Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, October 30, 2016

Hafiq Azmi pelumba ‘wildcard’ Moto3 di Sepang

Pelumba tanah air, Hafiq Azmi, akan beraksi sebagai pelumba 'wildcard' untuk pasukan Peugeot MC Saxoprint  dalam kategori Moto3.

Ramai peminat dunia permotoran di Malaysia ini bersemangat untuk memberi sokongan kepada pelumba-pelumba Malaysia didalam kategori Moto3 dan Moto2 hari ini. Selain dari Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) dan Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) dalam kategori Moto3, Hafiq Azmi juga telah dipilih sebagai pelumba 'wildcard' untuk pasukan Peugeot MC Saxoprint. 14731112_1641408249490868_9184951641127086532_n Hafizh Syahrin (Petronas Raceline Malaysia) dan juga pelumba 'wildcard' tanah air, Ramdan Rosli (Petronas AHM Malaysia) juga akan bersaing didalam kategori Moto2 hari ini pada jam 1.20 petang nanti. Hafiq Azmi akan mengganti tempat John Mcphee dari pasukan Peugeot MC Saxoprint hari ini. Kami berpeluang untuk bercakap dengan Hafiq Azmi sendiri dan juga pengurus pasukan Peugeot MC Saxoprint, Encik Terrell Thien. 14656418_1640946992870327_8309468114446290132_n Mengikut pengurus pasukan Peugeot MC Saxoprint, Terrell Thien, beliau berpuas hati dengan prestasi Hafiq Azmi setakat ini. Walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, Hafiq Azmi dapat berkomunikasi dengan pasukan beliau dengan baik. Walaupun Hafiq Azmi telah lama tidak menunggang jentera kategori Moto3, pelumba tanah air ini mampu mendapat maklumbalas motor tersebut dengan selesa dengan hanya beberapa sesi latihan sahaja. Sepanjang tahun ini, Hafiq banyak berlumba didalam Malaysia Superbike Championship (MSC) dalam kategori 'Supersport' dan juga banyak berlatih di trek Speedway PLUS Subang bersama rakan-rakan dari Myride Academy. dsc_0016-2 Hafiq juga menyatakan bahawa keadaan perlumbaan kali ini sungguh berbeza dengan keadaan cuaca yang sentiasa bertukar, permukaan trek yang baru dan juga motor dan pasukan Peugeot MC Saxoprint. Walaupun begitu, Hafiq amat gembira kerana dapat berlumba didalam kategori Moto3 dan juga sangat berpuas hati dengan pasukan dan jentera beliau. Mengikut prestasi Hafiq dalam sesi kelayakan semalam, beliau berjaya mendapat kedudukan ke-20 untuk perlumbaan hari ini. Jika dibandingkan dengan rakan sepasukan beliau, Albert Arenas, pelumba dari Spain ini hanya mampu mendapat kedudukan ke-26. Pengurus pasukan turut menyatakan perasaan terkejut dan kagum atas prestasi Hafiq dengan hanya beberapa hari menunggang motor tersebut. dsc_0402-2 Di sesi 'warm up' sebentar tadi, hampir semua pelumba tanah air mendapat prestasi yang lebih pantas jika dibandignkan dengan semalam didalam trek yang semakin kering. Hafiq Azmi berjaya mencatat masa yang lebih baik dan juga mendapat 'setup' jentera yang lebih selesa. 14907211_1641007369530956_8657412486835772059_n Perlumbaan Moto3 akan berlangsung pada jam 12.00 tengahari dan Moto2 pada jam 1.20 petang. Jangan lupa untuk menyaksikan perlumbaan hari ini dan beri sokongan kepada pelumba-pelumba tanah air kita, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin, Hafiq Azmi, Hafizh Syahrin dan juga Ramdan Rosli. *Foto kredit Myride Academy

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/