Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, April 12, 2016

Round 1: King of 2T - Litar Lumba Kuala Selangor

KO2TKehangatan suhu di litar Kuala Selangor menjadi pemangkin kepada kehangatan pertempuran akhir dalam siri King of 2T 2016 dalam kategori King of King. Perlumbaan yang dipamerkan dalam kelas premier bagi siri kejohanan ini semestinya memberikan satu persembahan yang mengujakan kepada semua penonton yang hadir di litar Kuala Selangor. Perlumbaan akhir dalam siri King of 2T 2016 yang pada awalnya menyenaraikan 16 pelumba terbaik dari siri King of 2T ini menyaksikan 13 pelumba yang memulakan perlumbaan mereka apabila sejumlah 3 pelumba tidak dapat menyertai perlumbaan apabila masalah teknikal berlaku kepada mereka. Dengan keupayaan persaingan yang tinggi dari para pelumba; ia semestinya memberikan sebuah persembahan yang terbaik dan menghiburkan kepada lebih 1500 orang penonton yang hadir disekeliling litar.  Kesemua penonton yang hadir disajikan dengan perlumbaan yang menarik dan berkualiti tinggi seperti mana yang diharapkan dari aksi perlumbaan akhir kategori King of King. Aksi dimulakan dengan Faiz Azmi mendahului saingan dengan selesa sepanjang awal perlumbaan. Beliau berjaya mendahului perlumbaan dengan jarak yang selesa dihadapan Anwar Abas yang tampak kurang menyengat pada peringkat awal tunggangannya. Namun begitu, keadaan berubah sebaik perlumbaan memasuki peringkat penghabisan apabila Anwar Abas merapatkan jurang beliau bersama Faiz dan memulakan langkah bagi mencabar posisi pertama dalam kategori King of King. Posisi pendahulu akhirnya bertukar tangan apabila Anwar berjaya merampas kedudukan dan Faiz gagal untuk kembali mencabar dengan segera dimana akhirnya; dia terpaksa menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 dengan Anwar Abas merangkul kedudukan sebagai pemenang. Kehangatan perlumbaan akhir King of King yang disajikan kepada penonton-penonton yang hadir telah disemarakkan sebelumnya dari aksi perlumbaan akhir dalam kategori Uma Racing Cup. Kategori yang dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun ini memperlihatkan barisan pelumba dan pasukan berkualiti yang belum pernah dilihat beraksi dalam siri King of 2T. Ini merupakan usaha dari jenama Uma Racing yang ingin menjalankan pembanggunan teknologi perlumbaannya dan juga sebagai usaha bagi memupuk budaya sukan permotoran yang terbaik di Malaysia. Akid Aziz berjaya muncul sebagai pemenang kelas yang baru diperkenalkan dengan mendahului pencabar terdekat lebih 3 saat dihadapan. Aqid Jumali dan Hanif Saparudin pula berjaya menamatkan perlumbaan ditempat ke-2 dan ke-3; secara keseluruhan menjadi permulaan yang positif kepada mereka. Pusingan pertama siri King of 2T diakhiri dengan acara penyampaian piala yang disaksikan oleh peminat tegar sukan permotoran dari sekitar kawasan Kuala Selangor. Pusingan kedua siri King of 2T bakal berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2016 di litar keramat Kuala Selangor. Acara ini dijangkakan bakal berkembang dengan lebih baik berikutan permulaan positif dan dramatik dari pusigan pertama yang berjaya ditamatkan tempoh hari.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/