Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, December 30, 2016

Intip: 2017 Yamaha YZF-R15 di Indonesia

Yamaha YZF-R15 akan menerima kemaskini pada masa yang terdekat ini dan TMCBlog melaporkan terdapat beberapa gambar intipan yang menyerlahkan sedikit gambaran awal mengenai YZF-R15 ini. Lampu hadapan adalah lebih sepet dan di tengahnya menampakkan lohong masukan udara yang lebih besar.

Kawasaki Z125 Pro edisi khas warna biru/hitam metalik

Kawasaki hadir dengan edisi khas Kawasaki Z125 Pro warna biru plasma gula-gula (Candy Plasma Blue) / hitam percikan metalik (Metallic Spark Black). Rim sukan pada edisi ini berwarna emas bersekali dengan sentuhan warna emas juga pada suspensi terbalik hadapan. Jentera 125cc genit ini telah diperkenalkan di Malaysia pada 8 Disember 2015, iaitu pada tahun lepas. Harganya untuk edisi biasa adalah RM9,900 (asas tidak termasuk GST). Walaupun jentera ini genit, tangki agak besar dengan saiz 7.4 liter yang memastikan anda boleh bergerak dengan lebih jauh berbanding jentera 125cc lain. Spesifikasi Teknikal Kawasaki Z125 Pro

ENGINE

Type:                                     Air-cooled, 4-stroke Single

Displacement:                     125 cc

Bore and Stroke:                 56.0 x 50.6 mm

Compression ratio: 9.8:1

Valve system:                      SOHC, 2 valves

Fuel system:                        Fuel injection: ø24 mm x 1

Ignition:                                Digital

Starting:                                Electric

Lubrication:              Forced lubrication, wet sump

 

 

PERFORMANCE

Maximum power:                 7.2 kW {9.8 PS} / 8,000 min-1 (MYS)

Maximum torque:                9.6.N.m {0.98 kgf.m} / 6,000 min-1 (MYS)

DRIVETRAIN

Transmission:                                  4-speed, return

Final drive:                           Chain

Primary reduction ratio:      3.409 (75/22)

Gear ratios:

1st:                                         3.000 (36/12)

2nd:                                       1.938 (31/16)

3rd:                                        1.350 (27/20)

4th:                                          1.087 (25/23)

Final reduction ratio:          2.143 (30/14)

Clutch:                                  Wet multi-disc, manual

 

FRAME

Type:                          Backbone, high-tensile steel

Wheel travel:

front   100 mm

rear         104 mm

Tyre:         front         100/90-12 49J

rear         120/70-12 51L

Caster (rake):                       26°

Trail:                           69 mm

Steering angle:                    42° left/ 42° right

 

 

BRAKES

Front Brake: 200mm Disc

Rear Brake : 184mm Disc

 

SUSPENSION

Front Suspension: ø30 mm inverted fork

Rear Suspension : Offset laydown single-shock with adjustable preload

 

 

WHEELS & TYRES

Front Tyre : 100/90 12

Rear Tyre : 120/70 12

Front Wheel: 12-inch

Rear Wheel: 12-inch

 

DIMENSIONS, WEIGHT & CAPACITIES

 

Overall Length   : 1700 mm

Overall Width     : 740 mm

Overall Height   : 1005 mm

Kerb/Wet Weight   : 101 kg

Fuel Tank Capacity: 7.4L Sumber: khi.co.jp

Read the original post at http://motomalaya.net

Wednesday, December 28, 2016

Pandu Uji – 2016 Naza N5R

Baru-baru ini, pihak kami telah mendapat peluang untuk mencuba prestasi motorsikal keluaran terbaru dari Naza iaitu Naza N5R. Naza N5R merupakan motorsikal kategori 250cc yang berasas dari Naza N5 keluaran 2014. Ia baru sahaja dilancarkan pada September lepas.

Saturday, December 24, 2016

2017 Honda CBR250RR mampu mencecah 170km/j dalam sesi ujian di Indonesia

Satu sesi ujian jentera Honda CBR250RR telah dijalankan oleh sahabat kita di Indonesia iaitu Taufik dari TMCBlog untuk menguji pelbagai aspek jentera ini. Salah satu aspek yang diuji adalah kelajuan maksima (top speed) CBR250RR ini kerana dikatakan jentera ini adalah menumpukan kepada prestasi bukan kepada pengurangan kos seperti mana pengeluar lain.   TMCBlog melaporkan bahawa kelajuan maksima ini adalah dalam 166-170km/j dan ini adalah konsisten dalam setiap ujiannya. Itu saja yang anda nak tahu kan?

Friday, December 23, 2016

2017 Aprilia RSV4 R FW-GP - jentera V4 berkuasa 250hp berasaskan dari MotoGP

Aprilia pada penghujung 2016 ini telah mempersembahkan jentera yang cukup menarik dengan kuasa melebihi 250hp berasaskan dari jentera yang pernah digunakan pada perlumbaan MotoGP pada 2015 iaitu RS-GP 15. Jentera ini adalah Aprilia RSV4 R FW-GP. Jentera ini menggunakan saiz gerek yang lebih besar iaitu 81mm, 3mm lebih besar daripada saiz gerek RSV4 yang biasa iaitu pada 78mm. Secara teorinya ini akan meningkatkan nisbah mampatan dan pada masa yang sama juga akan meningkatkan sedikit kapasiti enjin. 

Wednesday, December 21, 2016

Konvoi ke Colombo Bike Week 2017

[caption id="attachment_24352" align="aligncenter" width="840"] Foto kredit: Buzzword Events[/caption]

Tawaran Istimewa dari Buzzword Events: Konvoi ke Colombo Bike Week 2017 dan Sri Lanka

[caption id="attachment_24347" align="aligncenter" width="840"] Foto kredit: Buzzword Events[/caption] Rakan-rakan seperjuangan kami dari Buzzword Events kembali dengan tawaran melancong sambil menunggang ke Sri Lanka sempena acara Colombo Bike Week 2017.

Thursday, December 15, 2016

Pandu Uji: 2016 Honda CB500X ABS

 

2016 HondaCB500X ABS dikemaskini dalam pakej dan harga yang berpatutan

Dalam pasaran Malaysia, terdapat banyak pilihan untuk motorsikal atas 250cc. Bagi yang baru sahaja mendapat lesen B penuh, antara pilihan yang menarik di pasaran sekarang ialah Honda CB500X ABS tahun 2016.

MV Agusta Melantik Pengedar Baru di Malaysia

Motosikal MV Agusta di Malaysia akan diedarkan oleh Moto Varese Asiatic Sdn Bhd

Pelantikan Moto Varese Asiatic Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi MV Agusta telah disempurnakan dengan majlis menandatangani perjanjian pada 7 Disember 2016 antara kedua dua pihak oleh Cik Hu Ying, Pengarah Eksekutif, DNC Asiatic Holdings dan Encik Muhamad Zamry Abu Samah, Pengarah Urusan, Moto Varese Asiatic Sdn Bhd bagi pihak syarikat masing-masing.

Tuesday, December 13, 2016

2017 Kozi Sport Wheel M5 untuk Yamaha Y15ZR

Kozi Sport Wheels,  satu jenama dari TSR Malaysia,  membawakan rim sukan rekaan terbaru, M5,  untuk Yamaha Y15ZR. Terdapat 3 warna untuk dipilih iaitu Emas,  Hitam dan Biru.  Warna emas ini cukup menarik untuk digayakan pada Y15ZR yang berwarna hitam kerana akan wujud kontras yang tinggi saling melengkapkan padanan warna keseluruhannya.  Warna biru ini pula sesuai untuk jentera Y15ZR dalam warna Edisi GP yang hadir dalam Race Blu.  Warna hitam ini pula padan dengan semua warna jentera Y15ZR yang memberikan kesan 'stealth' tetapi masih mempunyai garisan merah pada bahagian bibir rim yang sama seperti rim sukan yang asal.  Rim sukan Kozi Sport Wheel M5 ini lebih ringan pada berat 7.3kg berbanding 9.0kg pada rim sukan asal.  Harganya tidak dapat dipastikan setakat ini.  Sumber: TSR Motorsport FB

Read the original post at http://motomalaya.net

Thursday, December 8, 2016

2017 Benelli TnT135 dilancarkan di Malaysia - RM7,990 (asas)

BENELLI Malaysia melancarkan model baharu di dalam barisan keluarga Benelli iaitu TnT135 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. BENELLI TnT135 serba baru menampilkan enjin suntikan bahan api elektronik SOHV 4 injap sejukan pelincir bagi memberi daya pecutan dan kepuasan kepada yang inginkan tunggangan lebih sporty, ditambah dengan rangka tiub keluli menjadikan ia tunggangan lebih mantap pada semua jenis keadaan jalan raya. Enjin ini mampu menjana 12.6hp @ 9,000RPM dengan daya kilas maksimum pada 10.8Nm @ 7,000RPM. 2017 Benelli TnT135 "Meskipun model TnT135 ini dikategorikan sebagai motosikal mini, dari segi hamburan kuasa ia tidak mengecewakan. Dengan kawalan kuasa di tangan dan ketangkasan yang mudah dikawal, saya yakin motosikal baru ini mampu menakluki keyakinan dan naluri penungganya nanti" kata Low Kin Yong Pengurus Besar BENELLI Malaysia.  

2017 Honda MSX 125 kini hadir ke Malaysia - RM11,128.94 (termasuk GST)

  [caption id="attachment_24237" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 Honda MSX125 dalam warna Hyper Yellow[/caption] Boon Siew Honda (BSH) nampaknya terus agresif dalam memperkenalkan jentera-jentera baru yang menarik. Kali ini, BSH membawakan kepada rakyat Malaysia jentera genit yang comel iaitu Honda MSX 125 yang mana dikenali juga sebagai Honda Grom di negara lain. [caption id="attachment_24238" align="aligncenter" width="640"]16YM MSX125 HONDA MSX125 dalam warna Burning Red[/caption] Honda MSX 125 ini hadir dengan enjin satu silinder 125cc 4-lejang yang mampu memberikan kuasa maksima pada 7.2kW (9.65bhp) @ 7,000RPM dan daya kilas maksimum pada 11Nm @ 5,250RPM. Tangki petrolnya besar pada ukuran 5.7 liter dan mampu bergerak jauh ditambah dengan sistem suntikan bahanapi PGM-FI. Enjin ini selaras dengan piawai Euro 3 terhadap pelepasan CO2 ke alam sekitar.  

Tuesday, December 6, 2016

2017 Yamaha Jupiter MX King 150 grafik baru di Indonesia

Yamaha Indonesia telah mengemaskini jentera moped 150cc mereka iaitu Jupiter MX King atau Y15ZR di Malaysia. Paling menampakkan perubahan adalah pada warna Racing Blue ini dimana tempat duduknya diwarnakan dengan warna yang setara iaitu warna biru juga. Warna Racing Blue ini adalah warna yang biasa, bukan warna edisi istimewa kerana versi GP masih ada juga. 

Monday, December 5, 2016

2017 Suzuki V-Strom 250

Setelah memperkenalkan jentera sukan 250cc, GSX-250R, Suzuki terus menyertai saingan dalam kategori jentera kembara 250 dengan adanya Suzuki V-Strom 250. Kehadiran jentera kembara dalam kategori 250cc sangat ditunggu oleh peminat motosikal terutamanya di Asia kerana had lesen yang dibahagikan mengikut kapasiti enjin sehingga 250cc. Selain itu juga, pilihan dalam kategori 250cc biasanya hanya model sukan (sport)  atau model jalanan (naked street). Contoh jentera sukan dan jalanan yang sedia ada di Malaysia termasuklah Kawasaki Ninja 250, Kawasaki Z250SL,  Yamaha YZF-R25 dan Honda CBR250R.  Suzuki V-Strom 250 hadir dengan enjin 248cc selari berkembar yang mampu membawa anda sejauh 496km dengan satu tangki penuh.  Enjin ini telah dioptimumkan untuk perjalanan dalam kelajuan 12 -  55mph (20-88kpj) dimana ini adalah kelajuan biasa yang ditunggang oleh pengguna jentera kembara. Kalau nak lagi laju, maka anda perlu tunggang jentera sukan.  Ekzos ringan dan padat digunakan untuk mengurangkan berat keseluruhan jentera V-Strom 250 ini.  Biasanya untuk jentera kembara, rim lidi akan digunakan kerana kelasakannya.  Jika rim lidi ini terlanggar batu dan bengkok, anda masih boleh membetulkan dan terus bergerak. Namun, Suzuki V-Strom 250 ini dilengkapi dengan rim sukan aloi yang mungkin mempunyai ketahanan yang tinggi sehingga Suzuki begitu yakin untuk memuatkannya dalam jentera kembara ini.  ABS dipasang pada jentera ini daripada teknologi BOSCH yang telah menjadi kebiasaan pada kebanyakan jentera pada 4-5 tahun ini. Kosnya mungkin akan meningkat sedikit, namun keselamatan anda adalah lebih penting.  Paparan meter adalah sama seperti model GSX-250R yang mana cukup menarik dengan paparan digital sepenuhnya.  Tidaklah dapat dipastikan sama ada Suzuki V-Strom 250 ini akan masuk ke Malaysia atau tidak.  Paling kurang, dapat juga kita tahu bahawa Suzuki masih bersemangat untuk memikat hati penggunanya.  Sumber: https://www.suzuki-gb.co.uk/motorcycles/motorcycles/adventure-sports-touring/vstrom/v-strom-250/

Read the original post at http://motomalaya.net

Friday, December 2, 2016

HONDA ASIAN JOURNEY 2016: Konvoi ke MotoGP, Sepang

_d7n1579

Menemui semula 'aura' motorsikal berkuasa tinggi dalam konvoi Honda Asian Journey 2016 ke MotoGP

Honda telah menganjurkan konvoi serantau buat pertama kali meningkatkan kehadiran mereka dalam pasaran motorsikal berkuasa tinggi di Asia. Konvoi ini telah dinamakan Honda Asian Journey 2016. _d7n1509 Program ini dijalankan sempena perlumbaan 2016 Shell Malaysia MotoGP yang berlangsung hujung Oktober lepas. Sepang International Circuit (SIC) adalah satu-satunya perlumbaan MotoGP yang dianjurkan di Asia Tenggara.

Thursday, December 1, 2016

2017 Kawasaki Versys-X 250 / Tourer telah hadir ke Indonesia - jentera kembara 250cc

2017-versys-x-250-indonesia Saat pengeluar lain sibuk menyiapkan jentera 'sport' dalam kategori 250cc, Kawasaki bertindak dengan cara yang berbeza dengan terus mempersembahkan jentera 250cc dalam kategori kembara (tourer). Hasilnya adalah 2017 Kawasaki Versys-X 250 / Versys-X 250 Tourer. Kawasaki Versys-X 250 merupakan jentera yang baru sahaja diperkenalkan pada awal November ini, dan nampaknya Kawasaki Indonesia tidak menunggu lama untuk membawa Versys-X ini ke rantau Asia Tenggara ini.  

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/