Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, June 8, 2016

Adakah ini CBR250RR yang akan hadir Ogos ini di Indonesia?

CBR250RR-2016-large Sekeping gambar yang dikatakan mungkin model terbaru Honda iaitu CBR250RR tertiris ke media-media sosial. Honda CBR250RR ini dikhabarkan akan menemui pengguna di Indonesia pada Ogos 2016 ini mengikut beberapa blog dari seberang. Honda CBR250RR adalah model yang dibuat untuk menjadi pesaing kepada Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha YZF-R25 yang mana prestasi menjadi taruhan kali ini. Ketiga-tiga model ini berada dalam kategori sports 250cc dengan enjin 2-silinder. Honda sebelum ini telah memperkenalkan model CBR250R dengan 1-silinder. Terdapat 4 ciri-ciri utama yang memberikan kelebihan kepada Honda CBR250RR 2016 ini: 1. Throttle-by-Wire Sistem ini tidak lagi menggunakan kabel untuk membuka dan menutup injap pada badan trotel (throttle body) tapi menggunakan sistem elektronik yang dikawal oleh ECU.  2. Ekzos dengan susunan 2-1-2 Susunan bermula dengan 2 lubang ekzos dan bersatu di bahagian pemangkin (catalyzer) dan keluar kembali dengan 2 lubang. 3. Suspensi hadapan konfigurasi terbalik Suspensi terbalik (upside down fork) diteruskan untuk model produksi dan bukan hanya untuk model konsep. 4. Luas x lejang = 62mm x 41.36mm Konfigurasi luas x lejang pada saiz sebegini akan memberikan karakter enjin yang lebih menginginkan RPM yang tinggi. CBR-250RR-youngmachine2 Young Machine juga telah mengeluarkan satu grafik yang mungkin versi produksi CBR250RR. Nota: Tidak dapat dipastikan samada model ini akan hadir ke Malaysia atau tidak. Walaubagaimanapun, moped Honda 150cc pasti akan masuk Malaysia dalam bulan ini (Jun) juga. Sumber: TMCBlog dan IWB

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/