Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, November 8, 2016

MyRIDE Riding Academy: Advanced Riding Course bersama Bernie Hatton

MyRIDE Riding Academy menganjurkan kursus menunggang bersama jurulatih Bernie Hatton dari Top Rider Australia

Pihak kami menerima jemputan khas dari MyRIDE Riding Academy – M2WRC untuk menyertai kursus ini pada 23 Oktober 2016 yang telah berlangsung di litar Speedway PLUS, Subang. flyer1 Kursus menunggang anjuran MyRIDE Academy dan juga Pitrides kali ini telah menjemput seorang pelumba yang cukup berpengalaman dari Australia iaitu Bernie Hatton, pengasas Top Rider Australia. Bernie Hatton merupakan seorang individu yang gemar berlumba dan juga sentiasa aktif dalam berkongsi maklumat dan memberi ajaran kepada penunggang dan pelumba yang lain. flyer2 Pengasas Top Rider Australia ini merupakan seorang mekanik, pelumba dan jurulatih yang beriktiraf tetapi yang paling kagum bagi pihak kami adalah beliau juga pernah berlumba di dalam perlumbaan motor di litar yang paling menarik di dunia iaitu di Isle of Man di dalam Manx GP pada tahun 1999. dsc_0106

Azlan Shah dan Hafiq Azmi atas jentera MiniGP

Turut menyertai kursus 'Advanced Riding' ini adalah Azlan Shah dan juga Hafiq Azmi. Azlan Shah merupakan pelumba kategori Supersport untuk pasukan BikeART Racing (Kawasaki) dalam Asia Road Race Championship (ARRC) dan juga Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSC). Azlan juga pernah berlumba di tahap antarabangsa iaitu MotoGP dalam kategori Moto2. dsc00623

Pirelli Malaysia Superbike Championship 2016 - Pusingan ke-3

Hafiq Azmi juga merupakan seorang pelumba yang terkenal dari tanah air. Beliau sekarang aktif berlumba di dalam Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSC) dan juga MiniGP Championship. Hafiq juga pernah berlumba di tahap antarabangsa MotoGP dalam kategori Moto3. 14731112_1641408249490868_9184951641127086532_n

Foto dari MyRIDE Academy sewaktu MotoGP 2016, Sepang Circuit

Ketika pusingan terakhir MotoGP yang baru sahaja berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) pada minggu lepas, Hafiq merupakan pelumba 'wildcard' yang dipilih untuk berlumba dengan pasukan Peugeot MC Saxoprint. dsc_0402-2

Hafiq Azmi berlumba dalam Moto3

40% teori + 60% praktikal Kursus ini banyak menekankan kepada 40% teori dan 60% praktikal. Selain dari Bernie Hatton dan Kimi, mereka juga telah dibantu oleh Masrul Mahidin yang juga merupakan salah satu pengasas Pitrides Motorsports dan penunggang yang berpengalaman. Kursus kali ini lebih menarik dengan kehadiran pelumba-pelumba tanah air terkenal dan juga jurulatih-jurulatih terkemuka di MyRIDE Academy. dsc_0078 Bagi setiap sesi, terdapat ajaran dari segi teori dari jurulatih-jurulatih terunggul ini sebelum diberi tunjuk ajar secara praktikal di litar. Pada kursus kali ini, fokus utama merupakan:
  1. Kawalan Pendikit (Throttle Control) & Penglihatan (Vision)
  2. Brek (Braking)
  3. Cornering (Turning & Clipping Point)
  4. Posisi Badan (Body Position)
dsc_0083

Bernie memberi tunjuk ajar dalam penggunaan brek

Setelah selesai dengan teori dan tunjuk ajar, semua peserta diberi 20 minit di dalam trek bagi setiap sesi untuk memperbetulkan teknik menunggang secara efektif dan juga selamat sambil diberi tunjuk ajar dari jurulatih-jurulatih yang berada di dalam dan juga luar trek tersebut. dsc_0054 Bernie dan Kimi merupakan jurulatih yang mengajar dari luar trek dan Azlan Shah dan Hafiq Azmi turut serta di dalam trek bersama peserta-peserta yang lain untuk memberi tunjuk ajar yang lebih mendalam dari segi teknik dan lain-lain. dsc_0199

Hafiq Azmi melihat dan memberi tunjuk ajar kepada peserta di dalam litar

Setelah selesai sesi di dalam trek, peserta-peserta akan berkumpul semula bersama semua jurulatih-jurulatih untuk sesi 'debrief' untuk menjawab sebarang pertanyaan dan juga memberi 'tips' untuk meningkatkan lagi prestasi menunggang peserta-peserta. dsc_0136 Di hujung kursus yang dijalankan sepanjang hari ini, hasil yang dapat dipelajari oleh semua peserta-peserta adalah cara untuk menunggang dengan lebih betul dan yang lebih penting, cara untuk menunggang dengan selamat. dsc_0219

Azlan Shah menjadi contoh di atas jentera Yamaha R6

Semua ini tidak dapat dijalankan tanpa seorang individu iaitu jurulatih utama MyRIDE Academy dan juga pengarah urusan M2WRC, Hakim Mutalib atau lebih dikenali sebagai Kimi. dsc_0011

Dari kanan: Kimi, Azlan Shah, Hafiq Azmi, Bernie Hatton dan Masrul

Warga Johor ini pernah menyertai California Superbike School (CSS) di Amerika Syarikat dan juga Top Rider di Australia. Kebanyakan intipati yang telah dipelajari di CSS dan juga Top Rider merupakan asas kursus-kursus menunggang yang dianjurkan oleh beliau di MyRIDE Academy. dsc_0132

Kimi dan Hakim memberi 'tips' menunggang kepada peserta

Apabila ditanya tentang misi MyRIDE Academy, jawapan dari Kimi adalah "Misi kami terletak di dalam motto kami iaitu 'Ride It Right'. Fokus kami bukan untuk berlumba di litar atau kursus marshal seperti yang ramai sangka pada mulanya. Ia lebih kepada menunggang dengan cara yang betul dan selamat". dsc_0141

Bernie menerangkan tentang posisi badan yang betul di atas motor

Kimi juga menambah bahawa matlamat utama kursus ini adalah untuk melahirkan penunggang-penunggang yang lebih selamat di jalan raya secara efektif dan juga interaktif dengan menggunakan motorsikal Kayo MiniGP di litar Speedway PLUS , Subang. dsc_0212

Peserta kursus menggunakan motorsikal 150cc Kayo MiniGP dari Pitrides Motorsports

Usaha dari M2WRC, MyRIDE Academy dan juga Pitrides Motorsports sangat mengagumkan dimana mereka telah berjaya memupuk semua peserta untuk menunggang dengan betul dan selamat. Apa yang mereka sedang lakukan menerusi kursus-kursus yang disediakan sangat efektif dan juga berguna bagi sesiapa yang berminat, pada kos yang berpatutan dengan kegunaan motorsikal yang dibekalkan dari Pitrides Motorsports. dsc_0226 Jumlah bayaran untuk memasuki kursus menunggang tahap 'advanced' ini adalah RM1,200 dan RM900 bagi sesiapa yang ingin menggunakan jentera sendiri. Dengan jumlah penyertaan yang terhad, kos kemasukan ini juga termasuk sewa motorsikal Kayo MiniGP dan juga makan minum. dsc_0232 Bagi sesiapa yang berminat atau ingin tahu lebih lanjut tentang MyRIDE Academy, boleh tekan disini untuk layari halaman Facebook mereka ataupun di talian +6013-8291761. Anda juga boleh berhubung terus dengan jurulatih utama mereka iaitu Hakim Mutalib (Kimi) di nombor +6012-2516300 atau Masrul Bin Mahidin +6019-3242935. Maklumat tambahan juga boleh didapati di halaman Facebook Pitrides Motorsports atau www.pitrides.net. Kursus-kursus yang mereka tawarkan adalah:
  1. MyRIDE Defensive / Safety Riding Course
  2. MyRIDE Learn to Ride (1-5 hari)
  3. MyRIDE Riding Course (Basic)
  4. MyRIDE Riding Course (Advanced)
  5. MyRIDE Advanced Road Riding Course
  6. MyRIDE Advanced Track Riding Course
  7. MyRIDE Road Riding Safety Seminar
  8. MyRIDE Riding Clinic
  9. MyRIDE MiniGP Rental
  10. MyRIDE Rider Trauma Management (First Aider)
  Galeri MyRIDE Advanced Riding Course bersama Bernie Hatton dari Top Rider Australia dsc_0232 dsc_0229 dsc_0226 dsc_0219 dsc_0212 dsc_0210 dsc_0199 dsc_0148 dsc_0156 dsc_0174 dsc_0179 dsc_0191 dsc_0144 dsc_0141 dsc_0136 dsc_0132 dsc_0131 dsc_0088 dsc_0093 dsc_0106 dsc_0116 dsc_0122 dsc_0083 dsc_0078 dsc_0072 dsc_0066 dsc_0064 dsc_0011 dsc_0018 dsc_0054

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/