Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, January 9, 2017

Litar Balatonring - kisah litar lumba yang tidak disiapkan

[caption width="640" align="alignnone"]Sumber image dari skyscrapercity melalui CarThrottle[/caption] Balatonring, pernahkah anda mendengar nama ini? Mungkin tidak kerana litar ini tidak berjaya disiapkan untuk kegunaan umum. [caption width="640" align="alignnone"]Gambar dari Speedweek melalui CarThrottle[/caption] Litar ini mempunyai susunan yang menarik dengan selekoh-selekoh tajam untuk pemanduan perlahan dan juga selekoh-selekoh laju yang memungkinkan untuk pelumba memotong pesaing mereka.[caption width="640" align="alignnone"]Sumber dari CarThrottle[/caption] Litar ini dibina dengan anggaran kos €80 juta berdekatan dengan tasik Baloton, di wilayah Savoly di Hungary. Litar ini dicadangkan untuk menganjurkan perlumbaan MotoGP pada tahun 2009 dengan batu asas pertama diletakkan pada 6 November 2008 iaitu hanya 10 bulan sebelum MotoGP Balotonring diadakan. Namun, jika anda masih ingat 2008 juga merupakan satu masa yang dunia mengalami krisis ekonomi dan juga disebabkan keadaan cuaca yang mengganggu pembinaan litar ini, maka penganjuran MotoGP Balotonring ditunda kepada tahun 2010 dimana ramai penganalisis berkata litar ini akan berjaya disiapkan. Sekali lagi masalah timbul setelah Hungarian Development Bank menolak pinjaman untuk meneruskan projek ini. Akhirnya, pada 10 Mac 2010, FIM membatalkan penganjuran litar Balotonring dan menggantikannya dengan litar Aragon di Sepanyol.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/