Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, July 1, 2016

2016 Yamaha MT-09 Tracer kini hadir ke Malaysia - RM 59,900 (asas)

yamaha_2015_mt09_tracer_035 Tanpa disangka-sangka dan dengan khabar yang cukup minimum, HLYM kini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Yamaha MT-09 Tracer. Model ini dikuasakan dengan enjin 4-lejang 847cc 3-silinder dengan penyejukan cecair dan suntikan bahanapi.  yamaha_2015_mt09_tracer_041 Kuasa maksimum dari enjin CP3 ini adalah 84.6kW (115PS) @ 10,000RPM disertakan dengan daya kilas yang mantap pada 87.5Nm @ 8,500RPM. Hadirnya Yamaha MT-09 Tracer ini melengkapkan barisan Yamaha yang telah sedia ada dengan XJ6, MT-07, MT-09 dan XV950R (Bolt). 2016-Yamaha-MT09-Tracer-Malaysia-001 Gaya MT-09 Tracer ditingkat dengan penggunaan lampu berkembar dan disertakan dengan penghadang angin yang tinggi. Ini memastikan tiupan angin tidak menolak badan anda pada perjalanan jauh. yamaha_2015_mt09_tracer_040 Memandangkan model ini adalah CBU, maka sistem ABS dikekalkan dan ini sangat bagus untuk pengendalian motosikal yang lebih baik dalam keadaan yang sukar. TCS (Sistem Kawalan Traksi) juga ada pada MT-09 Tracer ini. 2016-Yamaha-MT09-Tracer-Malaysia-003 Berat keseluruhan model ini adalah 190kg dan dengan enjin 847cc, pengendaliannya tidaklah begitu sukar. yamaha_2015_mt09_tracer_047 Menarik juga rekaan grafik serat karbon pada sesetengah bahagian pada motosikal ini. Lihat saja pada bahagian tepi lampu ini, nampak kemas dan ganas. yamaha_2015_mt09_tracer_042 CP3 - CrossPlane 3-cylinder 2016 Yamaha MT-09 Tracer berharga RM59,900(asas tidak termasuk pendaftaran, nombor plet dan cukai jalan). Hanya warna Race-Blu sahaja yang ditawarkan.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/