Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, December 1, 2016

2017 Kawasaki Versys-X 250 / Tourer telah hadir ke Indonesia - jentera kembara 250cc

2017-versys-x-250-indonesia Saat pengeluar lain sibuk menyiapkan jentera 'sport' dalam kategori 250cc, Kawasaki bertindak dengan cara yang berbeza dengan terus mempersembahkan jentera 250cc dalam kategori kembara (tourer). Hasilnya adalah 2017 Kawasaki Versys-X 250 / Versys-X 250 Tourer. Kawasaki Versys-X 250 merupakan jentera yang baru sahaja diperkenalkan pada awal November ini, dan nampaknya Kawasaki Indonesia tidak menunggu lama untuk membawa Versys-X ini ke rantau Asia Tenggara ini.   Kawasaki Versys-X 250 adalah model asas tanpa kotak tepi dan aksesori yang lain, ini berkemungkinan dilakukan untuk mengurangkan kos awal pembelian jentera ini dan pengguna boleh memilih untuk memuatkan aksesori yang diinginkan mengikut kehendak sendiri. 17_kle250b_g_01 Manakala Kawasaki Verys-X 250 Tourer telah dilengkapi dengan pelbagai aksesori untuk kembara jarak jauh iaitu kotak tepi, lampu 'spot', pelindung tepi dan 'port' 12V DC. 17_kle250b_g_06 Port 12V DC ini amat berguna untuk mengecas telefon dan peralatan navigasi semasa dalam perjalanan jauh. Malah boleh digunakan untuk mengecas 'powerbank' yang mana boleh digunakan sebagai sumber tenaga untuk menyalakan lampu 5V mudah alih semasa berkhemah nanti. 17_kle250b_g_07 Pelindung tangan ini nampak seperti biasa sahaja, tapi fungsinya penting juga. Dengan adanya pelindung tangan ini, cuaca sejuk pada waktu pagi dan cuaca ekstrem dapat dielakkan dan ini memberikan keselesaan kepada penunggang. 17_kle250b_g_18 Sistem enjin pula dilengkapi dengan sistem 'Assist & Slipper Clutch' yang memberikan lebih kawalan kepada pengguna dalam situasi pembrekan dan pencepatan semasa mengambil selekoh. 17_kle250b_g_17 Kawasaki Versys-X 250 ini hadir dengan enjin 2-silinder yang mampu menjana 32hp @ 11,000RPM dengan daya kilas pada 21.7Nm @ 10,000RPM. 17_kle250b_g_19 Terdapat dua versi Versys-X 250 iaitu dengan ABS dan tanpa-ABS. Pada pendapat saya, sekiranya anda sedang memilih motosikal, pilihlah yang ada ABS walaupun harganya lebih mahal, kerana keselamatan adalah lebih mahal. Spesifikasi Teknikal 2017 Kawasaki Versys-X 250 / Tourer Type: Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin Displacement: 249 cm3 Bore and Stoke: 62.0 x 41.2 mm Compression ratio: 11.3:1 Valve system: DOHC, 8 valves Fuel system: Fuel injection: ø28 mm x 2 with dual throttle valves Ignition: Digital Starting: Electric Lubrication: Forced lubrication, wet sump Max Power: 32hp / 11,000 rpm Max Torque: 21.7 N.m / 10,000 rpm Sumber specs dari: https://bmspeed7.com/2016/11/30/pt-kmi-resmi-rilis-kawasaki-versys-x-250-ini-dia-spesifikasi-fitur-harga-dan-opsi-warnanya-siap-ngiler-deh/ Sumber: https://www.facebook.com/KawasakiIndonesia/posts/1132555723506364

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/