Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, July 30, 2016

2016 KTM 1290 Super Duke R GT - RM125,080.00 (asas termasuk GST)

127780_KTM 1290 super duke gt MY 2016 Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd kini membawakan jentera kembara KTM 1290 Super Duke R GT yang berkuasa tinggi dengan enjin 1,301cc 2-silinder 4-lejang dengan konfigurasi V pada 75-darjah. Kuasa maksimum yang mampu dilepaskan oleh enjin ini adalah 173hp (127kW) @ 9,500RPM beserta dengan daya kilas 144Nm @ 6,750RPM. 

Saturday, July 23, 2016

Sambutan kepulangan Khairul Idham Pawi di KLIA

Trophy Presentation 2 Boon Siew Honda, peminat dan orang kampung serta orang ramai hadir ke KLIA semalam untuk menyambut kepulangan Juara Moto3 di Sachsenring, Germany. Khairul Idham Pawi nampak gembira dengan sambutan ini dan kepulangan trofi juara Moto3 itu cukup membanggakan. Tahniah SUPERKIP! 

Friday, July 22, 2016

2016 Yamaha Ego Avantiz dilancarkan di Malaysia - 125cc FI RM5,700 (asas termasuk GST)

2016-Yamaha-Ego-Avantiz-002 Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) kini dengan rasminya melancarkan model automatik terbaru mereka iaitu Yamaha Ego Avantiz. Rekaan Yamaha Ego Avantiz ini adalah menarik dan  sesuai dengan kata tag "Lagak Ekstrem". Kuasa Yamaha Ego Avantiz ini dijana oleh enjin berpenyejukan udara 125cc SOHC 4-lejang dan mampu menjana 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM. Daya kilas pula pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Memandangkan ini adalah model automatik, maka daya tersebut dihantar ke tayar menerusi sistem automatik talisawat V. 2016-Yamaha-Ego-Avantiz-003 Sistem suntikan bahanapi dengan teknologi Blue Core juga ada pada model ini dan membolehkan Yamaha Ego Avantiz lebih jimat bahanapi berbanding enjin 125cc menggunakan karburator. Sistem Blue Core memfokuskan kepada kecekapan pembakaran, pengurangan tenaga yang hilang dan penghantaran bahanapi yang tepat dengan pemasaan suntikan¹. 2016-Yamaha-Ego-Avantiz-004 Ciri-ciri yang ada pada Yamaha Ego Avantiz ini sangat menarik dengan tayar belakang yang lebar daripada biasa (100/70 – 14). Lampu depan LED dan ruang isian yang luas dibawah tempat duduk yang boleh memuatkan 14L atau sebiji helmet. 2016-Yamaha-Ego-Avantiz-005 Lampu isyarat belakang seperti yang dijangkakan sememangnya hadir dengan terpisah (capang) untuk menepati peraturan UNECE. [gallery ids="22496,22497,22498,22499,22500,22501,22502,22503,22504"] SPESIFIKASI YAMAHA EGO AVANTIZ 125cc SPECS ENJIN
Kapasiti : 125cc
Jenis : Air cooled 4-stroke, SOHC
Silinder : 1 cylinder
Diameter x Langkah : 52.4 mm x 57.9 mm
Nisbah Mampatan : 9.5 : 1
Kuasa Kuda Maksimum : 7.0 kW / 8000rpm
Daya Kilas Maksimum : 9.6 Nm / 5500rpm
Sistem penghidup : Electric & Kick starter
Sistem Pelinciran : Basah
Kapasiti Minyak : Total = 0.84 L ; Berkala = 0.80 L Ganti Filter = 0.80 L
Sistem Bahanapi : Fuel Injection
Klac : Kering, Centrifugal automatic
Transmisi : V-belt automatic
DIMENSI
P X L X T : 1870mm X 685mm X 1070mm
Jarak Roda : 1260mm
Jarak Terendah Ke Tanah : 135mm
Tinggi Tempat Duduk : 760mm
Berat : 96kg
Kapasiti Tangki Minyak : 4.2L
ELEKTRIK
Sistem Pengapian : TCI
Battery : YTZ4V / GTZ4V
Tipe Busi : NGK/CR6HSA
RANGKA
Jenis Rangka : Underbone
Suspensi Depan : Teleskopik
Suspensi Belakang : Unit Swing
Tayar Depan : 80/80-14M/C 43P
Tayar Belakang : 100/70- 14M/C 51P
Brek Depan : Single disc brake
Brek Belakang : Drum brake


Read the original post at http://motomalaya.net

Wednesday, July 20, 2016

Ura-ura: Yamaha Mio Soul GT akan hadir 22 Julai ini di Malaysia - Ego Avantis?

yamaha-mio-soul-gt Sekilas pandang teaser yang dimuatkan oleh Yamaha Events Malaysia sudah cukup untuk mengesahkan bahawa model skuter Yamaha yang akan diperkenalkan pada 22 Julai ini adalah berasaskan model Yamaha Mio Soul GT yang telah diperkenalkan di Indonesia sebelum ini. Yamaha-Avantis-challenger-gunmetal Rekaan Mio Soul GT ini adalah sangat menarik dan sangat sesuai dengan kata tag "Lagak Ekstrem". Kuasa Mio Soul GT ini dijana oleh enjin berpenyejukan udara 125cc SOHC 4-lejang dan mampu menjana 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM. Daya kilas pula pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Sistem suntikan bahanapi juga ada pada model ini dan Yamaha Indonesia memaklumkan bahawa sistem ini adalah 50% lebih jumat bahanapi berbanding enjin 125cc menggunakan karburator.

Monday, July 18, 2016

2016 Benelli TNT 25 warna hitam di Malaysia – RM12,990 (harga asas tidak termasuk GST)

Benelli-TnT25_BLACK-Hitam-001 Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) kini memperkenalkan warna baharu untuk model TnT25 iaitu warna Hitam. Sebelum ini, Benelli TnT 25 dua warna ditawarkan iaitu Merah dan Hijau. Pengenalan warna hitam ini menjadikan dua warna pilihan untuk barisan TnT25 dengan warna hijau telah digugurkan. Benelli TnT25 menggunakan enjin silinder tunggal selain beberapa perubahan kecil dilakukan terhadap model baru ini seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, sistem gantungan teleskopik terbalik 41mm dan sistem pembrekan dengan cakera tunggal 280 mm. 

GoPro Mottorad GrandPrix Deutschland Moto3: Khairul Idham Pawi - Raja Litar Basah

khairul-idham-pawi-german-696x464 Raja Litar Basah - ini adalah satu gelaran yang patut diberikan kepada Khairul Idham Pawi (KIP). Semasa menyaksikan perlumbaan ini di kaca TV, saya banyak kali mendengar pengulas berkata mengenai KIP yang sangat mahir dalam litar basah. Mereka berkata "apabila hari hujan dan perlumbaan dalam keadaan basah, kita akan terfikirkan KIP". Ini menunjukkan ramai telah bersetuju dengan kemahiran pengendalian motosikal dalam keadaan basah oleh KIP. KIP bermula pada kedudukan 20 pada permulaan perlumbaan dan meneruskan kemaraannya kedudukan pertama dengan hanya 4 pusingan sahaja. Keberanian dan kemahirannya mengendalikan motosikal dalam keadaan hujan yang masih turun sememangnya tidak dapat ditandingi oleh pelumba lain. Pada pusingan ke 14, KIP sedikit tersasar ke luar litar pada selekoh pertama, dan nampaknya beliau perlu untuk memperlahankan sedikit mesinnya. 

Friday, July 15, 2016

Johann Zarco akan menyertai pasukan Monster Yamaha Tech3 MotoGP untuk musim 2017

unnamed(1) Monster Yamaha Tech3 mengesahkan bahawa pelumba Perancis, Johann Zarco akan menyertai mereka untuk musim 2017 dalam siri MotoGP. Johann Zarco telah bermula pada 2009 sebagai pelumba dalam kategori 125cc. Beliau mendapat kedudukan terbaik di tempat kedua pada 2011. Kini, beliau adalah pelumba dalam kategori Moto2 dan pada 2015 beliau merupakan juara dunia Moto2. Setakat ini, 11 kemenangan telah dicapai dengan 9 kedudukan permulaan pertama (pole) dan 14 kemenangan diatas podium. Semoga terus maju Zarco! Sumber: http://www.yamaha-racing.com/motogp/articles/news/2016/662070/zarco-to-join-motogp-with-tech33

Read the original post at http://motomalaya.net

Monday, July 11, 2016

Teaser 2017 Honda CBR250RR kini hadir - dijangka akan dilancarkan Ogos

teaser-Honda-CBR250RR-002 PT Astra Honda, Indonesia kini mempersembahkan iklan pendek model 250cc iaitu Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan hadir dengan enjin 250cc 2-silinder yang fokus kepada prestasi. Menurut jangkaan kami berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan kami di blog-blog di seberang, Honda CBR250RR dijangkakan akan dilancarkan pada Ogos ini, kurang sebulan dari sekarang. Iklan pendek ini seperti mengesahkan perkhabaran tersebut. 

Wednesday, July 6, 2016

Intip: 2016 Benelli 135 di lebuhraya PLUS

Sekilas pandang terlihat kelibat Benelli 135 yang dikhabarkan akan diperkenalkan di Malaysia dalam suatu masa nanti. Seperti yang kita ketahui (atau tidak), Benelli 135 bersaiz genit yang sama dalam kategori Kawasaki Z125 Pro,  KSR dan Honda Grom. Sesuatu yang menarik mengenai Benelli 135 ini adalah rekaannya yang menarik disertakan dengan ekzos bergaya seperti MV Agusta F3. Harga Benelli 135 ini juga boleh dijangkakan untuk menjadi kompetitif untuk mengatasi saingannya seperti mana pernah dilakukan pada model Benelli TnT 600 dan TnT 25. Namun begitu, diharapkan agar ketahanannya Benelli 135 cukup baik dengan kesediaan alat ganti setiap masa agar dapat memenangi hati pemiliknya, jika model ini diperkenalkan dengan rasmi nanti.  Sumber: Tengku Suhighme. Thanks bro! 

Read the original post at http://motomalaya.net

Tuesday, July 5, 2016

2017 Yamaha SCR950 Sport Heritage - Scrambler Vintaj Moden

SCR950-2 Yamaha memperkenalkan satu model ikonik mereka dalam barisan 'Sport Heritage' iaitu Yamaha SCR950 untuk 2017. Kali pertama melihat model ini, ada terlihat sedikit aura motosikal pada tahun 60-70s dan sedikit cafe racer, tetapi Yamaha mengatakan bahawa model ini adalah dalam kategori Scrambler. Ini adalah bertepatan dengan singkatan SCR yang digunakan dalam namanya. Enjin SCR950 berkapasiti 942cc dengan konfigurasi V-berkembar 4-lejang SOHC berpenyejukan udara

Friday, July 1, 2016

2016 Yamaha MT-09 Tracer kini hadir ke Malaysia - RM 59,900 (asas)

yamaha_2015_mt09_tracer_035 Tanpa disangka-sangka dan dengan khabar yang cukup minimum, HLYM kini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Yamaha MT-09 Tracer. Model ini dikuasakan dengan enjin 4-lejang 847cc 3-silinder dengan penyejukan cecair dan suntikan bahanapi. 

1981 Honda CB900F oleh Chappell - pelumba kafe yang segar

chappell-Honda-CB900 Modifikasi khas daripada adik-beradik Chappell memberikan hasil yang sangat mengagumkan terhadap Honda CB900F ini. Tahun pengeluaran CB900F ini adalah 1981 yang merupakan salah satu motosikal dengan siri CB yang popular pada zamannya. Sentuhan Chappell dapat dilihat pada keseluruhan rekaannya yang nampak mentah dengan menunjukkan kebanyakan isi dalamannya iaitu enjin 985cc yang telah dinaiktaraf. Perincian yang diberikan kepada motosikal ini sangat kemas dan menyerlahkan kecantikan CB900F sebagai satu mesin yang masih relevan untuk era 2000an. 

2016 Kawasaki W800 Final Edition - grafik lebih retro untuk lebih nostalgia

Kawasaki-W800-final-edition2 Memandangkan Kawasaki W800 akan dihentikan pengeluarannya pada satu masa nanti dalam 2016, Kawasaki membawakan satu grafik baru kepada W800 ini yang lebih retro dengan tona warna yang sesuai dengan era 60-70an. Sekali pandang, W800 kelihatan seperti motosikal lama tetapi sebenarnya dilengkapi dengan teknologi terkini yang memberikan lebih ketahanan dan kurang penyelengaraan. 

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/