Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, April 1, 2016

Peraduan Shell Advance tawar hadiah lawatan ke Jepun, barangan Givi sebagai ganjaran (1 April - 30 Jun, 2016)

[caption id="attachment_21856" align="aligncenter" width="640"]Shell Advan (L-R) Shell Lubricants Mktg Mgr Alex Lim, GM Leslie Ng and GIVI Asia MD On Hai Swee with a decaled Ducati Multistrada 1200S.jpg[/caption]

Peluang untuk saksikan penunggang SAATC Malaysia beraksi di litar lumba Twin Ring Motegi, Jepun

Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal yang terkenal di Malaysia, menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah menarik dalam edisi terbaru peraduan tahunan untuk pengguna yang sentiasa mendapat sambutan memberangsangkan. Peraduan Shell Advance Power On 2016 menawarkan lawatan ke Jepun dengan semua perbelanjaan ditanggung pada bulan Oktober kepada dua pemenang Hadiah Utama. Lebih menarik lagi, pemenang berpeluang untuk menyaksikan barisan penunggang Malaysia beraksi dalam pusingan kelima kejohanan perlumbaan motosikal Piala Bakat Asia Shell Advance musim ini di litar lumba Twin Ring Motegi yang termasyhur. Shell Advance juga bekerjasama dengan jenama aksesori motosikal terkenal, GIVI, untuk menawarkan pilihan barangan edisi terhad yang menarik sebagai Hadiah Sagu Hati. Hadiah-hadiah ini adalah 10 kotak Monolock, 20 unit topi keledar dengan muka bertutup penuh, 30 unit baju hujan dan 50 unit beg sandang belakang. Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membeli satu pek 1 liter mana-mana minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Ultra, iaitu Shell Advance VSX, AX5, AX5 Scooter atau AX7 dari kedai yang turut serta dari 1 April hingga 30 Jun, 2016.    Pasang pelekat yang diberikan percuma dengan pembelian minyak enjin motosikal secara paling kreatif pada motosikal anda. Tangkap gambar hasil sentuhan kreatif anda, tulis keterangan dan muat naik ke Facebook, Twitter atau Instagram dengan hashtag #PowerOnShellAdvance. Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants Leslie Ng, hadiah menarik yang ditawarkan dalam peraduan Shell Advance Power On 2016 bertujuan untuk memberi ganjaran kepada penunggang setia dan tegar, yang bergantung kepada Shell Advance untuk mendapatkan kepuasan daripada setiap tunggangan. "Kami jangka peraduan tahun ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana tiada jenama lain yang menawarkan ganjaran sehebat kami di Shell. Kami berharap untuk melihat penyertaan yang benar-benar kreatif  dan dapat membawa pemenang ke Jepun.  Atas kerjasama GIVI Asia, 110 pemenang lain akan juga dapat membawa pulang aksesori edisi terhad yang akan menjadikan tunggangan mereka lebih menyeronokkan," katanya. Pengarah Urusan Givi Asia Sdn Bhd On Hai Swee berkata syarikatnya teruja kerana dapat bekerjasama dengan satu lagi pemimpin pasaran seperti Shell Advance untuk mendekati pemilik motosikal di Malaysia. "GIVI dan Shell Advance merupakan jenama terkenal yang mempunyai satu persamaan. Kami menawarkan produk berkualiti yang dicipta untuk menjadikan setiap tunggangan begitu menyeronokkan dan menjadi kenangan bagi penunggang motosikal yang pemilih," katanya. Rangkaian minyak enjin motosikal Shell Advance, terutamanya Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus, satu-satunya minyak enjin motosikal yang diperbuat daripada gas asli, menjanjikan permulaan yang bersih setiap kali dan memberikan lebih kuasa tanpa sedikit pun kekurangan sepanjang perjalanan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terbaru Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/advance

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/