Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, October 3, 2016

Brosur 1980an Honda NS400R - enjin V3 387cc 2-lejang

1980s-honda-ns400r-003 Siri NS dari Honda merupakan siri jentera yang mempunyai enjin 2-lejang. Ini dapat dilihat dalam penggunaan nama NSR500 yang telah digunakan dalam MotoGP pada satu masa dahulu. Manakala siri CB, samada CBR, CBX, CBF dan sepertinya, merujuk kepada siri jentera dengan 4-lejang. NS400R ini dikeluarkan bermula pada 1985, dan hanya bertahan sehingga 1987, iaitu 2 tahun sahaja dalam pengeluarannya.   1980s-honda-ns400r-002 Jentera siri MotoGP menjadi asas kepada pembinaan NS400R dimana ia dikuasakan dengan enjin 387cc 2-lejang dengan konfigurasi 3-silinder dalam bentuk V. Kuasa maksimum yang dapat dijana oleh enjin ini adalah 59PS @ 8,500RPM. 1980s-honda-ns400r-01 Berat keseluruhan jentera ini adalah 163kg (kering) dengan rangka 'twin-spar' yang diambil dari asas NS500. Satu jentera yang menarik dari Honda pada satu masa dulu. Spesifikasi Honda NS400R Enjin: 387cc V3 2-lejang Kuasa: 59PS @ 8,500RPM Brek depan: cakera berkembar Brek belakang: cakera tunggal Kapasiti tangki petrol: 19L Tayar depan: 100/90 16 Tayar belakang: 110/90 17 Jarak roda: 1385mm Berat: 163kg (kering)  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/