Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, June 5, 2016

Ulasan: Yamaha Y15ZR dengan Shell Advance Ultra 10W-40 review

  20160529-Y15ZR-Shell-Advance-Ultra-004 Shell telah menjemput MotoMalaya.net untuk menguji varian terbaru minyak enjin motosikal iaitu Shell Advance Ultra dengan teknologi PurePlus. Sebelum ini, saya telah menulis mengenai teknologi PurePlus sebagai maklumat tambahan. Saya memilih minyak enjin Advance Ultra dengan gred 10W-40 untuk dimuatkan ke ruang enjin motor saya iaitu Yamaha Y15ZR. Sebagai panduan, Yamaha menyarankan penggunaan minyak dengan gred 20W-40 atau 20W-50. W merujuk kepada 'Winter', memandangkan Malaysia tidak ada musim sejuk atau keadaan dimana suhu boleh mencapai 0 darjah celcius, saya hanya melihat pada nombor yang kedua iaitu 40.  20160529-Y15ZR-Shell-Advance-Ultra-007 Saya telah menggunakan Shell Advance Ultra ini selama sebulan lepas tetapi mengambil peluang untuk betul-betul mengujinya dengan perjalanan ke Genting Highlands. Perjalanan ini dipilih kerana keadaan jalan yang mempunyai pendakian yang agak tinggi untuk dihadapi oleh sebuah moped 150cc ini. Pendakian seperti ini akan memberikan tekanan kepada klac dan juga kepada sistem pelinciran secara keseluruhannya kerana enjin akan berfungsi pada RPM yang tinggi tetapi pada kelajuan yang agak rendah. 20160529-Y15ZR-Shell-Advance-Ultra-006 Perjalanan kami (saya membawa bersama seorang rakan yang menaiki FZ150i) bermula dari Banting dan terus melalui jalanraya yang rata dan luas namun cuaca pada hari tersebut sangat berangin dan menyebabkan kami perlu lebih berhati-hati dalam tunggangan kami. Keadaan berangin ini menyebabkan Y15ZR ini mencatat cuma 123km/h pada kelajuan tertingginya dengan spesifikasi standard spoket depan dan belakang. Kelajuan purata perjalanan kami adalah dalam 90-110km/h melalui SKVE hingga ke Genting. Shell Advance Ultra bertindak cemerlang bermula 3,000RPM ke atas dimana pada masa ini, penukaran gear adalah sangat tepat dan tiada sedikit pun berlaku kegelinciran klac. Seperti yang kita ketahui, klac adalah satu sistem yang sensitif terhadap minyak enjin yang digunakan. Saya juga mendapati suhu enjin juga tidak berapa tinggi berbanding sebelum ini, biasanya, jika berhenti di lampu isyarat, saya akan cepat merasa panas pada bahagian kaki yang berdekatan dengan enjin. Panas tu panas juga cuma tidak berapa panas seperti sebelum ini. Secara teorinya, pelinciran yang baik akan mengurangkan geseran di antara permukaan logam di dalam enjin, jadi semakin kurang geseran, semakin kurang haba yang terhasil. Seterusnya, kami mula mendaki bukit untuk ke puncak Genting Highlands. Kedua-dua motor iaitu FZ150i dan Y15ZR yang mempunyai spesifikasi yang hampir sama, perlu menggunakan gear 3 dan gear 4 untuk meneruskan perjalanan ke puncak. Kadang-kala gear 2 pun digunakan juga. Pada masa ini, kami hanya mampu melihat motosikal berkuasa tinggi seperti MT-09, R1, ZX-10R, CBR1000 memotong kami tanpa ragu-ragu. Walaupun begitu, kami tidak risau kerana enjin bertindak cemerlang dan mampu menahan RPM yang tinggi pada masa yang lama. Sedikitpun kegelinciran klac tidak berlaku. 20160529-Y15ZR-Shell-Advance-Ultra-005 Semasa menuruni Genting ini, kami singgah ke Mini Cameron Highland. Kat sini boleh anda petik strawberi tanpa perlu pergi jauh sangat ke Pahang. Ujian kami diteruskan dengan melihat kepada aspek pembrekan enjin dan sekali lagi hasilnya cukup baik kerana enjin mampu memperlahankan motor bila diperlukan. Ini memberikan gambaran bahawa klac bertindak dengan baik. Pada pendapat saya, minyak enjin Shell Advance Ultra adalah sangat baik dan motor Y15ZR ini bukanlah satu motor yang mampu memberikan tekanan kepada minyak Shell Advance Ultra. Maksud saya, jika minyak Shell Advance Ultra ini diuji pada keadaan ekstrem seperti dimuatkan dalam enjin perlumbaan, barulah kena dengan prestasinya yang tinggi. Pasukan Ducati MotoGP merupakan rakan teknikal kepada Shell dan ini menjadikan Shell boleh menguji minyak enjinnya pada keadaan yang betul-betul ekstrem. ducati-riders-with-bike Nota tambahan: Shell Malaysia menyediakan seorang wakil teknikal, En Mohd Dzulnaim Bin Ibrahim, agar pihak media boleh bertanya apa saja mengenai persoalan mengenai minyak enjin. Mesti anda teringin nak tanya mengenai HDEO kan? Hehe. Saya dah tanya. Shell ada mengeluarkan varian Rimula untuk enjin diesel dan saya ada bertanya kepada En Dzulnaim samada bolehkah HDEO ini digunakan pada enjin motosikal. Beliau agak terkejut dengan pertanyaan saya kerana minyak enjin Rimula adalah khas kepada enjin diesel, namun beliau menjawab juga soalan saya dengan mengatakan bahawa minyak enjin diesel seperti Rimula mempunyai formulasi yang berbeza dengan minyak enjin petrol (Shell Helix). Minyak enjin diesel ditambah dengan lebih bahan pembersih kerana diesel mempunyai kandungan sulfur yang lebih tinggi berbanding dengan petrol. Maka, minyak Rimula perlu mampu membersih lebihan sulfur tersebut. Ini adalah logik kerana saya biasa melihat enjin petrol samada kereta atau motosikal yang menggunakan HDEO akan menunjukkan bahagian dalaman enjin yang sangat bersih. Jika anda menggunakan HDEO pada enjin motosikal anda, ia terpulang pada anda. Sekiranya adalah ujian khas yang boleh dijalankan oleh pihak pengeluar HDEO pada enjin petrol motosikal, dapatlah kita melihat secara jelas dari segi data samada baik atau tidak. Berbanding dengan Shell Advance Ultra ini, ujian telah dijalankan di Thailand menggunakan motosikal Honda Wave 125 dan berikut adalah hasilnya:
  1. Shell Advance Ultra tidak mengalami penurunan kualiti pada setiap tukaran minyak enjin. Ujian ini dijalankan dengan minyak enjin dilanjutkan penggunaannya kepada 6,000km. Data diambil pada 1,000km  dan 13,000km.ScreenShotSSD045
  2. Penjimatan minyak sehingga 5km untuk setiap liter petrol digunakan. Ujian ini dijalankan sama dengan jarak minyak enjin yang dilanjutkan sehingga 6,000km.ScreenShotSSD046
  3. Sela masa penukaran minyak enjin. Shell Advance Ultra boleh bertahan sehingga 2 kali ganda berbanding penukaran minyak enjin biasa pada 3,000km kerana tidak mengalami degradasi akibat daripada pengoksidaan dan ciri-cirinya yang mempunyai pemeruapan yang rendah.ScreenShotSSD047
Ujian sebenar pada moped, pada pendapat saya, adalah dengan menggunakan 'blind test', dimana ada dua motosikal yang sama. Satu diisi dengan Shell Advance Ultra dan satu lagi dengan minyak mineral biasa. Ujian ini dijalankan tanpa pengguna mengetahui minyak enjin mana yang diisi dalam motosikal tersebut dan mereka memilih yang mana lebih bagus. Mungkin boleh?

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/