Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, September 30, 2016

2016 Honda Civic Type R Prototype dipertontonkan di MONDIAL DE L’AUTOMOBILE, Paris

New Civic Type R Prototype breaks cover in Paris Honda mempertontonkan prototaip Civic Type R yang dibuat berasaskan model Honda Civic hatchback yang dihasilkan di kilang Honda of the UK Manufacturing (HUM), Swindon. Rekaan Civic Type R ini memperlihatkan kedudukan badan yang lebih rendah dan lebih lebar menjadikannya nampak lebih gagah dan garang. 

Thursday, September 29, 2016

Ekzos prestasi tinggi dari Uma Racing untuk Yamaha Y15ZR - RM300

Uma Racing hadir dengan ekzos prestasi tinggi 'Back Pressure' untuk model Yamaha Y15ZR yang semakin popular dan disamping kehadiran RS150R yang mengganas. Ekzos ini memberikan peningkatan sebanyak 1.04PS menjadikan kuasa maksimum Y15ZR sejumlah 15.47PS berbanding ekzos asal pada 14.43PS (data dari Uma Racing).

Read the original post at http://motomalaya.net

Tuesday, September 27, 2016

Ulasan: 2016 CMC Italjet 125: Kebangkitan semula nama Italjet? - RM6,996 (asas termasuk GST)

img_4999-1 Jika anda telah mengharungi zaman antara lewat 90an dan awal 2000, anda juga mungkin telah melihat atau sendiri terlibat dalam zaman kegemilangan skuter sukan atau 'sport scooters' yang menjadi salah satu kegilaan remaja-remaja. Pada waktu itu, jika anda membawa skuter Gilera Runner atau yang lebih hebat dan 'rare' iaitu Italjet Dragster, anda secara automatik dianggap hebat atau 'cool'. Tetapi seperti jenama-jenama dari Itali yang lain, kehangatannya semakin lama semakin berkurang menyebabkan skuter-skuter sukan dari Itali ini menjadi barang koleksi antara peminat-peminat skuter tegar. Pihak kami mendapat peluang untuk menguji jentera ini sama ada ia layak untuk diberi nama "Italjet". Setelah sekian lama nama 'Italjet' itu tersimpan dalam buku sejarah skuter sukan termasyhur, kini nama itu kembali semula dalam bentuk 2016 CMC Italjet 125 yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu. 

Saturday, September 24, 2016

Helmet Shark Lorenzo dengan Grafik Jerung untuk Aragon MotoGP 2016

shark-helmet-lorenzo-aragon-2016-01 Shark Helmets mempamerkan grafik khas dengan motif jerung untuk Jorge Lorenzo di perlumbaan MotoGP di Aragon. Kelihatan gigi-gigi tajam pada bahagian visor dan mata jerung pada bahagian atas helmet. 

Tamiya memperkenalkan model skala 1/12 Kawasaki Ninja H2R di USA

Syarikat pembuat model skala replika, Tamiya, memperkenalkan model 1/12 untuk Kawasaki Ninja H2R.  Peminat dan pengumpul model skala motosikal ini pastinya tertunggu-tunggu untk mendapatkan model ini. Setakat ini hanya ada di USA dan tidaklah kami dapat lagi maklumat mengenai harganya.

Read the original post at http://motomalaya.net

Friday, September 23, 2016

2016 Yamaha Y15ZR Edisi GP - harga rasmi RM8,634.76 (asas termasuk GST)

HLYM mengirimkan gambar rasmi kepada kami mengenai Yamaha Y15ZR Edisi GP (2016) yang kini telah berada di pasaran. Sememangnya menjadi tradisi kepada HLYM untuk menghasilkan model bertemakan grafik MotoGP setiap tahun menjelang siri perlumbaan di Sepang. Harga rasmi dari HLYM adalah RM8,634.76 (asas termasuk GST)

Read the original post at http://motomalaya.net

Thursday, September 22, 2016

Suzuki akan hadir dengan 2 model 250cc - GSX-S250F dan GSX-R250?

gsx_r250 Majalah Young Machine dari Jepun menunjukkan dua grafik yang dikatakan mungkin model 250cc keluaran Suzuki pada 2017. Dua model yang dimaksudkan adalah GSX-S250F, yang merupakan model sukan kembara (sport tourer) dan GSX-R250, yang lebih mirip kepada model perlumbaan. 

Wednesday, September 21, 2016

2016 Yamaha Y15ZR Movistar Edisi GP

2016-yamaha-y15zr-movistar-gp-2 Edisi khas Yamaha Movistar MotoGP hadir lagi sempena MotoGP yang akan berlangsung pada hujung Oktober ini di Sepang F1 Circuit. Walaupun nampak sama pada pandangan biasa, namun bagi penggemar edisi khas Yamaha, pasti akan tahu ada bezanya walaupun hanya sedikit adanya.  

Tuesday, September 20, 2016

Yamaha SR400 berpengecas lampau oleh Krugger, Belgium - ini mungkin cafe racer terbaik dunia

krugger-yamaha-sr400-2 Fred 'Krugger' Bertrand dari Belgium mempersembahkan model modifikasi hasil kerja tangan beliau yang berasaskan model Yamaha SR400. SR400 merupakan motosikal dengan hanya kapasiti 400cc yang mana mungkin agak kecil berbanding dengan model yang biasa diubahsuai kepada pelumba kafe berkapasiti 500cc hingga 1000cc. Namun, apa yang menarik bagi pelumba kafe Yamaha SR400 ini adalah penggunaan pengecas lampau Aisin yang kecil yang biasa digunakan dalam kereta kompak dari Subaru.   

Thursday, September 15, 2016

MV Agusta F4Z dipertontonkan di Perancis

MV Agusta F4Z yang direka khas oleh Zagato dipertontonkan di Perancis dan ditunggang oleh Babila dari Ride As You Are (RAUR). Pada mulanya, rekaan ini nampak janggal tetapi dalam gambar ini, F4Z nampak cantik dan sungguh elegan bila ada penunggang di atasnya. Mungkin Zagato telah memikirkan rekaan F4Z beserta dengan kehadiran penunggang dalam keseluruhan rekaan. Saya menjangkakan rekaan yang lebih dramatik pada bahagian lampu belakang, mungkin seperti lampu belakang Ducati Panigale atau KTM RC390, namun hanya tiga bulatan kecil dapat dilihat. Sumber: Dainese FB

Read the original post at http://motomalaya.net

Wednesday, September 14, 2016

Usikan helmet edisi khas SGV Harimau Malaysia (2016) - #TunjukkanBelangMu

Solid Gold Sdn Bhd memuatnaik dua keping gambar untuk mengusik peminat motosikal di Malaysia. Helmet SGV edisi khas ini datang dengan grafik Harimau Malaysia dengan warna biru dengan grafik putih dan warna hitam dengan grafik kuning. Walaupun hanya helmet separuh muka dengan rekaan yang ringkas, peminat motosikal di Malaysia sememangnya menantikan sesuatu yang luar dari kebiasaan dari syarikat tempatan. Nota: usikan = teaser

Read the original post at http://motomalaya.net

Saturday, September 10, 2016

Kawasaki Ninja H2 hadiah utama Peraduan Kawasaki Hari Malaysia 2016

kawasakih2-win Kawasaki Malaysia menawarkan hadiah utama berupa Kawasaki Ninja H2 untuk pembeli Z800 atau ER-6n atau ER-6f sehingga 31 Disember 2016. Pada mula mendapat berita ini, kami juga tidak berapa percaya, kemudian, kami telah menghubungi pihak Kawasaki dan sah, peraduan ini adalah benar. Sesiapa yang sedang terfikir untuk mendapat motosikal dalam kategori 600cc - 800cc, mungkin inilah masanya untuk anda mendapatkannya dan berpeluang mendapatkan Kawasaki Ninja H2 (bernilai RM153k). Dapatkan maklumat lebih lanjut disini: https://www.instagram.com/p/BKJAyuBDSFo

Read the original post at http://motomalaya.net

Friday, September 9, 2016

2016 Honda CB650F di Indonesia - rangka merah yang ranggi

cb650f-metal-gun-black-red PT Astra Honda di Indonesia memperkenalkan motosikal berkapasiti tinggi, Honda CB650F dengan warna yang cukup menarik iaitu Metal Gun Black Red. Jika dibandingkan dengan CB650F versi Malaysia, CB650F di Indonesia menerima warna khas untuk rangka berliannya iaitu dengan warna merah yang berkilau. Honda CB650F merupakan satu siri dari Honda yang ingin memperkenalkan enjin 4-silindernya kepada ramai tanpa mengenakan harga yang tinggi. Malaysia menerima CB650F pada 2014 dengan harga cuma RM39,999, yang mana harga ini adalah cukup menarik untuk mesin dengan 4-silinder. 

Thursday, September 8, 2016

Modifikasi Suzuki GSX1100 'barebone' oleh Harris dari Berlin

Modifikasi yang sungguh radikal berbanding rekaan biasa oleh Berham Customs ini di Berlin, sungguh mengujakan. Sekali pandang, nampak seperti ini adalah motosikal yang belum siap, tetapi mesin yang berasaskan enjin GSX1100 sebenarnya sedia ditunggang. Mungkin anda tertanya-tanya dimana tangki minyaknya, dan pertanyaan anda itu 'valid' kerana tangki minyaknya sangat kecil dan diletakkan atas sedikit pada bahagian enjin. Tidaklah boleh motosikal ini dibawa ke jalanan kerana tiada lampu hadapan dan tiada ciri-ciri 'road-legal'. Namun ini adalah satu hasil kejuruteraan yang matang untuk mempersembahkan mesin ini dalam bentuk paling kasar tetapi masih mampu menarik mata memandangnya dengan kagum. Sumber:http://www.bikeexif.com/harris-frame-suzuki-berham

Read the original post at http://motomalaya.net

Tuesday, September 6, 2016

SHELL ADVANCE LANCAR PEK EDISI TERHAD - Peluang untuk menangi tiket Grandstand Utama saksikan 2016 Shell Malaysia MotoGP™

The new Shell Advance Limited Edition PacksShell Advance telah mengumumkan pelancaran pek edisi terhad dengan reka bentuk khas untuk empat varian minyak enjin motosikal Shell Advance yang paling laris – Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L). Dari sekarang hingga 15 Oktober 2016, setiap pembelian mana-mana produk Shell Advance yang tersebut di atas, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau pek edisi terhad, membolehkan anda memenangi dua tiket Grandstand Utama untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016. Untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah, pengguna hanya perlu melengkapkan  borang penyertaan dengan menjawab satu soalan mudah, melampirkan resit pembelian dan menyerahkannya kepada pengedar yang turut serta. Anda juga boleh mengemukakan penyertaan anda dalam talian di www.shell.com.my/motogp bersama gambar resit anda. 

Sunday, September 4, 2016

Modifikasi Yamaha MT 'Super 7' dari JvB Moto

02_09_2016_JVB_Moto_Yamaha_MT_07_Scrambler_03 JvB Moto mengubahsuai Yamaha MT-07 yang sememang telah sedia cantik dengan beberapa perubahan untuk menjadikannya lebih unik. Bentuk modifikasi seperti ini dikategorikan dalam 'Scrambler' dimana ia sezaman dengan Cafe Racer yang biasa kita lihat. 

Friday, September 2, 2016

2017 Kawasaki Ninja ZX-6R 636

Kawasaki mempamerkan Ninja ZX-6R 636 dengan warna baru untuk 2017 yang sangat berbeza dan menarik.    Warna ini dinamakan Pear Blizzard White  / Metallic Gray.  Kawasaki ZX-6R 636 pernah masuk dalam pasaran Malaysia namun dalam bentuk CBU sahaja dan harganya dalam 80-90k.

Read the original post at http://motomalaya.net

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/