Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, October 22, 2016

Ducati Malaysia telah melancarkan 5 model baru 2016 - 959 Panigale, 939 Hypermotard, Multistrada Enduro, Monster 1200 R dan XDiavel

dsc_0170

Ducati Malaysia telah mengemaskini dan menambah model-model jentera mereka dengan pelancaran lima model baru.

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) baru sahaja menambah pilihan motorsikal berkuasa tinggi di pasaran Malaysia dengan pelancaran 5 model baru bagi 2016. Semua model terbaru ini dilancarkan di majlis pelancaran di EX8, Subang petang semalam. Model-model terbaru untuk pasaran Malaysia bagi 2016 adalah Panigale 959, Hypermotard 939, Monster 1200 R, Multistrada 1200 Enduro dan juga XDiavel.   2016 Ducati Panigale 959 Setelah pelancaran global model ini di EICMA tahun lepas, model kategori Supersport ini berasas dari Ducati Panigale 899 yang telah dikemaskini secara keseluruhan. 2016-ducati-959-panigale-08 Dari segi reka bentuk, rupanya tidak begitu berbeza dari model-model Panigale yang lain tetapi mengikut spesifikasi jentera ini, ia mempunyai 'intake' udara yang baru dan lebih besar, cermin sisi yang lebih panjang berlampukan LED dan juga sedikit perubahan pada bahagian belakang dan juga panel reraub (fairing).   dsc_0032 Enjin untuk model Supersport terbaru dari Ducati merupakan enjin 955cc Superquadro L-twin yang mampu menjana 157hp dan juga tork maksimum 107.4Nm. Selain dari enjin yang baru, model 959 ini juga mempunyai pelindung tali sawat baru dan juga klac jenis slipper berfungsi 'anti hop'. dsc_0028 Perbezaan reka bentuk yang paling ketara pada Panigale 959 ini adalah ekzos berkembar yang mematuhi piawaian pelepasan Euro 4. dsc_0029 Dengan berat kering hanya pada 176kg, Panigale 959 (dan juga model-model Panigale yang lain) masih mengekal kepada konsep jentera yang berkuasa tinggi, tangkas dan lincah. Panigale 959 mempunyai pertolongan penunggang elektronik (on board electronic rider aids) seperti 'Ride-By-Wire' dengan pilihan mod penunggangan, Ducati Quick Shift (DQS), 3 tahap Bosch ABS, Ducati Traction Control (DTC) dan juga Engine Brake Control (EBC). dsc_0037 Harga yang telah ditetapkan untuk model terbaru 2016 Ducati Panigale 959 ialah RM99,999 (harga asas dengan GST), dan kini boleh didapati di Ducati Malaysia.   2016 Ducati Hypermotard 939, 939 SP dan Hyperstrada Motorsikal baru seterusnya ialah Ducati Hypermotard yang telah dikemaskinikan bagi tahun 2016. Terdapat tiga varian terbaru bagi model ini iaitu Hypermotard 939, Hypermotard 939 SP dan juga Hyperstrada 939. dsc_0125 Seperti Panigale 959, Hypermotard 939 jenis ini adalah evolusi dari generasi kedua model Hypermotard yang menggunakan sistem penyejukan jenis cecair (liquid cooling). Perubahan yang paling besar ialah enjin baru 937cc Testastretta 11° L-twin pada ketiga-tiga varian baru, mengganti enjin 821cc yang digunakan sebelum ini. dsc_0064 Bukan sahaja ia lebih berkuasa pada 110hp, Ducati juga menyatakan enjin baru ini melepasi piawaian Euro 4dan memberi 10% lebih tork pada 97.9Nm. 2016-ducati-hypermotard-939-sp-01 Tiada perubahan ketara dari segi reka bentuk. Namun begitu, Ducati menekankan kepada kelebihan elektronik yang lebih maju untuk model 2016 ini. Perubahan elektronik ini mengandungi 3 jenis mod menunggang, 8 tahap cengkaman (traction control) dan juga 3 tetapan ABS. Harga yang telah ditetapkan untuk model terbaru 2016 Ducati Hypermotard 939 bermula dari RM70,999 (harga asas dengan GST) tanpa insurans.   2016 Ducati Multistrada Enduro Jika anda rasa model 2016 Ducati Multistrada 1200 DVT yang telah dilancarkan awal tahun ini tidak cukup lasak untuk anda, kemungkinan besar anda inginkan sesuatu yang lebih seperti 2016 Ducati Multistrada 1200 Enduro keluaran terbaru dari Ducati. dsc_0147 Dalam bentuk Enduro, Ducati telah menambahbaik semangat dan bakat kembara Multistrada kepada paras yang lebih hebat dengan tambahan 266 komponen baru. Antara komponen-komponen baru ini adalah tangki minyak 30 liter, rim lidi 19 inci dan 17 inci dengan tayar Pirelli Scorpion Trail II dan juga sistem suspensi Skyhook Ducati dengan tambahan gerakan lebih 200mm di bahagian hadapan. 2016-ducati-multistrada-1200-enduro-11 Enjin yang terdapat pada Multistrada 1200 Enduro adalah enjin yang sama seperti model-model Multistrada yang lain iaitu 1,1198cc Testastretta DVT L-twin yang mampu menjana 160hp dan tork 136Nm. Transmisi 6-kelajuan digabungkan bersama klac jenis slipper (slipper clutch). dsc_0048 Kehebatan jentera berkuasa tinggi ini lebih istimewa dengan kehadiran pakej elektronik yang mengandungi beberapa mod pilihan kuasa dan menunggang, kawalan kelajuan (cruise control), ABS ketika membelok, DTC, DWC, fungsi Bluetooth dan juga lampu hadapan LED dengan fungsi lampu membelok. dsc_0157 2016 Ducati Multistrada Enduro ini boleh didapati dengan harga RM129,999 (harga asas dengan GST) tanpa insurans dan kos pendaftaran.   2016 Ducati Monster 1200 R Keluaran terbaru Ducati ini pula bukan untuk yang lemah semangat. Motorsikal 'super-naked' varian R mempunyai jauh lebih banyak kelebihan dari model Monster 821 dan Monster 1200 sebelum ini terutamanya pada bahagian enjin dan juga casis. dsc_0119 Enjin 1,198cc Testastretta 11° L-twin dari Ducati untuk 'super-naked' prestasi tinggi mampu menjana 160hp dengan tork 131.4Nm mampu menggerakkan jentera 180kg  dengan mudah dan pantas. Tambahan pula, gandingan enjin bersama transmisi 6-kelajuan dengan klac hidraulik jenis slipper (hydraulic slipper clutch) juga merupakan faktor penting yang terdapat 2016 Ducati Monster 1200 R. dsc_0055 Beberapa tambahan menarik lain yang didapati pada Monster terbaru ini adalah fork terbalik 48mm dari Öhlins, monoshok yang boleh dilaraskan sepenuhnya, 330mm 'semi-floating' brek cakera kembar dengan kaliper 'quad-piston' Brembo Monobloc evo M50 dan juga TFT panel paparan berwarna. 2016-ducati-monster-1200-r-still-23 Seperti jentera-jentera Ducati yang lain, pakej elektronik Monster 1200 R menolong secara menyeluruh dari segi pilihan mod kuasa dan tunggangan, Ducati Safety Pack (DSP) yang mengandungi ABS dan DTC, Ride-By-Wire dan juga penutup tempat duduk penunggang. dsc_0070 2016 Ducati Monster 1200 R ini boleh dibeli dengan harga RM139,999 (harga asas dengan GST) tanpa kos insurans dan pendaftaran.   2016 Ducati XDiavel & XDiavel S Model terakhir dan juga antara yang paling dinanti-nantikan untuk tiba di pasaran Malaysia adalah  Ducati XDiavel 2016. Berasaskan Diavel Dragster, XDiavel ini merupakan keluaran 'modern cruiser' pertama dari Ducati dengan susun atur kaki ke hadapan dan juga penggunaan tali sawat atau 'belting'. Ducati menjanjikan 'keseronokan pada kelajuan rendah' dengan keluaran model ini. dsc_0141 Model XDiavel boleh didapati dalam dua varian iaitu 'Standard' dan model S. Kedua-dua varian mempunyai enjin yang sama iaitu 1,252cc Testastretta DVT L-twin menjana 156hp dan tork 128.9Nm. Penggunaan tali sawat (belting) dan juga transmisi 6-kelajuan juga sama bagi kedua-dua varian. dsc_0078 Berbeza daripada Diavel yang lama, model XDiavel terbaru ini lebih selesa dan santai untuk dibawa, ergonomik tunggangannya dengan gaya kaki ke hadapan, sesuai dengan reka bentuk bar pemegang dan juga tempat duduk serendah 755mm. 2016-ducati-xdiavel-s-04 'Cruiser' Ducati ini mempunyai pelbagai komponen elektronik yang moden seperti Ride-by-Wire, pilihan mod tunggangan, DSP dengan Bosch ABS membelok, DTC, DPL (Ducati Power Launch), lampu LED keseluruhan, dan juga butang berlampu pada bar pemegang. 2016-ducati-xdiavel-s-27 Model premium XDiavel S mempunyai tambahan lebih dari segi penggunaan seperti Bluetooth untuk sistem informasi hiburan, dan juga lampu LED kegunaan siang hari (Daytime Running Lights atau DRL). Reka bentuk luaran juga sedikit berbeza dari segi warna hitam metalik pada enjin dan penutup tali sawat, tempat duduk premium dan juga cermin sisi aluminium. 2016-ducati-xdiavel-s-02 Tempahan dan pembelian boleh dibuat di Ducati Malaysia dimana harga yang telah ditetapkan untuk 2016 Ducati XDiavel bermula dari RM135,999 (harga asas dengan GST) tanpa insurans dan kos pendaftaran. Gambar model-model terbaru boleh dilihat dibawah dengan lebih teliti. Ducati Malaysia Premier @ EX8, Subang dsc_0170 dsc_0037 dsc_0032 2016-ducati-959-panigale-08 dsc_0028 dsc_0029 dsc_0125 dsc_0064 2016-ducati-hypermotard-939-sp-01 dsc_0073 dsc_0147 dsc_0048 2016-ducati-multistrada-1200-enduro-11 dsc_0070 dsc_0119 dsc_0055 2016-ducati-monster-1200-r-still-23 dsc_0078 dsc_0058 2016-ducati-xdiavel-s-27 2016-ducati-xdiavel-s-04 2016-ducati-xdiavel-s-02 dsc_0141 dsc_0082 dsc_0017 dsc_0157

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/