Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, December 8, 2016

2017 Honda MSX 125 kini hadir ke Malaysia - RM11,128.94 (termasuk GST)

  [caption id="attachment_24237" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 Honda MSX125 dalam warna Hyper Yellow[/caption] Boon Siew Honda (BSH) nampaknya terus agresif dalam memperkenalkan jentera-jentera baru yang menarik. Kali ini, BSH membawakan kepada rakyat Malaysia jentera genit yang comel iaitu Honda MSX 125 yang mana dikenali juga sebagai Honda Grom di negara lain. [caption id="attachment_24238" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 HONDA MSX125 dalam warna Burning Red[/caption] Honda MSX 125 ini hadir dengan enjin satu silinder 125cc 4-lejang yang mampu memberikan kuasa maksima pada 7.2kW (9.65bhp) @ 7,000RPM dan daya kilas maksimum pada 11Nm @ 5,250RPM. Tangki petrolnya besar pada ukuran 5.7 liter dan mampu bergerak jauh ditambah dengan sistem suntikan bahanapi PGM-FI. Enjin ini selaras dengan piawai Euro 3 terhadap pelepasan CO2 ke alam sekitar.   [caption id="attachment_24243" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 Lampu hadapan LED Honda MSX125[/caption] Iluminasi pada jalanan gelap kini lebih terang dengan penggunaan lampu jenis LED yang lebih tahan lama. [caption id="attachment_24244" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 Ekzos pada posisi rendah Honda MSX125[/caption] Ekzos Honda MSX 125 ini diletakkan pada posisi rendah (low-slung) dengan rekaan peredam berbentuk heksagon. [caption id="attachment_24240" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 Fork terbalik Honda MSX125[/caption] Suspensi hadapan adalah dengan konfigurasi terbalik yang mungkin memberikan prestasi yang lebih baik semasa mengambil selekoh, tapi tidak pastilah anda mahu ambil selekoh berapa laju dengan MSX 125 ini. Brek hadapan dikepit dengan kaliper 2-piston untuk hentian yang cukup mantap. [caption id="attachment_24239" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 Meter digital Honda MSX125[/caption] Paparan meter adalah digital sepenuhnya dan bacaan kelajuan adalah cukup besar untuk anda melihatnya dengan hanya sekali pandang. [caption id="attachment_24241" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 Kunci jenis 'Jack Knife'  MSX125[/caption] Kunci Honda MSX 125 ini datang dengan jenis 'Jack Knife' yang biasanya hadir pada kereta yang mahal. Kunci jenis ini adalah cukup bagus kerana sangat senang untuk dimasukkan ke dalam poket, dapat mengelakkan daripada paha anda tercucuk-cucuk dengan batang kunci ini dan juga dapat mengelak daripada telefon anda tercalar dengan besi kunci ini [caption id="attachment_24242" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 Honda MSX125[/caption] Rangka Honda MSX 125 ini dibuat dari keluli yang tegar namun fleksibel jenis 'mono backbone frame'. Harga Honda MSX 125 di Malaysia adalah RM11,128.94 (asas termasuk GST) *Nota: Versi ini adalah tahun 2016 untuk pasaran lain, namun kami namakan versi ini tahun 2017 khas untuk pasaran Malaysia. Spesifikasi Teknikal Honda MSX 125 Honda MSX 125 Specs 2017 Honda MSX 125 Specs 2017


Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/