Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, May 15, 2016

Shell Advance Asia Talent Cup Race 2: Chantra mengungguli perlumbaan kedua

chnatra Somkiat Chantra dari Thailand mengungguli perlumbaan kedua dalam siri Shell Advance Asia Talent Cup. Chantra mendapat 106 mata setelah kemenangan ini dan menjarakkan dirinya dari Ryusei Yamanaka dari Jepun dengan 100 mata.   18fight-satc Pada 7 pusingan terawal, Ogura, Yamanaka dan Kunii semua dari Jepun memimpin perlumbaan tetapi dalam pusingan tersebut, Ogura dan Masaki mengalami kemalangan dan kedua-dua mereka tertinggal. Ogura cuba untuk menyambung perlumbaan tetapi motosikalnya mengalami kerosakan. Masaki meneruskan perlumbaan dan tamat pada kedudukan ke-12. 13idham Dua pelumba dari Malaysia, Ahmad Idham Khairuddin (#13) dan Izam Ikmal (#11) mendapat kedudukan yang baik dalam 10 tempat teratas. Ahmad Idham Khairuddin menunjukkan prestasi yang baik dan mendapat tempat ke-6. 10 mata yang dapat dikumpul oleh Ahmad Idham dalam perlumbaan ini. 11izam Izam Ikmal juga mendapat mata 6 mata yang berharga sebagai 'rookie' yang berlumba dalam musim penuh pada tahun ini. Tahniah dan teruskan usaha!  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/