Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, October 29, 2016

Shark Helmets and Furygan dilancarkan di Malaysia untuk 2017

dsc_0373 Shark Helmets dan Furygan telah melancarkan beberapa produk baru pada Rabu lepas di 'MiniGP Experience'. Turut menyertai pelancaran ini adalah penunggang-penunggang Moto2 mereka iaitu Johann Zarco dan Sam Lowes. Pelancaran tersebut telah berlangsung di trek Speedway PLUS, Subang. dsc_0612 Pelancaran ini telah diaturkan oleh pengedar rasmi Shark dan Furygan di Malaysia iaitu Winmaster. Shark telah melancarkan helmet terbaru mereka untuk 2017 iaitu Shark Spartan. Shark Spartan ini akan menggantikan model Speed R yang lama dari Shark. dsc_0263 Perubahan yang paling ketara yang membuatkan helmet ini lebih bagus adalah penambahbaikan dari segi aerodinamik pada bentuk helmet yang lebih bagus dan cekap. Dengan berat hanya 1,290 gram (helmet saiz sederhana), helmet ini adalah lebih ringan, mempunyai bahagian kemasukan angin yang lebih bagus dan paling penting, melepasi piawaian ECE. dsc_0319   Shark Spartan boleh didapati dalam dua pilihan iaitu Carbon Skin (RM1,750) dengan 3 warna berbeza dan juga Carbon Guintoli (RM1,850). Shark juga telah melancarkan helmet Skwal Lorenzo pada harga RM1,150 dan juga sebuah helmet tahap permulaan iaitu Shark Ridil pada harga RM550. dsc_0327 Furygan juga telah melancarkan beberapa jaket dan sarung tangan yang baru. Terdapat beberapa jenis pilihan yang menggunakan bahan yang berbeza bagi semua jenis penunggang. dsc_0429 Faktor yang paling utama bagi produk-produk terbaru dari Furygan ialah mendapat pengesahan CE dan juga menggunakan 'padding' D3O yang lembut tetapi selamat untuk penunggang. dsc_0387 dsc_0410 Dibawah adalah senarai produk-produk terbaru dari Shark dan juga Furygan bersama dengan harga. Jaket: Furygan ICARE Jacket - RM715 Furygan Hurricane Jacket – RM620 Furygan Vortex Jacket – RM755 Sarung tangan: Furygan Fit-R II gloves – RM590 Furygan Tom D3O (retro style) gloves – RM350 dsc_0458 Shark Helmets dan Furygan juga mempunyai gerai di Mall Area, Sepang International Circuit (SIC) sewaktu dengan perlumbaan MotoGP pada hari ini dan juga Ahad.   dsc_0867 dsc_0797 dsc_0612 dsc_0458 dsc_0327 dsc_0373 dsc_0387 dsc_0410 dsc_0429 dsc_0323 dsc_0263 dsc_0320 dsc_0319

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/