Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, October 31, 2016

2017 Yamaha NVX 155 / Aerox dilancarkan oleh Rossi di Sepang

Yamaha Motor Corporation mengambil peluang untuk melancarkan jentera terbaru mereka iaitu Yamaha NVX 155 atau dikenali sebagai Aerox di sesetengah pasaran.  Yamaha NVX 155 ini dikatakan mempunyai enjin yang berasal dari Yamaha NMax 155, namun dibaluti dengan rekabentuk yang lebih tajam dan agresif; sesuai untuk penunggang yang lebih muda. Tambah-tambah pula dengan grafik Movistar Yamaha, pastinya senang untuk dijual seluruh Asean. Jentera ini akan mula dipasarkan ke beberapa negera di Asean pada Disember ini dan tidak dapat dipastikan samada Malaysia akan menerima NVX 155 sesegera itu. Sumber: Yamaha MotoGP FB

Read the original post at http://motomalaya.net

Sunday, October 30, 2016

MotoGP: Andrea Dovizioso muncul pemenang ke-9 di Sepang

Andrea Dovizioso dari Ducati Team berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Malaysia di Sepang International Circuit (SIC) yang ditaja oleh Shell.

Hafiq Azmi pelumba ‘wildcard’ Moto3 di Sepang

Pelumba tanah air, Hafiq Azmi, akan beraksi sebagai pelumba 'wildcard' untuk pasukan Peugeot MC Saxoprint  dalam kategori Moto3.

Hari Kedua: Pengalaman Pakej VIP Michelin

[caption id="attachment_23724" align="aligncenter" width="640"]michelinvip1-004 Pandangan dari paddock Michelin VIP Village[/caption] Michelin ingin membawakan cerita mengenai MotoGP dari pandangan peminat motosikal yang terdiri daripada orang-orang kebanyakan dan di situlah MotoMalaya menjadi media yang memaparkan cerita mereka ini. Dua peminat MotoGP telah terpilih sebagai pemenang Michelin Motorcycle Asia Contest 2016. makan2 Terdapat 6 pemenang sebenarnya jika dikira 2 pemenang dari Thailand dan juga 2 pemenang dari Indonesia. Kesemua mereka ini adalah peminat MotoGP yang cukup teruja untuk mengikuti pakej VIP dari Michelin.  

Saturday, October 29, 2016

Shark Helmets and Furygan dilancarkan di Malaysia untuk 2017

dsc_0373 Shark Helmets dan Furygan telah melancarkan beberapa produk baru pada Rabu lepas di 'MiniGP Experience'. Turut menyertai pelancaran ini adalah penunggang-penunggang Moto2 mereka iaitu Johann Zarco dan Sam Lowes. Pelancaran tersebut telah berlangsung di trek Speedway PLUS, Subang. dsc_0612 Pelancaran ini telah diaturkan oleh pengedar rasmi Shark dan Furygan di Malaysia iaitu Winmaster. Shark telah melancarkan helmet terbaru mereka untuk 2017 iaitu Shark Spartan. Shark Spartan ini akan menggantikan model Speed R yang lama dari Shark. dsc_0263 Perubahan yang paling ketara yang membuatkan helmet ini lebih bagus adalah penambahbaikan dari segi aerodinamik pada bentuk helmet yang lebih bagus dan cekap. Dengan berat hanya 1,290 gram (helmet saiz sederhana), helmet ini adalah lebih ringan, mempunyai bahagian kemasukan angin yang lebih bagus dan paling penting, melepasi piawaian ECE. dsc_0319   Shark Spartan boleh didapati dalam dua pilihan iaitu Carbon Skin (RM1,750) dengan 3 warna berbeza dan juga Carbon Guintoli (RM1,850). Shark juga telah melancarkan helmet Skwal Lorenzo pada harga RM1,150 dan juga sebuah helmet tahap permulaan iaitu Shark Ridil pada harga RM550. dsc_0327 Furygan juga telah melancarkan beberapa jaket dan sarung tangan yang baru. Terdapat beberapa jenis pilihan yang menggunakan bahan yang berbeza bagi semua jenis penunggang. dsc_0429 Faktor yang paling utama bagi produk-produk terbaru dari Furygan ialah mendapat pengesahan CE dan juga menggunakan 'padding' D3O yang lembut tetapi selamat untuk penunggang. dsc_0387 dsc_0410 Dibawah adalah senarai produk-produk terbaru dari Shark dan juga Furygan bersama dengan harga. Jaket: Furygan ICARE Jacket - RM715 Furygan Hurricane Jacket – RM620 Furygan Vortex Jacket – RM755 Sarung tangan: Furygan Fit-R II gloves – RM590 Furygan Tom D3O (retro style) gloves – RM350 dsc_0458 Shark Helmets dan Furygan juga mempunyai gerai di Mall Area, Sepang International Circuit (SIC) sewaktu dengan perlumbaan MotoGP pada hari ini dan juga Ahad.   dsc_0867 dsc_0797 dsc_0612 dsc_0458 dsc_0327 dsc_0373 dsc_0387 dsc_0410 dsc_0429 dsc_0323 dsc_0263 dsc_0320 dsc_0319

Read the original post at http://motomalaya.net

Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix: Moto3- Kelayakan

adam-norrodin Sesi kelayakan Moto3 dikuasai oleh Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo. Pelumba Malaysia, Adam Norrodin berada pada kedudukan 18 iaitu kedudukan terbaik bagi pelumba Malaysia. Khairul Idham Pawi berada pada kedudukan 20  dan Hafiq Azmi pada kedudukan 22 iaitu kedudukan yang lebih baik daripada semalam.  

Friday, October 28, 2016

Shell Malaysian Motorcycle Grand Prix: SuperKIP ke-2, Hafizh ke-8

khairul-rd-15-japan-rac-1 Moto3 Pada sesi kelayakan hari ini, Khairul Idham Pawi mencatat masa terbaik untuk berada di kedudukan ke-2 untuk FP1 dan ke-3 untuk FP2. Adam Norrodin pula pada kedudukan ke-24 untuk FP1 dan terus meningkat kepada kedudukan ke-13 pada FP2. Hafiq Azmi di kedudukan ke-28 pada FP1 dan meningkat kepada kedudukan ke-26 pada FP2.  

Michelin membawa 2 pemenang pengalaman VIP MotoGP Sepang bernilai RM20,000

michelinwinnermas Michelin membawakan pengalaman VIP MotoGP kepada dua pemenang peraduan 'Michelin Motorcycle Asia Contest 2016' yang telah berlangsung sejak dari 9 Julai sehingga 9 September. Saya berkesempatan bertemu dengan pemenang ini dan menemubual Muhammad Hussaini dari Kedah dan Muhammad Ikhmal dari Kuala Lumpur.  

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW R nine T Scrambler - RM92,900

the-new-bmw-r-ninet-scrambler-1 BMW Motorrad Malaysia membawakan kepada peminat jenteranya disini dengan BMW R nine T Scrambler. Sejarah model Scrambler untuk BMW bermula pada 1951 dimana BMW R 68 telah dipersembahkan di International Bicycle and Motorcycle Fair IFMA di Frankfurt dengan ekzos tinggi konfigurasi 2-1. BMW R nine T ini dikuasakan oleh enjin peninju (boxer) 2-silinder dengan penyejukan udara yang klasik. Saiz gerek dan lejang pada 101mm x 73mm memberikan jumlah kebuk pembakaran pada 1,170cc. Kuasa maksimum yang mampu dijana oleh enjin yang lebar ini adalah 110hp dan 116Nm pada 6,000RPM dengan putaran enjin maksimum pada 8,500RPM. Semua kuasa ini disalurkan kepada kotak gear 6-kelajuan. Data penggunaan minyak menunjukkan BMW R nine T mampu bergerak 100km dengan 5.3 liter petrol.  Tangki petrolnya juga besar pada kapasiti 17 liter untuk memastikan anda dapat bergerak jauh.

Thursday, October 27, 2016

Shell memperbaharui tajaan MotoGP Malaysia sehingga 2020

sepangcircuit Shell dan Dorna Sports mengumumkan berita gembira dengan Shell telah memperbaharui tajaan mereka sehingga 2020. Ini bermakna selama 4 tahun berturut-turut iaitu pada 2017, 2018, 2019 dan 2020, tajaan ini adalah eksklusif kepada Shell sebagai penaja utama di MotoGP Sepang dengan nama Shell Malaysian Motorcycle Grand Prix.  

Wednesday, October 26, 2016

5 pelumba Malaysia akan beraksi di Sepang hujung minggu ini

[caption id="attachment_23667" align="aligncenter" width="640"]khairul-superkip Khairul Idham Pawi aka SUPERKIP #89[/caption] Lima pelumba Malaysia akan beraksi di siri perlumbaan Moto2 dan Moto3 di Sepang hujung minggu ini pada 28-30 Oktober ini. SUPERKIP #89 akan beraksi dalam siri Moto3 bersama dengan Adam Norrodin #7. SUPERKIP atau Khairul Idham Pawi telah menunjukkan prestasi yang sangat baik pada tahun pertama kemunculannya dalam siri Moto3 dimana beliau telah menjuarai dua litar dalam keadaan hujan di Argentina dan Jerman

Tuesday, October 25, 2016

Tawaran servis minyak pelincir Shell PERCUMA di MotoGP Malaysia, Sepang International Circuit

shell-advance-oil Buat pertama kali dari mana-mana pihak pengeluar minyak pelincir enjin di negara ini, Shell Malaysia akan menawarkan servis tukaran minyak pelincir secara percuma kepada semua yang membeli minyak pelincir Shell Advance pada hujung minggu ini sempena MotoGP pusingan ke-17 di Sepang International Circuit (SIC). Dengan nama rasmi Shell Advance Ride-Thru Service, servis percuma ini disediakan untuk beberapa motorsikal terpilih bawah 250cc. Proses penukaran minyak pelincir ini akan dilakukan dalam masa kurang dari 10 minit sahaja. Sambil menunggu untuk servis percuma, pemilik-pemilik motorsikal boleh rehat dengan cukup selesa kerana Shell Malaysia akan menyediakan tempat menunggu yang sejuk disertakan dengan minuman ringan. Selain daripada itu, mereka juga akan menyediakan servis mencuci visor topi keledar khas untuk penunggang motorsikal. Proses penukaran minyak pelincir akan dilakukan oleh seramai 16 mekanik terlatih dari bengkel rasmi Shell agar para penunggang berasa senang hati dan yakin bahawa jentera-jentera mereka diservis oleh pihak yang berpengalaman. Minyak pelincir Shell Advance boleh dibeli di tempat letak kereta P1 atau di Welcome Centre, Sepang International Circuit (SIC). Program ini akan dijalankan di tempat letak kereta P1, bertentangan dengan pintu masuk SIC yang menuju ke arah Welcome Centre. Beberapa papan tanda akan ditempatkan menuju ke arah tempat letak kereta P1 untuk membantu para penunggang sampai ke tempat servis Shell Advance dengan mudah. Servis penukaran minyak pelincir ini akan bermula pada hari Jumaat ini (28 Oktober 2016) hingga Ahad (30 Oktober), dari 9 pagi hingga 5 petang. Para pelanggan juga akan mendapat peluang untuk memenangi sesuatu yang istimewa dari "Wheel of Fortune" dimana mereka boleh memenangi hadiah-hadiah yang cukup istimewa seperti 'Steam Wash' percuma setelah motorsikal mereka selesai diservis. Tekan sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

Read the original post at http://motomalaya.net

Replika Rasmi Model Mini Team Suzuki ECSTAR di MotoGP Sepang oleh Suzuki Assemblers Malaysia

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd membawakan sesuatu yang istimewa kepada peminat pasukan Suzuki ECSTAR dengan model mini jentera perlumbaan mereka ini di MotoGP Sepang.

Monday, October 24, 2016

2017 Yamaha YZF-R3 dengan grafik baru di Amerika

2017-yamaha-yzf-r3-white Yamaha kembali seperti biasa setiap tahun dengan mengemaskini grafik pada jentera-jenteranya dan kini model YZF-R3 mendapat grafik yang lebih segar. Terdapat 3 pilihan warna bagi pengguna di Amerika Syarikat iaitu warna Race-Blu, hitam dan warna putih. 

Sunday, October 23, 2016

Michelin Australian Grand Prix: Cal Crutchlow Juara Pertama Pelumba British di Philip Island

cal-crutchlowMotoGP Cal Crutchlow dari LCR Honda menjadi juara pertama pelumba British di Philip Island setelah Marc Marquez terbabas. Manakala di tempat kedua adalah Valentino Rossi yang bermula dari petak ke-15. Tempat ketiga pula dari pelumba Suzuki iaitu Maverick Vinales. Musim ini menyaksikan tempat 1, 2 dan 3 tidak didominasi oleh pelumba yang sama yang menjadikan perlumbaan lebih menarik dan menunjukkan bahawa setiap pelumba dalam MotoGP adalah bertaraf kelas dunia yang mampu menang. 

Saturday, October 22, 2016

Winglet untuk Yamaha YZF-R25

Satu aksesori yang mampu menaikkan aura MotoGP kepada YZF-R25 anda dengan cukup mudah sekali dengan hanya menambah 'winglet'.

Ducati Malaysia telah melancarkan 5 model baru 2016 - 959 Panigale, 939 Hypermotard, Multistrada Enduro, Monster 1200 R dan XDiavel

dsc_0170

Ducati Malaysia telah mengemaskini dan menambah model-model jentera mereka dengan pelancaran lima model baru.

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) baru sahaja menambah pilihan motorsikal berkuasa tinggi di pasaran Malaysia dengan pelancaran 5 model baru bagi 2016. Semua model terbaru ini dilancarkan di majlis pelancaran di EX8, Subang petang semalam. Model-model terbaru untuk pasaran Malaysia bagi 2016 adalah Panigale 959, Hypermotard 939, Monster 1200 R, Multistrada 1200 Enduro dan juga XDiavel.   2016 Ducati Panigale 959 Setelah pelancaran global model ini di EICMA tahun lepas, model kategori Supersport ini berasas dari Ducati Panigale 899 yang telah dikemaskini secara keseluruhan. 2016-ducati-959-panigale-08 Dari segi reka bentuk, rupanya tidak begitu berbeza dari model-model Panigale yang lain tetapi mengikut spesifikasi jentera ini, ia mempunyai 'intake' udara yang baru dan lebih besar, cermin sisi yang lebih panjang berlampukan LED dan juga sedikit perubahan pada bahagian belakang dan juga panel reraub (fairing).  

Thursday, October 20, 2016

2017 Suzuki GSX-250R - jentera 250cc yang cukup menarik

Suzuki telah melancarkan jentera 250ccnya iaitu Suzuki GSX-250R di China. Suzuki GSX-250R ini berkuasa 18.4kW @ 8,000RPM dengan daya kilas pada 23.4Nm @6,500RPM Panel meter yang digunakan adalah paparan penuh digital dan memuatkan pelbagai data termasuk penunjuk kedudukan gear dan data penggunaan bahanapi (km/L)

Wednesday, October 12, 2016

2017 Kawasaki Z650 - 68hp dari 2-silinder

2017-kawasaki-z650-01 Kawasaki meneruskan usaha mereka untuk memikat hati pengguna jentera roda dua di seluruh dunia dengan mengemaskini model-model popular mereka dan kali ini, mari kita lihat pula pada jentera dari siri Z iaitu Kawasaki Z650.  

Sunday, October 9, 2016

2017 Kawasaki Ninja 650 - asas dari ER-6f

Kawasaki ER-6f merupakan model reraup penuh yang berasaskan dari model jalanan ER-6n dan kedua-duanya menjadi jentera popular di Malaysia dalam kategori 600cc. Kini, Kawasaki menyediakan Ninja 650 (ER-6f pada pasaran lain) sebagai jentera hasil naik taraf dari asas ER-6f, namun hasilnya sangat berbeza dengan ER-6f sebelum ini kerana rekaannya sungguh radikal. Kawasaki Ninja 650 direka dengan garisan-garisan tajam yang lebih mirip kepada jentera adi sukan  iaitu ZX-6R dan secara keseluruhannya rekaan ini lebih kemas. Lampu hadapan berkembar mengingatkan kita kepada Ninja 250, namun rekaan lampu ini lebih sepet dan tajam di bahagian atasnya. Panel meter kelihatan moden dengan kombinasi analog untuk meter RPM dan digital untuk meter kelajuan. Penunjuk kedudukan gear juga ada disediakan di tengah-tengah panel meter ini. Kawasaki benar-benar mendengar dan semakin memahami apa yang pengguna mahukan. Rekaan lampu belakang mempunyai sedikit bentuk 'X' yang ringkas. Palam kuasa juga disediakan untuk memudahkan pengguna jentera ini mengecas telefon atau peralatan navigasi semasa perjalanan jauh ke tempat yang tidak diketahui. Boleh juga dimuatkan beg tangki jika perlu dan alangkah baiknya sekiranya beg ini diberikan sekali dengan pembelian jentera ini Gerakan Ninja 650 ini dikuasakan oleh enjin 2-silinder selari dengan 8 injap DOHC Jika dibandingkan dengan model 2016, Ninja 650 ini mempunyai daya kilas yang lebih linear dan kuasa yang lebih tinggi Rangka Ninja 650 ini berasaskan rangka Trellis tiub silinder yang sememangnya tegar namun tidak seringan rangka 'twin spar' dari aluminium Sistem gear adalah 6-kelajuan dan dipasangkan dengan sistem klac 'assist and slip' untuk lebih kawalan Selain dari kuasa yang lebih, daya kilas yang lebih linear dan rangka yang lebih tegar; Kawasaki juga tetap memastikan jentera Ninja 650 ini lebih jimat penggunaan berbanding dengan model 2016 Aksesori pelindung enjin juga disediakan untuk Ninja 650 ini Gambaran tekanan yang dialami oleh rangka dan suspensi belakang semasa pembelokan Hadir dalam 4 warna. Pearl Blizzard White Metallic Spark Black Candy Burnt Orange  Lime Green Sumber: Kawasaki Heavy Industries

Read the original post at http://motomalaya.net

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/