Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, January 28, 2017

Galeri Gambar Rasmi: 2017 Kawasaki Versys-X 250 di Malaysia - RM25k

KAWASAKI VERSYS – X 250: SEBARANG JALAN, BILA BILA MASA. Motosikal Kawasaki Versys-X 250 menggabungkan gaya motosikal pengembaraan besar dengan jentera touring yang kecil. Versys-X adalah satu model "touring" yang berkebolehan untuk digunakan pada sebarang permukaan jalan/laluan dengan prestasi model-model Versys daripada Kawasaki sebelum ini yang berkeupayaan digunakan di atas jalan yang tidak berturap. Motosikal ini didatangkan dengan penyerap hentakan yang panjang, "handle bar" yang lebar dan kedudukan pelana yang rendah, kebolehan prestasi sebuah jentera silinder berkembar manakala aksesori tulen yang memenuhi kehendak pengembaraan atau keperluan berulang-alik dalam bandar. Menyedari keperluan untuk motosikal dengan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan apa-apa pelbagai jalan raya di Malaysia, Kawasaki telah memilih untuk mereka bentuk motosikal yang boleh menangani memenuhi ini – Versys-X 250. Kerangka jenis "tulang belakang" yang sangat teguh dan serba baru ini telah direka untuk mengendalikan gegaran dan hentakan, yang menyumbang kepada keupayaan pengunaan di jalan/laluan tidak berturap – Versys-X 250. Kerangka kukuh juga dapat menyokong penumpang dan bagasi, membuat Versys-X 250 sebagai rakan touring yang berkemampuan. Dipadankan bersama-sama dengan penyerap hentakan yang panjang, membolehkan Versys-X 250 untuk ditunggang dengan penuh keseronokan dalam pelbagai situasi, sama ada di jalan raya yang penuh dengan lubang-lubang atau jalan kampung.   Ia dipersiapkan dengan roda 19" di depan dan 17" untuk roda belakang jenis "jejari" untuk memberikan keupayaan yang lebih baik pada jalan yang tidak berturap berbanding dengan model-model Versys yang lain, yang lebih fokus kepada penunggangan jalanraya biasa. Tambahan pula, Versys-X 250 dilengkapi dengan enjin berkembar selari 249cc yang cekap ditala untuk menghasilkan kuasa lancar pada rpm rendah dan sederhana serta pecutan yang kuat pada rpm tinggi. Struktur fizikal Versys-X 250 dan gaya pengembaraan mengagumkan ini memberikan penampilan seolah jentera yang lebih besar. Berbeza dengan model Versys lain yang lebih fokus kepada penggunaan jalanraya berturap, reka bentuk lasak daripada Versys-X 250 kelihatan sangat sesuai di suasana luar bandar dan jalanraya pelbagai keadaan. Juga diilhamkan oleh model pengembaraan, Versys-X 250 mempunyai gabungan reka bentuk pelindung atas yang tinggi dan cermin depan bersaiz besar yang menyediakan perlindungan angin yang menambah faktor keselesaan penunggangan jarak jauh dan pada masa yang sama menyumbang kepada penampilan gaya pengembaraan. Pengawalan yang tinggi dan keselesaan untuk tunggangan jarak jauh juga kesan rekaan Versys-X 250 yang tirus, kedudukan menunggang menegak dan hendal bersudut lebar. Dilengkapi pelana penunggang yang selesa, ruang tempat duduk belakang yang luas dan bar pemegang pembonceng yang ergonomik membolehkan keselesaan untuk si "dia". Pelana belakang yang rata, dan berserta dengan pembawa rak barangan menawarkan pletfom yang sangat baik untuk menempatkan bagasi. Versys-X 250 ini juga didatangkan bersama dengan peralatan meter pelbagai fungsi yang bergaya yang mempunyai takometer analog besar diapit oleh lampu penunjuk di satu sudut, dan penunjuk kedudukan gear dan pelbagai fungsi skrin LCD di bahagian yang lain. Sebagai faktor penambahan, peralatan ini menawarkan perasaan menunggang sebuah motosikal premium setanding dengan model yang lebih besar dan lebih mahal. Sebagai pelengkap kepada gaya pengembaraan, Versys-X 250 mempunyai tangki bahanapi bersaiz 17liter dengan reka bentuk yang tirus yang memudahkan penunggang untuk menjejakkan kaki ke permukaan jalan dengan mudah. Berdasarkan maklum balas daripada teknologi perlumbaan, Klac jenis "Assist dan Slipper" yang menggunakan dua jenis cam untuk memandu clutch hub dan cakera operasi secara serentak atau berasingan. Ketika operasi biasa, cam "assist" bertindak sebagai mekanisme servo tunggal, menarik hab klac dan cakera operasi bersama- sama untuk memampatkan plat klac. Ini membolehkan jumlah beban spring klac dikurangkan, menyebabkan tuil klac yang lebih ringan ketika pengendalian klac. Apabila enjin brek berlebihan berlaku - akibat penurunan gear dengan cepat atau secara tidak sengaja - cam "slipper" bertindak memaksa "hub" klac dan cakera operasi terpisah. Tayar belakang dapat dielakkan dari melompat dan tergelincir kesan daripada pengurangan lantunan tork dengan melegakan tekanan ke atas plat klac. Motosikal berkonsep sport yang terkini sering menggunakan saiz badan pendikit besar untuk menjana tahap kuasa yang tinggi kerana lebih banyak udara boleh disediakan ke dalam enjin sekali gus meningkatkan potensi pembakaran lengkap berlaku yang kemudiannya bertukar kepada kuasa. Apabila penunggang tiba-tiba membuka pendikit, kemasukan secara tiba-tiba tindak balas tork adalah agresif dan sering lebih daripada kebolehan pengendalian penunggang. Teknoloji injap pendikit berkembar ini adalah rekaan untuk menjinakkan sentapan tindakbalas enjin di samping menyumbang kepada prestasi yang lebih efisyen. Pada model dengan injap pendikit berkembar, terdapat dua injap pendikit setiap silinder sebagai tambahan kepada injap utama, yang secara fizikal disambungkan kepada pemulas pendikit dan dikawal oleh penunggang itu sendiri. Sementara itu, set kedua injap, dibuka dan ditutup oleh ECU, kawalan aliran pengambilan udara yang lebih tepat untuk memastikan, tindak balas mendatar yang semula jadi. Dengan laluan udara melalui badan-badan pendikit menjadi lebih lancar, kecekapan pembakaran dalam kuasa yang lebih baik dan bertambah. Seperti teknologi Kawasaki pengurusan enjin lain, "Dual Throttle Valves" telah direka dengan falsafah "menuruti tindakan penunggangnya, sambil memberikan sokongan elektronik tetapi dirasai seolah ianya seiring dan tidak berbalah." Teknologi ini banyak dipaparkan pada model-model Kawasaki yang lain. Menggunakan kawalan elektronik ketepatan tinggi untuk pengurusan enjin, model Kawasaki boleh mencapai tahap yang tinggi kecekapan pengunaan bahan api. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan api sangat dipengaruhi oleh penggunaan pendikit, pemilihan gear, dan elemen-elemen lain di bawah kawalan penunggang. Penunjuk Penunggangan Ekonomi adalah fungsi yang menunjukkan apabila keadaan menunggang dengan penggunaan bahan api yang rendah . Sistem ini berterusan memantau penggunaan bahan api, tanpa mengira kelajuan kenderaan, kelajuan enjin, kedudukan pendikit dan syarat menunggang lain. Versys-X 250 menggesa anda untuk menjadi pengembara, menikmati jenis pelbagai jalanraya dan laluan di Malaysia, dan pada masa yang sama menikmati keselesaan yang tersedia. Hanya menunggang dan bersedia untuk terpesona dengan kemudahan yang datang bersamanya. Versys-X 250 boleh didapati dalam satu warna sahaja, "Lime Green". Harga 2017 Kawasaki Versys-X 250 adalah dibawah RM25k (asas termasuk GST) Spesifikasi Teknikal Kawasaki Versys-X 250 2017

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/