Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, August 13, 2016

2016 Yamaha Janus 125 dilancarkan di Vietnam - skuter Jepun dengan aura Itali - VND27,490,000 (RM4,959.47 tukaran terus)

2016-Yamaha-Janus-125 Yamaha Motor telah melancarkan model skuter terbaru mereka iaitu Janus di Vietnam. Skuter ini berkuasa 125cc dikuasakan oleh enjin "BLUE CORE" dan disasarkan kepada penunggang wanita. Pada pandangan pertama, Janus sangat mirip dengan model-model dari Piaggio dari Itali, namun Yamaha melengkapkan tayar yang lebih besar pada bahagian hadapan dan belakang dimana saiznya adalah 14 inci. Ini berbeza dengan skuter Itali yang biasanya menggunakan tayar 12 inci.  2017-Yamaha-Janus-125-006Paparan meter Yamaha datang dengan kombinasi analog dan digital yang ringkas. Terdapat juga sistem henti-pergi (stop & start) yang dapat membantu mengurangkan penggunaan minyak dan juga pengeluaran asap ke alam sekitar. 2017-Yamaha-Janus-125-007 Rekaan hadapan Yamaha Janus ini mirip kepada rekaan skuter Itali dengan lampu bulat lonjong dan tiada bahagian yang bersegi-segi. Semuanya mengikut kontur yang lembut. 2017-Yamaha-Janus-125-008 Bahagian belakang juga minimalis dengan susunan lampu brek dan isyarat yang ringkas. 2017-Yamaha-Janus-125-01 Profil pada pandangan sisi menunjukkan aura Itali terserlah dan sedikit retro, namun tayar yang lebih besar memberikan sedikit kelainan kepada keseluruhan rekaannya. 2017-Yamaha-Janus-125-005 Seperti yang anda lihat, tiada lubang kunci di skuter ini. Ini adalah kerana Janus menggunakan sistem penghidupan tanpa kunci, dimana anda hanya perlu letak kunci dalam poket anda dan masih boleh menghidupkan motor ini. Sama macam kereta la pula ye. 2017-Yamaha-Janus-125-004 Ini kuncinya. 2017-Yamaha-Janus-125-002 Ruang bawah tempat duduk juga luas dengan ukuran 14L yang boleh memuat dua helmet saiz setengah. Pengeluaran skuter Yamaha Janus ini akan dibuat di Vietnam bawah kawalan Yamaha Motor Vietnam Co., Ltd. (YMVN). Galeri 2016 Yamaha Janus [gallery ids="22884,22892,22891,22890,22889,22888,22887,22886,22885"] Harga bagi 2016 Yamaha Janus adalah VND27,490,000 (RM4,959.47 tukaran terus)   Sumber: http://global.yamaha-motor.com/news/2016/0812/janus.html

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/