Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, July 11, 2016

Teaser 2017 Honda CBR250RR kini hadir - dijangka akan dilancarkan Ogos

teaser-Honda-CBR250RR-002 PT Astra Honda, Indonesia kini mempersembahkan iklan pendek model 250cc iaitu Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan hadir dengan enjin 250cc 2-silinder yang fokus kepada prestasi. Menurut jangkaan kami berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan kami di blog-blog di seberang, Honda CBR250RR dijangkakan akan dilancarkan pada Ogos ini, kurang sebulan dari sekarang. Iklan pendek ini seperti mengesahkan perkhabaran tersebut.  teaser-Honda-CBR250RR-005 Akronim 'RR' biasanya dikhaskan kepada model yang fokus kepada prestasi yang mirip kepada perlumbaan, kerana singkatan 'RR' merujuk kepada 'Race Replica' atau 'Race Ready'. teaser-Honda-CBR250RR-004 Sistem brek cakera dengan kaliper 2-piston dilengkapkan kepada CBR250RR ini dengan corak gelombang pada cakera breknya. Lihat betul-betul dan anda akan dapati bahawa ini adalah model yang serius dengan penggunaan suspensi depan terbalik. Cukup mengujakan kerana sudah lama Honda tidak menghasilkan model 250cc yang fokus kepada prestasi dan pengendalian yang mantap. teaser-Honda-CBR250RR-008 Bar hendal nampaknya lebih dikepak ke dalam, untuk memberikan profil langsing pada keseluruhan rekaan mesin ini. teaser-Honda-CBR250RR-003 Keseluruhan profil CBR250RR ini nampak seperti masih mengekalkan rekaan seperti mana konsepnya yang telah diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2015. teaser-Honda-CBR250RR-009 teaser-Honda-CBR250RR-001 Jangka yang tidak dijangkakan. Peminat 250cc seluruh Asean kini menunggu penuh dengan pelbagai jangkaan dan diharapkan Honda dapat mengatasi jangkaan seperti 'tagline' diatas.  
Adakah model ini akan memasuki pasaran Malaysia? Jika RS150R boleh masuk, kenapa tidak CBR250RR juga kan?

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/