Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, October 23, 2016

Michelin Australian Grand Prix: Cal Crutchlow Juara Pertama Pelumba British di Philip Island

cal-crutchlowMotoGP Cal Crutchlow dari LCR Honda menjadi juara pertama pelumba British di Philip Island setelah Marc Marquez terbabas. Manakala di tempat kedua adalah Valentino Rossi yang bermula dari petak ke-15. Tempat ketiga pula dari pelumba Suzuki iaitu Maverick Vinales. Musim ini menyaksikan tempat 1, 2 dan 3 tidak didominasi oleh pelumba yang sama yang menjadikan perlumbaan lebih menarik dan menunjukkan bahawa setiap pelumba dalam MotoGP adalah bertaraf kelas dunia yang mampu menang.  Moto2 Moto2 menyaksikan Thomas Luthi menjuarai Philip Island dan ditempat kedua adalah France Morbidelli. Tempat ketiga pula disandang oleh Sandro Cortese. Nasib tidak begitu baik bagi pelumba Malaysia iaitu Hafizh Syahrin yang tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana terbabas (crash). Ramdan Rosli pula menamatkan perlumbaan ditempat ke-18. Moto3 Keputusan pada perlumbaan Moto3 menyaksikan Brad Binder masih meneruskan strategi cemerlang beliau dengan memenangi tempat pertama. Kedua oleh Andrea Locatelli dan tempat ketiga oleh Aron Canet. Manakala bagi perlumba Malaysia, Adam Norrodin menunjukkan prestasi yang baik dengan mendapat tempat ke-11. Tahniah diucapkan. Juara litar basah dua kali, Khairul Idham Pawi, tidak bernasib baik kali ini kerana tidak dapat menamatkan perlumbaan. Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum pelumba-pelumba ini akan ke Sepang untuk pusingan ke-17 siri Grand Prix. Kebanyakan tiket-tiket telah habis dijual untuk pusingan di Sepang, namun adalah boleh cuba nasib anda di sini: http://www.sepangcircuit.com/events/motogp/event-info

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/