Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, January 29, 2017

2017 Kawasaki Z900 ABS Standard/SE di Malaysia - 125PS Sugomi - RM58k

KAWASAKI Z900 ABS: KEASLIAN TERSERLAH The Kawasaki Z900 baru adalah ahli terbaru dalam keluarga Z yang ikonik. Gabungan gaya agresif "Z Supernaked" dan reka bentuk sugomi elemen Z900 dengan elegan, rekabentuk fizikal yang menarik dan keterampilan enjin yang padat. Dengan hanya sekali pandang, anda akan jatuh cinta. Elemen reka bentuk sugomi utama, seperti dalam posisi " ingin menyerang" - kedudukan kepala yang rendah dan bahagian ekornya yang melentik, memberi Z900 bayangan yang berbeza. Meletakkan dirinya lebih dikenali sebagai model "Z Supernaked". Penampilan tegap ini ditekankan oleh rekaan tirus, rupa bentuk fizikal yang menampakkan imej ringan, tangkas dan mencerminkan prestasi sporty. Sebagai motosikal yang memenuhi keperluan pelbagai penunggang dan berprestasi tinggi, Z900 baru pasti akan mengujakan.  

Saturday, January 28, 2017

Galeri Gambar Rasmi: 2017 Kawasaki Versys-X 250 di Malaysia - RM25k

KAWASAKI VERSYS – X 250: SEBARANG JALAN, BILA BILA MASA. Motosikal Kawasaki Versys-X 250 menggabungkan gaya motosikal pengembaraan besar dengan jentera touring yang kecil. Versys-X adalah satu model "touring" yang berkebolehan untuk digunakan pada sebarang permukaan jalan/laluan dengan prestasi model-model Versys daripada Kawasaki sebelum ini yang berkeupayaan digunakan di atas jalan yang tidak berturap. Motosikal ini didatangkan dengan penyerap hentakan yang panjang, "handle bar" yang lebar dan kedudukan pelana yang rendah, kebolehan prestasi sebuah jentera silinder berkembar manakala aksesori tulen yang memenuhi kehendak pengembaraan atau keperluan berulang-alik dalam bandar. Menyedari keperluan untuk motosikal dengan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan apa-apa pelbagai jalan raya di Malaysia, Kawasaki telah memilih untuk mereka bentuk motosikal yang boleh menangani memenuhi ini – Versys-X 250. Kerangka jenis "tulang belakang" yang sangat teguh dan serba baru ini telah direka untuk mengendalikan gegaran dan hentakan, yang menyumbang kepada keupayaan pengunaan di jalan/laluan tidak berturap – Versys-X 250. Kerangka kukuh juga dapat menyokong penumpang dan bagasi, membuat Versys-X 250 sebagai rakan touring yang berkemampuan. Dipadankan bersama-sama dengan penyerap hentakan yang panjang, membolehkan Versys-X 250 untuk ditunggang dengan penuh keseronokan dalam pelbagai situasi, sama ada di jalan raya yang penuh dengan lubang-lubang atau jalan kampung.  

Galeri Gambar Rasmi: Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 di Malaysia - jentera 68PS 2-silinder - RM38k (spesifikasi penuh disertakan)

Keseimbangan dan menarik, Kawasaki Ninja 650 serba baru ini mempunyai enjin berkembar selari 650cc dengan tumpuan julat rendah-pertengahan yang kuat dan pakej casis ringan dan tirus serta jentera kelas kuasa bagi kategori model kuasa pertengahan. Rekaan yang menguatkan imej keluarga Ninja mencerminkan ciri yang sangat anggun serta menyediakan pilihan alternatif kepada penunggang yang lebih gemarkan motosikal berfairing penuh. Wajah agresif Ninja 650 ini direka dengan bentuk fizikal yang tirus dan padat, khas untuk memberikan imej motosikal yang ringan, lincah serta mencerminkan prestasi sporty.  

Friday, January 27, 2017

1990an Honda CR-X Mugen

Pada pendapat saya, banyak jentera 4 roda yang menarik hadir pada tahun 1980 sehinggalah akhir 2000. Lihat sahaja jentera dari Honda ini dengan kit badan dari Mugen ini. Honda CR-X generasi kedua ini dikeluarkan pada tahun 1988 -1991 kemudian digantikan dengan model Honda CR-X del sol yang mempunyai rekaan yang sangat berbeza dengan CR-X ini.

1995 Proton Wira 1.8 EXi DOHC - homologasi untuk Kejuaraan Rali Dunia (WRC)

Pada tahun 90an, Proton ada menyertai Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dengan jentera Proton Wira. Bagi melayakkan jentera ini beraksi dalam perlumbaan ini, Proton perlu membina 2,500 buah jentera ini sebagai syarat homologasi WRC. Perlumbaan WRC ini memperkenalkan kita kepada Karamjit Singh yang cukup hebat dengan Proton Wira versi Rali tersebut. Sepeti ayat dalam iklan diatas, apa yang membezakan jentera Karamjit Singh dan Proton Wira 1.8 EXi DOHC ini hanyalah sangkar gulingan keselamatan (roll cage). Sumber: G Car Care FB

Read the original post at http://motomalaya.net

Modifikasi Honda CBR250RR oleh TRICK STAR, Jepun

TRICK STAR R&D dari Jepun memperlihatkan jentera Honda CBR250RR yang telah mereka ubahsuai untuk mencapai sasaran kelajuan 200km/h. Pada kali pertama melihat jentera ini, ia nampak seperti Ninja 250 dari rupa reraupnya, tetapi bila bahagian enjinnya didedahkan, enjinnya adalah dari Honda.

Thursday, January 26, 2017

Tawaran tiket awal MotoGP Sepang 2017 serendah RM44.25 sehingga 31 Mac ini

Sepang International Circuit (SIC) menawarkan tiket dengan harga yang rendah untuk pengunjung Sepang MotoGP sehingga 31 Mac 2017 ini. 

Monday, January 23, 2017

Kawasaki Malaysia membawakan Versys-X 250(RM25k), Z650(RM37k), Ninja 650(RM58k) dan Z900 (RM58k)

Kawasaki Malaysia membawakan kepada rakyat Malaysia 4 jentera yang amat ditunggu-tunggu untuk 2017 ini iaitu Versys-X 250, Z650, Ninja 650 dan Z900. Kesemua model ini adalah model serba baru yang telah diperkenalkan pada EICMA, Milan, hujung 2016 lalu. Harganya adalah: Kawasaki Versys-X 250 <RM25k Kawasaki Z650 <RM37k Kawasaki Ninja 650 <RM38k Kawasaki Z900 <RM58k Semua harga ini adalah termasuk GST. Harga ini adalah anggaran dan dijangkakan tidak melebihi harga yang telah ditetapkan. Sedang dikemaskini

Read the original post at http://motomalaya.net

Rasmi: 2017 Yamaha YZF-R15 hadir ke Indonesia - enjin 155cc 19hp (spesifikasi penuh disertakan)

Indonesia menerima jentera terbaru iaitu Yamaha YZF-R15 kini hadir dengan enjin baru berkapasiti 155cc. Lebih menarik lagi adalah kuasa enjin ini pada ukuran 14.2kW (19hp) yang cukup berkuasa bagi jentera 155cc ini. Maverick Vinales dan Valentino Rossi muncul di Indonesia melancarkan Yamaha YZF-R15 ini.

Kelas Celik Yamaha di SMK Bukit Rahman Putra - siap dilengkapi bengkel Yamaha

Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd (HLYM) kini menaja 'Kelas Celik Yamaha' di SMK Bukit Rahman Putra di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (SEIP). HLYM menyediakan bengkel automotif di SMK Bukit Rahman Putra yang mampu memberikan pembelajaran automotif yang lebih praktikal dengan kelengkapan dan peralatan professional. HLYM juga memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam kepakaran automotif mereka untuk menyediakan siri program yang sistematik.  

Sunday, January 22, 2017

Pasukan Movistar Yamaha MotoGP didedahkan - MV25 dan VR46

Pasukan Movistar Yamaha MotoGP telah didedahkan dengan rasminya dan sedia untuk beraksi pada musim 2017 ini. Menariknya kali ini, pasukan Movistar Yamaha MotoGP memilih Maverick Vinales dari pasukan Suzuki sebagai gandingan bersama Valentino Rossi setelah Jorge Lorenzo berpindah ke pasukan Ducati. Vinales memakai nombor perlumbaan 25 yang nampak tidak jauh berbeza pada grafik pada jentera Suzuki sebelum ini. Lagenda dengan 9 kemenangan mencari kemenangan ke-10, Valentino Rossi kekal bersama Movistar Yamaha MotoGP dan pernah sebelum menyertai pasukan Ducati.

Read the original post at http://motomalaya.net

Saturday, January 21, 2017

Galeri: 2017 Yamaha Ego Solariz 125cc dilancarkan di Malaysia - RM5,548 (asas termasuk GST)

HLYM melancarkan satu lagi Ego mereka dengan hadirnya Yamaha Ego Solariz yang memfokuskan kepada jentera automatik yang 'Segalanya Mungkin'. Jentera automatik (skuter) semakin meningkat dari segi popularitinya berbanding beberapa tahun lepas dimana setiap pengeluar utama motosikal turut mengeluarkan jentera automatik mereka. Lihat saja Honda dengan BeAt, Kawasaki dengan J300, Suzuki dengan Nex dan Modenas dengan Karisma 125. Tidak dapat dielak lagi dengan peraturan baru, maka, Ego Solariz ini dilengkapi dengan lampu isyarat belakang yang capang. Lampu isyarat seperti ini tidaklah saya sendiri gemari kerana mudah terlanggar dan mudah patah. Apakan daya, ini peraturan baru. Enjinnya cukup bagus dalam kategori ini berkapasiti 125cc dengan suntikan bahanapi (fuel injection). Teknologi enjin ini hadir dengan konsep 'Blue Core' dari Yamaha yang memfokuskan prestasi dan pada masa yang sama masih menjimatkan. Caranya adalah dengan mengurangkan geseran mekanikal yang ada pada bahu penggolek (rocker arm) dan pelarasan terbaik pada sistem suntikan bahanapi. Kuasa yang mampu dijana pada enjin ini adalah 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM dan daya kilas pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Nilai-nilai adalah nilai yang bagus pada jentera automatik 125cc yang mana anda akan puas hati dengannya. Sebagai perbandingan, jentera Suzuki Nex 110 hanya pada 6.6kW tetapi itu sudah bagus untuk satu skuter yang ringan. Ruang bawah tempat duduk bersaiz besar dengan kapasiti maksimum 10 liter yang boleh memuatkan jaket hujan, dompet dan pelbagai barangan lagi yang biasa penunggang bawa. Tangki petrol pula bersaiz 4.2L. Meter cukup ringkas tetapi ada satu lampu tambahan iaitu 'ECO' untuk menunjukkan kepada anda keadaan enjin yang berfungsi pada keadaan paling optimum pada kelajuan dan putaran enjin yang sesuai. Rekaan ekzosnya juga ringkas dan dilindungi dengan pelindung peredam yang mengelakkan kaki anda tersentuh dengan ekzos yang panas. Harga 2017 Yamaha Ego Solariz ini adalah RM5,548 (asas termasuk GST) Spesifikasi Teknikal 2017 Yamaha Ego Solariz Galeri gambar Ego Solariz [gallery ids="24651,24611,24612,24613,24614,24615,24616,24617,24618,24619,24621,24622,24623,24624,24625,24626,24627,24628,24629,24630,24631,24632,24633,24634,24635,24636,24637,24638,24639,24640,24641,24642,24643,24644,24645,24646,24647,24648,24649,24650"]

Read the original post at http://motomalaya.net

Friday, January 20, 2017

Warga Kelantan Menang Kawasaki H2 dalam Cabutan Bertuah Hari Malaysia

Encik Che Asmani Che Kub dari Kelantan telah menang sebuah Kawasaki H2 dalam cabutan bertuah hadiah utama Kawasaki sempena Hari Malaysia 2016. Encik Asmani berjaya memenangi superbike tersebut setelah membeli sebuah Z800 beberapa bulan yang lepas.

Tuesday, January 17, 2017

2017 Honda CBR650F (RM 46,850.94) dan CB650F (RM44,730.94) kini di Malaysia dengan kemaskini warna dan grafik

Boon Siew Honda (Malaysia) mengemaskini jentera berkapasiti 650cc mereka dengan warna dan grafik baru untuk 2017. Honda CB650F dan CBR650F merupakan jentera permulaan untuk penunggang yang baru menyertai medan kuasa jentera 650cc dengan enjin 4-silinder. Honda mensasarkan jentera sebagai "your entry into Honda inline 4". Kedua-dua jentera ini menerima dua warna baru iaitu hitam rata dengan rangka merah dan hitam rata dengan rangka putih. Warna ini cukup menarik dan pernah saya kongsikan sebelum ini mengenainya di Indonesia

Friday, January 13, 2017

Hyundai IONIQ Scooter Concept - skuter elektrik yang boleh dimuatkan ke pintu kereta

Hyundai memperkenalkan konsep skuter elektrik IONIQ, yang boleh dimuatkan ke pintu kereta Hyundai IONIQ. Konsep ini adalah untuk menyelesaikan masalah pergerakan pengguna kereta jarak perbatuan pertama dan yang terakhir. Maksudnya dari rumah atau pejabat anda ke tempat letak kereta dan dari tempat letak kereta ke rumah atau pejabat anda.

Thursday, January 12, 2017

1983 Honda Beat - 50cc 2-lejang 7.2PS

Satu jentera dari Honda yang sangat unik dibina pada tahun 1980-an dengan rekaan yang nampak begitu futuristik. Honda Beat ini hadir dengan enjin 2-lejang berkapasiti hanya 50cc dan mampu menjana 7.2 PS yang mana cukup kuat untuk membawa jentera dengan berat cuma 60kg ini.

Wednesday, January 11, 2017

2017 Suzuki GSX-250R akan hadir ke Jepun dan Eropah pada 17 April 

Sebuah jentera yang dinanti-nantikan peminat dunia dua roda iaitu Suzuki GSX-250R akan mula merayau ke jalanan seluruh dunia bermula dengan pasaran Jepun dahulu pada 17 April 2017. Suzuki sekarang ini berusaha untuk memenangi hati pengguna jentera 250cc dengan rekaan yang menarik beserta teknologi yang mampu memberi prestasi yang kompetitif. Suzuki GSX-250R  telah mula dijual di China sejak Disember 2016 lagi.

Cub Prix Sedang Pertimbang Kategori Perlumbaan Ke-Tujuh untuk 2017

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS sedang pertimbangkan penambahan kategori perlumbaan ke-tujuh dalam kalendar musim 2017 yang akan bermula pada awal Mac tahun ini.

Tuesday, January 10, 2017

Pandu Uji - 2017 Benelli TnT 135 – Motor Mini Mania

Selepas pelancaran di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada December lepas, Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) telah memberi kami peluang yang menarik untuk mencuba keluaran terbaru mereka iaitu Benelli TnT 135.

Jentera baru Yamaha akan hadir 15 Januari 2017 ini

HLYM akan melancarkan jentera baru mereka untuk 2017 pada 15 Januari ini. Pada pengamatan kami, jentera ini mungkin jentera automatik dan sangat berkemungkinan jentera dalam gambar usikan ini adalah NVX155 / Aerox155? Apa pendapat anda? Sumber: Yamaha Events Malaysia FB

Read the original post at http://motomalaya.net

Monday, January 9, 2017

Litar Balatonring - kisah litar lumba yang tidak disiapkan

[caption width="640" align="alignnone"]Sumber image dari skyscrapercity melalui CarThrottle[/caption] Balatonring, pernahkah anda mendengar nama ini? Mungkin tidak kerana litar ini tidak berjaya disiapkan untuk kegunaan umum. [caption width="640" align="alignnone"]Gambar dari Speedweek melalui CarThrottle[/caption] Litar ini mempunyai susunan yang menarik dengan selekoh-selekoh tajam untuk pemanduan perlahan dan juga selekoh-selekoh laju yang memungkinkan untuk pelumba memotong pesaing mereka.[caption width="640" align="alignnone"]Sumber dari CarThrottle[/caption] Litar ini dibina dengan anggaran kos €80 juta berdekatan dengan tasik Baloton, di wilayah Savoly di Hungary. Litar ini dicadangkan untuk menganjurkan perlumbaan MotoGP pada tahun 2009 dengan batu asas pertama diletakkan pada 6 November 2008 iaitu hanya 10 bulan sebelum MotoGP Balotonring diadakan.

Saturday, January 7, 2017

Promosi Ducati “Red Weekend”, 7-8 Januari 2017

Ducati akan menganjurkan satu promosi "Red Weekend" yang hebat hari ini dan esok (7-8 Januari 2017) bertempat di ruang pameran Ducati Kuala Lumpur, Naza Automall Petaling Jaya dan juga pusat-pusat pengedar Ducati di seluruh negara.

Friday, January 6, 2017

Kemaskini Yamaha MT-07 2017 akan hadir ke Malaysia - RM36,795.78 (asas termasuk GST)

HLYM mengemaskini grafik Yamaha MT-07 dengan dua warna iaitu Night Fluo dan Yamaha Blue. MT-07 sebagai jentera sememangnya hadir dengan grafik yg minimum untuk menampakkan garisan-garisan badannya yang cantik beserta dengan enjin dwi silinder yang tidak dilitupi reraup. Harganya masih lagi tidak jauh berbeza dengan harga sebelum ini pada RM36,795.78 (asas termasuk GST). Kedua-dua warna dengan grafik baru ini akan hadir pada pertengahan Januari 2017.

Read the original post at http://motomalaya.net

Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2017

Kawasaki Motors Malaysia sedang menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya bagi tahun 2017. Kempen yang bertema "Jelas Dilihat, Selamat Tunggangan". Kempen ini sedang berlangsung di tempat letak kereta Plaza Tol Sungai Besi (arah Selatan) yang bermula pada jam 8.30 pagi tadi. Kempen ini akan berlangsung sehingga pukul 5 petang hari ini.

Honda memperkenalkan Honda Riding Assist - motor dengan pengimbangan sendiri

Honda memperkenalkan sebuah konsep 'Honda Riding Assist' yang mana merupakan jentera yang mampu mengimbangkan dirinya sendiri (swaimbang?) di CES 2017. Teknologi ini diperkembangkan dari teknologi penyelidikan robotik humanoid 'ASIMO'. Jentera nampaknya seperti berasal dari model NC750X yang telah diubahsuai untuk memuatkan peralatan robotik dan kawalan bar pemegang.  

Wednesday, January 4, 2017

Pad Penukar Gear Komine untuk perlindungan kasut

Sekiranya anda selalu menghadapi masalah dengan kasut kesayangan anda yang tergores dengan tuil penukaran gear motosikal anda, maka pad penukar gear dari Komine ini mungkin adalah satu aksesori yang anda perlukan.  

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/