumba dengan KTM RC16 dalam MotoGP

  • Brad Binder dan Miguel Oliveira akan mulakan usaha KTM dalam kategori Moto2

  • Niccolo Antonelli dan Bo Bendsneyder akan mempertahan kejuaraan KTM dalam Moto3

KTM baru sahaja melancarkan kesemua motorsikal yang akan berlumba dalam ketiga-tiga kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3. Perlancaran berlangsung semalam di Austria bersama pelumba-pelumba yang telah dipilih oleh syarikat Austria tersebut. KTM merupakan satu-satunya pengeluar yang akan mengambil bahagian dalam semua kategori MotoGP.

Monday, February 20, 2017

MotoGP: Triumph Disahkan Sebagai Pembekal Enjin Moto2 pada 2019

  • Triumph telah menandatangani perjanjian dengan Dorna

  • Enjin 600cc 4-silinder Honda akan digantikan dengan enjin 765cc tiga silinder

  • Enjin sama yang digunakan untuk motorsikal 2017 Triumph Street Triple

Setelah sekian lama ura-ura berkeliaran di laman web, Triumph telah disahkan sebagai pembekal enjin utama MotoGP dalam kategori Moto2 mulai 2019. Berita ini telah pun dibincangkan sejak beberapa bulan lepas tetapi Triumph berjaya menandatangani perjanjian bersama Dorna sebagai pengganti Honda dalam kategori Moto2.

Friday, February 17, 2017

MotoGP: Maverick Vinales Catat Masa Terpantas SEKALI LAGI

  • Hanya Vinales dan Marquez mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat

  • Vinales lengkap 101 pusingan di litar Phillip Island

  • Kemajuan besar dari Dani Pedrosa di tempat ketiga

Sekali lagi, Maverick Vinales dari pasukan Movistar Yamaha membuktikan bahawa dia adalah pelumba terlaju di sesi ujian di litar Phillip Island, Australia. Selama sesi tiga hari yang lepas, hanya Maverick Vinales dan Juara MotoGP 2016 Marc Marquez berjaya mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat.

Thursday, February 16, 2017

“Recall” kepada semua motorsikal Yamaha YZF-R25

  • Notis rasmi dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia

  • Pelan "recall" suis pencucuhan (ignition switch) dan pendakap tangki petrol (fuel tank bracket)

Perhatian kepada semua pemilik Yamaha YZF-R25. Yamaha Motor Co. Ltd. (Jepun) baru sahaja membuat pengumuman untuk sebuah pelan "recall" kepada motorsikal Yamaha YZF-R25. Ini kerana terdapat isu dengan dua komponen motorsikal tersebut iaitu suis pencucuhan (ignition switch) dan pendakap tangki petrol (fuel tank bracket).

Wednesday, February 15, 2017

TuneBoss Lancar Tiga ECU baru untuk Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R

  • Tuneboss ECU untuk tiga model motorsikal popular

  • Dibuat oleh FSR Techology, Syarikat 100% milik rakyat Malaysia

  • Produk TuneBoss juga terdapat di Thailand, Philippines, Vietnam, Eropah dan Mexico

FSR Technology baru sahaja melancarkan tiga TuneBoss ECU baru untuk tiga model popular di Malaysia iaitu Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R. Ketiga-tiga ECU baru dari TuneBoss boleh didapati pada hujung bulan ini.

Monday, February 13, 2017

Jentera Formula E musim ke-5 dari Spark Racing Technology

Setelah Spark Racing memenangi tender untuk menyediakan rangka untuk jentera Formula E musim ke-5  mereka hadir dengan cabaran baru dimana jentera elektrik ini perlu melangkaui jarak 2 kali ganda daripada sebelumnya. Cabaran mereka adalah untuk menyediakan rangka yang ringan dan aerodinamik dan gambar-gambar ini adalah rekaan yang mungkin akan hadir pada 2018 nanti.

PM Najib Peruntuk RM30 Juta untuk Litar Sungai Petani

[caption id="attachment_24939" align="aligncenter" width="620"] Foto Kredit: The Star Online[/caption]
  • Litar perlumbaan khas untuk golongan belia

  • Tujuan untuk mengurangkan kegiatan lumba haram  di jalan raya

  • Pelan asal dari Datuk Seri Mukhriz pada tahun 2014

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pembangunan litar perlumbaan di Sungai Petani, Kedah. Pengumuman telah dibuat oleh beliau sewaktu program bersama belia di Menara Alor Setar semalam.

Friday, February 10, 2017

Harley Davidson Lancar 2017 Road King Edisi Khas

 
  • Road King Edisi Khas dengan penampilan lebih gelap dan berani

  • Enjin Harley Milwaukee-Eight™ 107 (1,753cc) berwarna hitam

Harley Davidson baru sahaja melancarkan sebuah motorsikal edisi khas bagi model Road King mereka. Edisi khas ini mempunyai beberapa perubahan dari segi rupa dan juga prestasi yang menambahbaikkan lagi model Road King.

Motorsikal Terbaik untuk Penjimatan Minyak

[caption id="attachment_24918" align="aligncenter" width="640"] Imej dari: springadvertise.co.za[/caption]
  • Penggunaan petrol rendah untuk penjimatan lebih

  • Senarai kapcai, skuter dan juga skuter elektrik

    [caption id="attachment_24917" align="aligncenter" width="640"] Imej dari: drum.co.za[/caption]
Dengan keadaan harga petrol yang semakin meningkat sejak beberapa bulan lepas, kami di MotoMalaya sedar bahawa lebih banyak peruntukan wang telah digunakan untuk mengisi tangki minyak kereta dan motorsikal. Kami telah mengambil sedikit masa untuk mencari pilihan dan alternatif lain untuk penjimatan lebih untuk perjalanan seharian. Berdasarkan kajian ringkas, kami telah mengumpul satu senarai motorsikal terbaik dari segi penjimatan minyak. (NOTA: Ini adalah senarai secara rawak dan bukan mengikut kedudukan atau "ranking". Keputusan akan berbeza bergantung kepada petrol, keadaan motor, cara tunggangan dan lain-lain.)

Wednesday, February 8, 2017

SIC dan MAM akan menganjur Anugerah Sukan Permotoran pertama Di Malaysia

  • Kerjasama oleh Sepang International Circuit (SIC) dan Motorsports Association of Malaysia (MAM)
  • Penghormatan kepada wira-wira sukan permotoran
  • Pengiktirafan kepada individu, organisasi dan pasukan dalam industry sukan permotoran

Tuesday, February 7, 2017

2017 Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad kini di pasaran

  • Warna hitam matte

  • Grafik baru

  • Pelekat rim "sport" berwarna merah eksklusif

Boon Siew Honda baru sahaja melancarkan Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad yang boleh didapati dalam pasaran hari ini. Keluaran edisi terhad bagi Wave Dash kali ini adalah sambugan dari sambutan meriah Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang dilancarkan pada November lepas.

Monday, February 6, 2017

Pengedar Benelli Baharu Dilantik di Malaysia

  • Mforce Bike Holdings sebagai pengedar baharu

  • Pemasangan, pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan

Benelli, pengeluar motosikal dari Itali mengumumkan hari ini bahawa syarikat tersebut dengan rasminya melantik Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. Sebagai pengedar baharu untuk motosikal Benelli di Malaysia mulai 1 Februari 2017. Di atas perlantikan tersebut, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar, dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti bagi produk Benelli di pasaran Malaysia.

Helmet ‘Winter Test 2017’ Valentino Rossi

  • AGV Pista GP-R

  • Gambaran kediaman bersalji Rossi di Tavullia

  • Helmet terbaik dari AGV

Seperti ramai yang mengetahui, sesi 'winter test' MotoGP baru sahaja berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) pada minggu lepas dari 30 Januari hingga 1 Februari 2017. Dan seperti biasa, pelumba MotoGP yang digemari ramai iaitu Valentino Rossi telah melalui sesi ujian tersebut dengan edisi helmet khas yang istimewa.

Sunday, February 5, 2017

Dendrobium: Kereta Elektrik Hiper dengan 1,500hp dan 4,000Nm dari Singapura

Vanda Electric dari Singapura kini berusaha untuk menghasilkan jentera 4 roda elektrik pertama mereka dalam kategori kereta hiper yang mampu menyaingi Koenigsegg dengan pecutan 0-100km/h sepantas 2.6 saat. 

Saturday, February 4, 2017

2017 Honda CBR250RR edisi Repsol di Indonesia - Rp 72 juta (RM23,926.16)

Honda Indonesia, AHM, melancarkan CBR250RR dengan grafik Repsol berasaskan jentera perlumbaan Honda di MotoGP. Honda CBR250RR merupakan jentera 250c yang fokus kepada prestasi dan pengendalian yang mantap.  Honda CBR250RR telah dilancarkan sebelum ini pada pertengahan tahun 2016 di Indonesia untuk varian standard.

Helmet Shark Race-R Pro Sam Lowes 22 untuk MotoGP 2017

Sam Lowes akan bersama pasukan Aprilia pada musim 2017 ini dan Shark telah menyediakan helmet grafik khas kepadanya berasaskan dari siri Race-R Pro.  

RIMAU: Nombor Plat Sempena Sukan SEA KL 2017

Malaysia akan menganjurkan Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun jni, 2017, dan bersempena dengan ini, Jawatankuasa Penganjur Malaysia(MASOC) memperkenalkan nombor plat khas RIMAU. MASOC telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk perkara ini.  

GALERI: 2017 HONDA BR-V SERBA BAHARU: CROSSOVER 7-TEMPAT DUDUK BERMULA DARI RM85,800

HONDA MALAYSIA LANCAR BR-V SERBA BAHARU: CROSSOVER 7-TEMPAT DUDUK BERMULA DARI RM85,800 • Dengan rekaan luaran sebuah 'SUV' bersama ruang sebuah 'MPV', BR-V serba baharu menawarkan satu pilihan alternatif sebagai sebuah Crossover 7-tempat duduk yang bergaya dan praktikal • BR-V serba baharu dilancar dengan pelbagai ciri yang mendahului kelasnya seperti ruang kargo paling luas, output enjin paling tinggi dan jarak ketinggian dari tanah tertinggi Honda Malaysia (atau Syarikat) secara rasmi melancarkan sebuah Crossover 7-tempat duduk sepenuhnya yang bergaya dan praktikal, BR-V serba baharu. Honda BR-V (juga dikenali sebagai Bold Runabout Vehicle) telah dibangunkan khas oleh pihak Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) untuk pasaran Asia dan Oceania. Ia menjadi model HRAP pertama yang diperkenalkan di Malaysia.  

Friday, February 3, 2017

Shell Advance Lancar Minyak Pelincir Khas untuk Skuter

  • Dua minyak enjin Shell Advance & minyak gear

  • Dirumus khas dengan Teknologi PurePlus and Active Cleaning

  • Penambahbaikan pembersihan dan prestasi enjin

Shell Advance telah melancarkan barisan minyak pelincir enjin khas untuk skuter hari ini. Pelancaran telah diadakan di Shell Batu 3, Shah Alam. Barisan minyak pelincir dan minyak gear terbaru dari Shell Advance adalah Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan Teknologi PurePlus 5W-40, Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance. Barisan baru ini telah ditambahkan pada Shell Advance 4T AX5 Scooter 15W-40 yang telah ada di pasaran sejak 2014.

Thursday, February 2, 2017

Maverick Viñales terpantas kali ini di ujian musim sejuk di litar Sepang, Malaysia

[caption id="attachment_24798" align="aligncenter" width="640"]Kredit: MotoGP.com Kredit: MotoGP.com[/caption] Ujian pada hari pertama menyaksikan Casey Stoner dengan jentera baru Ducati mencatat masa terpantas, kemudian pada hari kedua  menyaksikan Andrea Iannone yang kini dalam pasukan Suzuki ECSTAR menyerang litar untuk mendapat kedudukan terpantas dan akhirnya pada hari ketiga, Maverick Viñales dari pasukan Movistar Yamaha muncul sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 1:59.368. Pada satu ketika dahulu, mencatat masa dibawah 2:00.00 di litar Sepang merupakan satu kebanggaan dan satu pencapaian yang terbaik, namun kini hampir semua pelumba teratas dapat memecahkan sempadan 2 minit ini seperti Valentino Rossi, Marc Marquez dan Andrea Iannone.  

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/