Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, August 30, 2016

Super 73 - basikal elektrik dengan motor 1000 watt

Satu kempen dari Kickstarter menarik minat kami mengenai satu mod pengangkutan iaitu basikal elektrik Super 73. Super 73 merupakan basikal elektrik yang dipasang dengan motor elektrik berkuasa 1,000 watt dan mampu bergerak sejauh 36 kilometer dengan halaju maksima 48km/j.   Super 73 dikuasakan oleh bateri berkuasa 11.6 Ah yang diperbuat dari litium ion. Tayar yang lebar dan besar pada saiz 20-inci membolehkan basikal elektrik ini dikategorikan sebagai basikal pelbagai jalan (all-terrain bicycle). Sumber:https://www.kickstarter.com/projects/782844499/the-super-73/description

Read the original post at http://motomalaya.net

Saturday, August 27, 2016

SYM Sport Rider 125i keluaran terbaru dari RM5,777*

MM_SYM_Sport_Rider_125i_launch_-11

SYM Malaysia melancarkan model SYM Sport Rider 125i baharu pada RM5,777 (asas termasuk GST).

Friday, August 26, 2016

Kawasaki menyambut ulangtahun ke-120 dengan H2R dan jet pejuang Hien

h2r-hien Syarikat Kawasaki telah bermula pada 1896 dengan penubuhan Kawasaki Shipyard oleh Kawasaki Shozo. Oktober 2016 ini merupakan ulangtahun ke-120 mereka. Kawasaki ingin menyambut perayaan ini dengan dua mesin terpantas mereka iaitu H2R dan jet pejuang Hien yang telah digunakan semasa Perang Dunia ke-2. 

Wednesday, August 24, 2016

2016 Arai RX-7X NSR KV3 30th Anniversary Edisi Khas

Arai-RX-7X-NSR-KV3-002 Arai telah melancarkan satu helmet edisi khas untuk meraikan ulangtahun ke-30 pengeluaran Honda NSR KV3. Honda NSR KV3 atau NSR250 merupakan satu motosikal dari siri 2-lejang yang telah dilancarkan bermula 12 September 1986.  

Tuesday, August 23, 2016

Alpinestars melantik Sinar Puncak Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi

alpinestars-006 Alpinestars telah melantik Sinar Puncak Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi untuk pasaran Malaysia. Alpinestars merupakan jenama yang menfokuskan kepada peralatan keselamatan kepada penunggang motosikal. Azlan Shah dan Zulfahmi Khairuddin merupakan dua pelumba yang mendapat perlindungan dari set lengkap perlumbaan dari Alpinestars. Alpinestars memasarkan produk mereka dengan pilihan produk paling meluas dengan harga yang rendah hinggalah paling mahal. Sebagai contoh, ini bermakna anda boleh membeli sarung tangan Alpinestars Spartan dengan hanya RM189, dan boleh memilih untuk menaik taraf sehinggalah sarung tangan tahap perlumbaan Alpinestars Supertech berharga RM1,599.00. Lihat jadual harga dibawah: 

Friday, August 19, 2016

Boon Siew Honda penerima lesen EEV motosikal pertama di Malaysia

  EEV+Fi pressBoon Siew Honda (BSH) mengumumkan empat model motosikal EEV yang telah disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebagai pengeluar motosikal pertama yang mendapat kelulusan standard EEV, BSH akan terus membekalkan lebih banyak produk dengan pelepasan CO2 yang rendah dan cekap bahan api. Berdasarkan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 oleh Institut Automotif Malaysia (MIA), kenderaan cekap tenaga (EEV) adalah kenderaan yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dari segi tahap pelepasan karbon (g / km) dan penggunaan bahan api (l / 100 km). EEV diberikan untuk motosikal dari 101CC ke 150CC yang mencapai penggunaan bahan api sebanyak 2.2L sepanjang 100KM. Antara model motosikal Boon Siew Honda yang mendapat kelulusan EEV adalah Honda EX5 Fi, Honda Future Fi, Honda Dash (Fi) yang menggunakan 1.8L/100KM atau 18% lebih jimat berbanding dengan penanda aras EEV

Wednesday, August 17, 2016

Suzuki menutup kilang pemasangan motosikal di Malaysia

suzuki-logo Suzuki Assemblers Malaysia telah menutup kilang pemasangan motosikalnya di Malaysia akibat dari permintaan yang lemah dan akan fokus untuk mengimpot motosikal dari Jepun sahaja. Suzuki telah mengurangkan pengeluaran motosikalnya di Malaysia kepada 8,000 unit untuk tahun 2016 dimana jumlah ini adalah separuh dari pengeluarannya semasa 2013.  

Monday, August 15, 2016

2016 HJC Helmet RPHA 11 Pro Spiderman dan Venom - USD599 (RM2,403.87)

RPHA11Venom-Top Setelah memperkenalkan 3 helmet edisi khas dengan karakter Marvel; Iron Man, Captain America dan The Punisher, kini HJC Helmets hadir dengan dua lagi grafik karakter Marvel iaitu Spiderman dan antagonisnya, Venom.   

MotoGP Austria: Ianonne, Dovizioso dengan kemenangan 1,2 - Ducati masih berbisa

iannone-austria Andrea Ianonne menunjukkan beliau adalah pelumba yang mantap dengan tunggangan yang baik dan muncul juara Austria. Pilihan tayar yang lembut berlainan dari pelumba lain memberikan kelebihan padanya. Doviozoso pula di tempat kedua. MotoGP:
  1. Andrea Ianonne
  2. Andrea Dovizioso
  3. Jorge Lorenzo

Saturday, August 13, 2016

2017 KTM RC16 MotoGP didedahkan di Austria

KTM mendedahkan jentera pertarungannya untuk musim 2017. KTM bersedia untuk melawan pasukan-pasukan yang mantap dengan jenteranya,  RC16.  Ini bermakna KTM akan bertarung dalam ketiga-tiga siri perlumbaan iaitu Moto3,  Moto2 dan MotoGP.  Ini akan menambahkan lagi aura prestasi tinggi pada jenama KTM yang sememangnya 'Ready To Race' 

Read the original post at http://motomalaya.net

2016 Yamaha Janus 125 dilancarkan di Vietnam - skuter Jepun dengan aura Itali - VND27,490,000 (RM4,959.47 tukaran terus)

2016-Yamaha-Janus-125 Yamaha Motor telah melancarkan model skuter terbaru mereka iaitu Janus di Vietnam. Skuter ini berkuasa 125cc dikuasakan oleh enjin "BLUE CORE" dan disasarkan kepada penunggang wanita. Pada pandangan pertama, Janus sangat mirip dengan model-model dari Piaggio dari Itali, namun Yamaha melengkapkan tayar yang lebih besar pada bahagian hadapan dan belakang dimana saiznya adalah 14 inci. Ini berbeza dengan skuter Itali yang biasanya menggunakan tayar 12 inci. 

Friday, August 12, 2016

2016 Honda CBR500R (RM31,681.28), CB500F (RM31,363.28), CB500X (RM31,893.28) & CB500XA (RM35,391.28 ABS) kini hadir ke Malaysia

[caption id="attachment_22846" align="aligncenter" width="640"]16YM CB500F 2016 Honda CB500F[/caption] Boon Siew Honda mengalu-alukan siri Honda 500 yang terkini dengan memperkenalkan ciri-ciri serba baharu dalam model CBR500R, CB500F dan CB500X model yang dinanti oleh pengguna Malaysia pada tahun 2016. Enjin Honda 500 ini didatangkan dengan 471cc DOHC dengan system penyejuk cecair dwi selari yang menawarkan pengalaman terbaik kepada setiap penunggang. Gerek dan lejang model baharu ini direka pada saiz 67mm x 66.8mm telah dipertingkatkan lagi bagi menyalurkan kuasa iaitu 37KW @ 8,500RPM dan tork maksimum mencapai 44Nm @ 7,000RPM. Kapasiti tangki petrol juga telah dipertingkatkan untuk CBR500R & CB500R dari 15.7 liter ke 16.7 liter dan 17.5 liter untuk CB500X

Tuesday, August 9, 2016

2017 Scrambler Ducati Sixty2 diperkenalkan di Malaysia - enjin 41hp 399cc L-berkembar Desmodromic - RM49,999 (asas tidak termasuk GST)

30-03 DUCATI SCRAMBLER SIXTY2 Scrambler Ducati Sixty2 kini hadir ke Malaysia untuk memikat pemuda dan pemudi yang menginginkan kualiti Italy dalam pakej yang lebih mudah. Mengapa namanya Sixty2? Sixty2 merujuk kepada tahun 1962 iaitu tahun dimana model pertama Scrambler Ducati dilancarkan pada ketika itu, di Amerika Syarikat. Scrambler Ducati pada masa itu mempunyai kelebihan dari segi rangkanya yang bagus sehinggakan ada digunakan untuk perlumbaan. Namun pada masa itu, Scrambler Ducati hanya berkuasa 250cc. 

KTM akan beraksi di Moto2 untuk musim 2017 dengan Brad Binder dan Thomas Luthi

WP-KTM-Moto2-Almeria-2016-1024x683 KTM dengan usahama WP Suspension kini bersedia untuk beraksi dalam siri perlumbaan Moto2 untuk musim 2017. Pelumba yang akan menavigasi jentera yang cantik ini adalah Brad Binder (Afrika Selatan) dan Thomas Luthi (Swiss). Jentera Moto2 didominasi oleh jentera Honda dan berkapasiti 600cc. KTM telah membuktikan bahawa mereka adalah saingan yang perlu diambil berat dalam saingan Moto3. Nampaknya KTM ingin menakluki ketiga-tiga siri perlumbaan dengan adanya juga jentera RC16 untuk siri MotoGP.

Monday, August 8, 2016

Grafik 2017 Suzuki GSX-R250 dari Motoblast

Setelah kita melihat rekaan paten mengenai 2017 Suzuki GSX-R250, pereka grafik dari Indonesia di blognya Motoblast.org telah mewarnakan rekaan tersebut dengan warna moden Suzuki yang hampir dengan grafik dari 2017 Suzuki GSX-R1000. Menarik sungguh, bukan? Sumber: motoblast.org

Read the original post at http://motomalaya.net

K-Tech Suspension 25IDS (fork depan) dan Razor-R (suspensi belakang) untuk Kawasaki Z800

z800-25IDS-ktech K-Tech menyediakan dua komponen untuk menaik taraf sistem suspensi untuk Kawasaki Z800. Dua komponen ini adalah K-Tech 25IDS (Independent Damping System) katrij fork depan yang menggantikan katrij asal fork depan dan K-Tech Razor-R iaitu monosok belakang. Ciri K-Tech 25IDS adalah: 

Sunday, August 7, 2016

Ura-ura: 2017 Suzuki GSX-R250 - rekaan terlihat di Australia

2017-Suzuki-gsxr250_03 Satu set gambar telah terlihat di Australia yang menunjukkan rekaan asas profil motosikal yang dikatakan Suzuki GSX-R250 yang berkemungkinan untuk pasaran 2017. Rekaan asas ini terlihat dalam satu fail paten di Australia. 

Friday, August 5, 2016

2017 Kawasaki Ninja 250 / ABS Special Edition / ABS KRT Edition di perkenalkan di Jepun

2017-Kawasaki-Ninja-250-ABS-SE-01 Kawasaki Heavy Industries (KHI) Japan, memperkenalkan versi 2017 untuk model Ninja 250. Tiga varian grafik telah dipersembahkan sekali iaitu varian Ninja 250 non-ABS, Ninja 250 ABS Special Edition dalam warna merah dan Ninja 250 ABS Kawasaki Racing Team (KRT) Edition. 2017-Kawasaki-Ninja-250-blue-002 Dua warna untuk model Ninja 250 diperkenalkan iaitu warna biru dan hitam. Grafik pada model ini lebih bersih dan tidak mempunyai jaluran-jaluran seperti model sebelumnya.  

Tuesday, August 2, 2016

2016 Kawasaki KLX 250 Final Edition - satu lagi edisi akhir

2016-Kawasaki-KLX250-Final-Edition001-001 Nampaknya jentera dwi fungsi ini, KLX 250, menerima nasib yang sama seperti W800, ZRX1200 dan juga DTrackerX dimana jentera ini bakal dihentikan pengeluarannya. Ini dapat dilihat dengan pengenalan Kawasaki KLX250 Final Edition yang mana diubah grafik dan warnanya sebagai penghormatan terakhir kepada model yang akan dihentikan pengeluarannya. 

Monday, August 1, 2016

Rd 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016: KASMA SAMBUT KEMENANGAN KALI KEEMPAT DI TELUK INTAN

[caption id="attachment_22620" align="aligncenter" width="640"]CP130 Kasma Daniel 1 CP130 Kasma Daniel[/caption] CP130 Setelah lebih 2 bulan sejak perlumbaan yang lepas di Pasir Mas, Kelantan, Kasma Daniel Kasmayudin sekali lagi telah menyambut kemenangan di Teluk Intan untuk kali keempat musim ini, semalam. Aksi dominan Kasma terserlah dari sesi pertama sehingga perlumbaan akhir dimana pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor tersebut bermula dari petak pertama itu berjaya menamatkan 18 pusingan keseluruhan dengan masa 16'04.642s, 8.115s dihadapan rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 16'12.757s. Adik Fazli, Ahmad Fazrul Sham dari pasukan AHM Motorsports menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 16'15.894s. 

2016 Kawasaki ZRX1200 DAEG Final Edition di Jepun - edisi akhir setelah 7 tahun dalam pasaran

2016-ZRX1200-DAEG-Final-Edition-002Kawasaki Japan telah mempersembahkan model ZRX1200 DAEG Final Edition dengan perubahan pada grafik dan warnanya untuk melabuhkan tirai terhadap pengeluaran model ini yang telah berada di pasaran Jepun lebih kurang 7 tahun sejak dari 2009. Mengekalkan rekaan klasik tetapi dilengkapi dengan enjin moden 1,164cc berpenyejukan cecair DOHC dan 4-injap yang mampu menjana 110PS @ 8,000RPM dan berdaya kilas 107Nm @ 6,000RPM

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/