Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, November 10, 2016

5 Perkara Menarik mengenai Senarai Pelumba Kejuaraan FIM MotoGP 2017

2017-motogp-riders-list 5. KTM memulakan penglibatannya dalam MotoGP pada 2017 dengan jentera mereka iaitu RC16. Sebelum ini KTM pernah berlumba dalam MotoGP bersama pasukan Proton KR. 4. Johann Zarco, juara Moto2 pada 2016 akan menyertai pasukan Monster Yamaha Tech3 3. Jorge Lorenzo akan berlumba untuk pasukan Ducati. Lorenzo akan menggantikan Andrea Iannone yang akan berlumba untuk pasukan Suzuki ECSTAR. Ducati mempunyai jentera yang berkuasa pada 2016 dan cukup kompetitif. Memilih pelumba yang boleh memberikan kejuaraan dunia kepada Ducati iaitu Lorenzo adalah satu tindakan yang wajar dari Ducati.  2. Maverick Vinales dari pasukan Suzuki ECSTAR pada 2016 akan berlumba bersama Valentino Rossi dalam pasukan Movistar Yamaha. 1. Musim 2016 menyaksikan 9 pelumba berbeza menang pada siri 17 litar setakat ini yang mana menunjukkan setiap pelumba mempunyai potensi untuk menang. Apa yang membezakan mereka ini adalah kemahiran dalam mengawal 'keadaan' dari segi pemilihan dan penggunaan tayar, kemahiran dalam cuaca yang berbeza dan dalam litar yang berbeza. Musim 2017 diharapkan lebih menarik dengan pelumba-pelumba terbaik menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Valentino Rossi juga sedang berusaha untuk mendapatkan kejuaraan ke-10 nya.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/