Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, October 28, 2016

Michelin membawa 2 pemenang pengalaman VIP MotoGP Sepang bernilai RM20,000

michelinwinnermas Michelin membawakan pengalaman VIP MotoGP kepada dua pemenang peraduan 'Michelin Motorcycle Asia Contest 2016' yang telah berlangsung sejak dari 9 Julai sehingga 9 September. Saya berkesempatan bertemu dengan pemenang ini dan menemubual Muhammad Hussaini dari Kedah dan Muhammad Ikhmal dari Kuala Lumpur.   [caption id="attachment_23680" align="aligncenter" width="640"]michelinwinner Dari kiri: Muhammad Hussaini, Anita Leong (Senior Acc Manager, Michelin) dan Muhammad Ikhmal[/caption] Muhammad Hussaini merupakan seorang pelajar yang kini dalam pengajian ijazahnya di Malaysia Technology Institute. Minatnya dalam permotoran sangat tinggi kerana beliau pernah menyertai perlumbaan ketahanan (endurance) dengan jentera 135LC yang diubahsuai. Perlumbaan ini adalah perlumbaan yang dianjurkan oleh kelab motosikalnya sendiri. Pada masa inilah beliau diperkenalkan dengan tayar Michelin dan cerita mengenai inilah yang mungkin menjadikannya terpilih sebagai pemenang. Muhammad Ikhmal bekerja di Kuala Lumpur dan menceritakan pengalamannya menggunakan Michelin Pilot Street untuk kembaranya dari Kuala Lumpur ke Phuket. Perjalanan dimulakan di Kuala Lumpur selama 8 jam untuk ke Danok dan bermalam disana menggunakan jentera Kawasaki 150RR. Setelah itu, perjalanan diteruskan selama 14 jam dari Danok hinggalah ke Phuket yang mana beliau hanya berhenti untuk mengisi minyak. Syabas saya ucapkan kepada 2 pemenang ini dan kepada pembaca MotoMalaya, saya berharap anda juga dapat menyertai apa-apa peraduan yang ada, mana tahu mungkin anda pula jadi pemenangnya. Ingat saja ayat ini: Kalah dijangka, menang itu bonus. Nota: Artikel ini ditaja oleh Michelin

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/