Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, June 2, 2016

Tiada Kad Pendaftaran Kenderaan bermula 1 Jun 2016 - kini Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

image Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) bermula 1 Jun. Sekiranya anda mendaftar kenderaan baru bermula tarikh ini maka anda akan mendapat VOC ini. Penggunaan VOC ini adalah untuk memudahkan urusan dengan pihak JPJ dimana maklumat urusniaga tidak lagi dicetak, tetapi disimpan dalam pengkalan data JPJ.  image Pemilik RC juga akan menerima VOC apabila mereka memperbaharui cukai jalan mereka bermula 1 September 2016 nanti. image Manakala pada 1 Januari 2017, JPJ menawarkan VOC kepada pemilik RC yang ingin menukarkannya secara sukarela. Harapan kami kepada JPJ dengan pengenalan VOC ini adalah agar urusan JPJ lebih mudah dan cepat. Begitu juga dari aspek keselamatan dokumen pendaftaran ini boleh mencegah kenderaan klon dan juga geran yang tidak sah. Sumber: FB JPJ

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/