Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, July 1, 2016

2016 Kawasaki W800 Final Edition - grafik lebih retro untuk lebih nostalgia

Kawasaki-W800-final-edition2 Memandangkan Kawasaki W800 akan dihentikan pengeluarannya pada satu masa nanti dalam 2016, Kawasaki membawakan satu grafik baru kepada W800 ini yang lebih retro dengan tona warna yang sesuai dengan era 60-70an. Sekali pandang, W800 kelihatan seperti motosikal lama tetapi sebenarnya dilengkapi dengan teknologi terkini yang memberikan lebih ketahanan dan kurang penyelengaraan.  W800-final Enjin W800 berkuasa 773cc dengan konfigurasi 1 silinder dengan SOHC, namun begitu W800 dilengkapi dengan sistem suntikan bahanapi yang lebih moden. Kuasa maksimum untuk motosikal santai ini adalah 48PS @ 6,500RPM yang mana lebih daripada cukup untuk membawanya bersiar-siar ke pantai atau ke Speedmart. Daya kilas pula pada 60Nm @ 2,500RPM memastikan cukup tujahan untuk anda membawanya tanpa perlu memulas trotel dengan banyak. Maksudnya, W800 ini cukup pikap! Kawasaki-W800-final-edition Saya pernah terlihat model W800 ini satu masa dulu di kedai motor di Malaysia yang mana mungkin model impot. Jika dilihat depan-depan, rekaannya sangat klasik dan malar hijau. Rekaan begini tidak akan ditelan zaman kerana bentuknya yang mudah dan cukup berfungsi (functional). Sumber: IWB

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/