Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, November 25, 2016

SYM CRUiSYM 300i akan tiba di Malaysia pada 2017

sym_cruisym_06 SYM Malaysia (MForce Holdings Sdn Bhd) telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk model terbaru mereka iaitu SYM CRUiSYM 300i tahun hadapan. sym_cruisym_05 SYM CRUiSYM 300i merupakan keluaran terbaru SYM yang baru sahaja dilancarkan oleh syarikat Taiwan ini beberapa bulan lepas di INTERMOT 2016. sym_cruisym_03 Pengurus pemasaran MForce Holdings Sdn Bhd, Encik Asri Ahmad, telah mengesahkan di dalam pengumuman sidang rasmi semalam bahawa SYM CRUiSYM 300i akan dimasukkan ke dalam pasaran Malaysia dalam pertengahan tahun 2017. Setakat ini, tiada harga tepat tetapi anggaran harga jualan adalah antara RM15,000 hingga RM20,000. sym_cruisym_10 Mengikut spesifikasi yang telah dikeluarkan di laman web utama SYM, CRUiSYM 300i ini mempunyai enjin 278.3cc satu silinder, 4 injap dengan penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api. Anggaran kuasa dan tork maksimum masih belum didapati tetapi sistem transmisi CVT otomatik akan digunakan untuk skuter terbaru dari SYM ini. sym_cruisym_09 Spesifikasi yang agak menarik bagi motor skuter ini adalah sistem brek yang telah dipilih. Brek cakera 260mm di hadapan dan 240mm di belakang juga mempunyai sistem ABS. Tayar 14 inci di hadapan dan 13 inci di belakang juga amat sesuai untuk skuter saiz sebegini. CRUiSYM 300i juga mempunyai tangki 12 liter. sym_cruisym_02 Dengan rekabentuk yang moden dan menarik, SYM CRUiSYM 300i mempunyai kelengkapan lampu LED dan juga bahagian hadapan yang agresif dan sesuai untuk perjalanan jauh. sym_cruisym_04 SYM juga menekankan kepada cermin sisi yang boleh dilipat, skrin penghadang angin yang boleh dilaras dan tempat rehat kaki yang sesuai untuk perjalanan jauh. Warna yang dipilih oleh SYM setakat ini adalah merah menyala bersama kelabu matt dan juga beberapa bahagian ala 'carbon fiber'. sym_cruisym_11 SYM CRUiSYM 300i mempunyai bahagian simpanan barang di bawah tempat duduk yang mampu menyimpan dua buah helmet dengan senang. Skuter terbaru SYM ini juga mempunyai banyak kelengkapan yang lain seperti pengecas USB 12V untuk mengecas telefon atau alat GPS penunggang. sym_cruisym_12 MotoMalaya akan memaklumkan lagi maklumat terbaru dalam masa yang akan datang. Anda juga boleh melayari laman utama SYM Malaysia atau Facebook SYM Malaysia.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/