Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, April 11, 2016

Tayar Lumba Dunlop KR410 akan hadir hujung April 2016 ini oleh Sinar Puncak Sdn Bhd - RM7xx sepasang

Dunlop-KR410 Dunlop KR410 adalah tayar pilihan digunakan dalam perlumbaan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Dunlop KR410 bukanlah satu tayar yang anda boleh beli di kedai-kedai biasa. Pasukan Cub Prix sendiri menerima tayar ini khas dari Dunlop (itupun kena bayar). Apa yang istimewa mengenai Dunlop KR410 ini?   1. Cengkaman yang sangat tinggi 2. Tayar belakang adalah jenis 'Radial' berbanding jenis 'Bias' pada tayar biasa 3. Terbukti dalam perlumbaan Asia Road Racing dan semestinya di PETRONAS Malaysian Cub Prix 4. Kestabilan semasa mengambil selekoh pada kelajuan tinggi (90.1km/h) 5. Kualiti tinggi buatan dari Jepun Tayar ini datang dengan hanya satu pilihan saiz untuk depan dan belakang iaitu 90/80-17 depan, 100/70R-17 belakang. Sinar Puncak Sdn Bhd akan membawakan Dunlop KR410 untuk anda semua bermula hujung April ini. Barang yang baik datang dengan harga yang agak mahal juga. Dunlop KR410 ini dijual secara sepasang (depan/belakang) dengan harga RM7xx. Sesuai untuk anda yang pentingkan prestasi maksimum untuk moped anda. Lebih lanjut disini: https://www.facebook.com/Sinar-Puncak-Sdn-Bhd-133520616746982/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/