Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, August 17, 2016

Suzuki menutup kilang pemasangan motosikal di Malaysia

suzuki-logo Suzuki Assemblers Malaysia telah menutup kilang pemasangan motosikalnya di Malaysia akibat dari permintaan yang lemah dan akan fokus untuk mengimpot motosikal dari Jepun sahaja. Suzuki telah mengurangkan pengeluaran motosikalnya di Malaysia kepada 8,000 unit untuk tahun 2016 dimana jumlah ini adalah separuh dari pengeluarannya semasa 2013.   Usaha untuk meningkatkan kecekapan tidak berkesan disebabkan skala pengeluarannya yang kecil. Jadi, Suzuki Motor Corp (Japan), memilih untuk mengekspot sahaja motosikal berkuasa besar mereka untuk pasaran Malaysia. Suzuki Motor Corp berhasrat untuk memasang sehingga 1.44juta motosikal pada 2016. Setakat ini keuntungan mereka lemah untuk pasaran Asia dan sukar untuk meningkatkan penjualan. Nota kaki: Wow, rasa macam menulis berita ekonomi pula. Admin sendiri pemilik Suzuki Nex dan sangat berpuas hati dengan kualiti dan prestasi dari motosikal Suzuki ini. Sangat sedih untuk melihat keadaan ini berlaku. Sumber:  http://asia.nikkei.com/Business/Companies/Suzuki-shuts-Malaysian-motorbike-plant-as-sales-stall

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/