Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, April 30, 2016

Honda MSX 125 (2017) untuk Eropah dan Australia - 'streetfighter' mini

2017-Honda-MSX-125 Honda sedang menyiapkan motosikal 'streetfighter' mini; MSX 125, berkapasiti 125cc untuk pasaran Eropah, Australia dan juga US. Honda MSX 125 juga dikenali sebagai Honda Grom di beberapa negara. Kali ini, Honda MSX 125 menerima perubahan kosmetik yang agak banyak dengan rekabentuk yang lebih tipis dan warna yang lebih terang. 

Friday, April 29, 2016

1980s Yamaha SRX 250 - Tasty Sport for Urban Life

Yamaha-SRX-250-001 Sekali-sekala, mari kita lihat kembali jentera yang hebat pada satu masa lepas. Yamaha SRX 250. 198x? Yamaha SRX 250 Enjin: DOHC4 4-lejang 249cc Kuasa: 32PS @ 10,000RPM, 2.4kg-m @ 8,500RPM Tayar: 90/90-16 Depan, 100/90-18 belakang Berat: 121kg Nota: Jentera yang cukup baik pada zamannya. Kombinasi tayar yang agak jaran digunakan, 18 inci untuk belakang dan 16 inci untuk hadapan. 

Thursday, April 28, 2016

Honda Supra X150 mungkin dinamakan Supra GTR150 di Indonesia

image Mengikut satu bocoran yang dikatakan sebagai moped 150cc dari Honda, nama yang menggantikan Supra X150 adalah Supra GTR150. Moped 150cc dari Honda telah dilancarkan di Vietnam dengan nama Honda Winner 150 dan telah dilihat sedang diuji di Indonesia dan juga di Indonesia.

Tuesday, April 26, 2016

Yamaha 125ZR (2016) warna kuning - RM8,470 (anggaran)

2016-Yamaha-125ZR-Super-Sport-Kuning-001 Yamaha 125ZR untuk 2016 kini hadir dengan satu lagi pilihan warna baru iaitu kuning. Ramai mengatakan warna ini sesuai dipanggil sebagai Kuning Diraja (Royal Yellow). Kehadiran Yamaha 125ZR dengan warna kuning ini memberikan nafas baru kepada motosikal berstatus lagenda ini yang telah dikeluarkan sejak dari 1999 hingga kini. Kiranya, sudah hampir 17 tahun peminat 2-lejang di Malaysia dapat menikmati jentera yang sangat menarik ini. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, Yamaha 125ZR adalah salah satu motosikal yang menghampiri kesempurnaan; laju, praktikal dan menarik (dari segi rekaan). Selain itu, Yamaha 125ZR juga lebih murah jika dibandingkan dengan Y15ZR yang juga fokus kepada prestasi.

Sunday, April 24, 2016

Intip: Honda Winner 150cc (2016) sedang diuji di Malaysia?

Honda-Winner150 Khabar bahawa Honda akan membawakan model moped 150cc yang berasaskan Honda Winner 150 kini sedang bertiup deras di media sosial dan di blog-blog. Kali ini, terdapat satu gambar motosikal yang tidak bergrafik (stiker) pada badannya dan mempunyai rupa bentuk yang sangat mirip dengan Honda Winner 150 Vietnam.  Gambar ini sememangnya di Malaysia kerana motor dibelakang motor intipan itu bernombor plet PKH (saya kaburkan nombor penuhnya). 

Gambaran Honda CBR250RR (2016) dari Young Machine

image Majalah motosikal popular di Jepun, Young Machine, memperlihatkan gambaran jentera Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan dikuasakan oleh enjin 2-silinder. Sebelum ini, model konsep CBR250RR telah ditunjukkan di Tokyo Motor Show 2015 dan konsep tersebut sememangnya menarik minat orang ramai. Lebih menarik, model CBR250RR ini dikelaskan sebagai model lebih premium daripada CBR250R sekarang dimana CBR250RR lebih menfokuskan kepada prestasi dan tunggangan mirip perlumbaan. Rekaan CBR250RR secara keseluruhannya lebih tajam dan lampu depannya berkembar yang sepet memberikan aura 'sport' yang sebenar. Setakat ini, kami dikhabarkan Honda CBR250RR (2016) ini sedang dalam produksi untuk dilancarkan pada Ogos 2016 ini di Indonesia. Sumber: Young Machine FB

Read the original post at http://motomalaya.net

Moped Honda berkuasa 150cc akan datang ke Malaysia?

image Satu iklan dari SMC Chang Motors Sdn Bhd di Melaka menunjukkan bahawa satu motosikal berkuasa 150cc kategori moped akan hadir ke Malaysia. Model 150cc ini adalah setara dengan model 150cc dari Vietnam iaitu Honda Winner 150. Tidaklah dapat saya pastikan bahawa perkara ini benar atau tidak, namun ura-ura kehadiran Honda 150cc samada dalam bentuk moped atau 'naked' ke Malaysia memang sedang hangat diperkatakan. Sumber: mesej dari Kalaivanan Rajagopal. Tq bro!

Read the original post at http://motomalaya.net

Friday, April 22, 2016

Demak Skyline GT 250 (2016) - RM9,604 (asas)

image Demak, jenama yang kini semakin popular di Malaysia membawakan kepada anda model naik taraf Skyline 200 kepada Skyline GT250. Paling menarik perhatian saya pada motosikal ini adalah harganya yang cukup rendah untuk kategori motosikal berkapasiti 250cc. Walaupun Demak bukan jenama yang besar, Demak sangat cepat bertindak terhadap kehendak pasaran. Kadang-kala ada rekaan Demak yang sangat menyerupai rekaan motosikal jenama lain, namun harganya yang cukup mesra pengguna menyebabkan ada yang jatuh hati dengannya. 

Thursday, April 21, 2016

Yamaha Tracer 700 (2016) hadir di Eropah - motosikal kembara berasaskan MT-07

2016-Yamaha-MT07TR-EU-Radical-Red-Studio-001 Yamaha Europe memperkenalkan model 2016, Yamaha Tracer 700, jentera pengembaraan yang diasaskan dari model Yamaha MT-07. Yamaha Tracer 700 menerima perubahan dari segi kosmetik yang nampak jelas pada penggunaan lampu hadapan yang berbeza dengan visor pelindung angin yang tinggi (boleh diubah ketinggian)

Wednesday, April 20, 2016

Helmet Edisi Terhad SGV Champion Gold untuk 2016 - hanya 500 unit

2016-SGV-Limited-Edition-helmet-005 Siapa yang tak kenal dengan helmet jenama SGV di Malaysia ni? Harga yang murah dengan kualiti yang tinggi sememangnya menjadi pilihan penunggang motosikal disini. Kini, Solid Gold Helmets membawakan helmet edisi terhad SGV dengan warna 'Champion Gold' untuk peminatnya. 

Rd 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016: FAZLI TAWAN BATU KAWAN KALI KETIGA

CP130Ahmad Fazli Sham mencatat rekod tersendiri apabila muncul pelumba terbanyak memenangi perlumbaan kelas perdana CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS setelah meraih kemenangan ketiga di Litar Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini. Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor berusia 34 tahun itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan di litar sepanjang 1.265km itu dengan masa 16'18.041s, 2.088s dihadapan pencabar terdekat, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing)  yang menamatkan perlumbaan dengan masa 16'20.129s. Md Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) di kedudukan ketiga dengan masa 16'20.196s. 

2016 Akrapovič Evolution Line (Carbon) full system for Kawasaki ZX-10R

2016-Akrapovic-Kawasaki-ZX10R-001Akrapovič has launched its latest range of innovative exhaust systems for the 2016 Kawasaki Ninja ZX-10R with designs strongly inspired by the exhausts used by Tom Sykes and Jonathan Rea during the machine's 2015 World Superbike Championship–winning season. The Akrapovič Evolution Line (Carbon) is a full system designed to deliver an impressive increase in power across the entire rev range while also improving torque delivery and decreasing weight by over 5 kg. Constructed from a high-grade and race-proven lightweight titanium alloy and finished with a hand-crafted carbon-fibre hexagonal muffler and endcap – inspired by Jonathan Rea's 2015 WorldSBK winning machine – this system is beautifully designed to blend in seamlessly with bike's striking appearance while still making a statement that this Akrapovič system means business. With a power increase in excess of 16 HP (12.1 kW), the Evolution Line also delivers a unique deeper, sporty sound to enhance its racing heritage. With the option of a carbon-fibre muffler bracket to further complement the entire system, the Evolution Line is certainly the complete package to improve the performance and appearance of the Kawasaki Ninja ZX-10R. 

Tuesday, April 19, 2016

Jorge Lorenzo on Ducati for 2017-2018 MotoGP

image Jorge Lorenzo will ride a Ducati for new racing challenges. On Yamaha, he has won 3 MotoGP championships on 2010, 2012 and 2015. Now, who will seat to team up with VR46?

Read the original post at http://motomalaya.net

Sunday, April 17, 2016

2016 BMW C 650 Sport (RM64,900.00) dan BMW C 650 GT (RM68,900.00) kini di Malaysia

The new BMW C 650 GT and the new BMW C 650 Sport (3)BMW Group Malaysia melancarkan motosikal terbaharunya ke dalam keluarga BMW Motorrad Malaysia - BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT yang merupakan tawaran terkini dalam segmen skuter maxi keluarannya. Sempurna untuk kegunaan di bandar dan kawasan urban, motosikal baharu ini menggabungkan aspek praktikaliti dengan keseronokan dan keselesaan tunggangan dalam jarak yang jauh. Ketika memperkenalkan skuter maxi ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, "Segmen motosikal premium di Malaysia mengalami pertumbuhan memberangsangkan sejak dua tahun lalu. Pengenalan BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT baharu pasti memberikan para peminat motosikal lebih banyak pilihan untuk kegunaan harian atau pada hujung minggu." BMW C 650 Sport menyerlahkan reka bentuk yang lebih moden, dinamik dan berorientasikan kepada fungsi. Penampilan Skuter maxi baharu ini jelas selari dengan falsafah reka bentuk BMW Motorrad. BMW 650 GT yang diposisikan ke dalam sub segmen telah menerima penambahbaikan menerusi panel kemasan sisi belakang dan unit lampu belakang yang baru.  

Thursday, April 14, 2016

Brosur Yamaha 125ZR (2016) warna kuning - akan tiba nanti?

Yamaha-125ZR-Yellow-Kuning Brosur Yamaha 125ZR berwarna kuning dengan kombinasi hitam yang dikhabarkan akan hadir pada 2016 ini tertiris. Tidak dapat dipastikan samada brosur ini benar atau tidak, tetapi terdapat beberapa khabar yang mengiyakan bahawa model 125ZR kuning ini sedang dalam proses pembikinan. 

Tuesday, April 12, 2016

Round 1: King of 2T - Litar Lumba Kuala Selangor

KO2TKehangatan suhu di litar Kuala Selangor menjadi pemangkin kepada kehangatan pertempuran akhir dalam siri King of 2T 2016 dalam kategori King of King. Perlumbaan yang dipamerkan dalam kelas premier bagi siri kejohanan ini semestinya memberikan satu persembahan yang mengujakan kepada semua penonton yang hadir di litar Kuala Selangor. Perlumbaan akhir dalam siri King of 2T 2016 yang pada awalnya menyenaraikan 16 pelumba terbaik dari siri King of 2T ini menyaksikan 13 pelumba yang memulakan perlumbaan mereka apabila sejumlah 3 pelumba tidak dapat menyertai perlumbaan apabila masalah teknikal berlaku kepada mereka. Dengan keupayaan persaingan yang tinggi dari para pelumba; ia semestinya memberikan sebuah persembahan yang terbaik dan menghiburkan kepada lebih 1500 orang penonton yang hadir disekeliling litar. 

Helmet HJC dengan grafik superhero Marvel pada Mei 2016 ini - Iron Man, The Punisher dan Captain America

HJC-MarvelHJC secara rasminya telah melesenkan grafik tiga superhero dari Marvel untuk diabadikan pada helmet keluarannya. Tiga superhero yang terpilih itu adalah Iron Man, The Punisher dan Captain America. 

Monday, April 11, 2016

Tayar Lumba Dunlop KR410 akan hadir hujung April 2016 ini oleh Sinar Puncak Sdn Bhd - RM7xx sepasang

Dunlop-KR410 Dunlop KR410 adalah tayar pilihan digunakan dalam perlumbaan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Dunlop KR410 bukanlah satu tayar yang anda boleh beli di kedai-kedai biasa. Pasukan Cub Prix sendiri menerima tayar ini khas dari Dunlop (itupun kena bayar). Apa yang istimewa mengenai Dunlop KR410 ini?  

2016 Akrapovič Slip-On Line (Titanium) for Honda Africa Twin

Akrapovic-Honda-Africa-Twin2
Akrapovič has released an exhaust specially designed for the all-new Honda CRF1000L Africa Twin that will add even greater freedom and enjoyment wherever riders' adventures take them.
The Akrapovič Slip-On Line (Titanium) was created to embrace the rigours and challenges that the Africa Twin is designed to tackle. Constructed from lightweight, durable titanium alloy, the Slip-On Line exhaust is the perfect accompaniment to a machine that aims to conquer mountains, deserts, rock, sand, and everything in between – including the urban jungle. The uniquely designed double-flow muffler is a combination of a hexagonal shape and a more classic rear endcap, giving the appearance of an exhaust that means business wherever it may roam.

Sunday, April 10, 2016

Specs Comparison of Yamaha Y15ZR (2015) Malaysia vs Honda Winner 150 (2016) Vietnam

Y15ZR
Model / Comparison 2015 Yamaha Y15ZR 2016 Honda Winner 150
Bore x stroke 57.0 x 58.7 mm 57.3 x 57.8 mm
Displacement 149.8 cc 149.1 cc
Cam system SOHC 4-valve, liquid-cooled DOHC 4-valve, liquid-cooled
CDI DC-CDI with single mapping DC-CDI with single mapping
Power (kW) 11.3kW (15.4PS) (8,500rpm) 11.5 kW (15.63PS)  (9,000RPM)
 

Thursday, April 7, 2016

Honda Winner 150 (2016) dilancarkan di Vietnam - moped 150cc dari Honda

honda-winner-150-2016Honda tidak hanya melihat Yamaha dengan moped 150ccnya dan kali ini memperkenalkan Honda Winner 150 di Vietnam. Honda Winner 150 merupakan satu model moped yang berkapasiti 150cc yang telah dikhabarkan ada dalam perancangan Honda. <!--more--> honda-winner-150-20166Enjin Honda Winner ini dipacu oleh suntikan bahanapi PGM-FI, berkapasiti 150cc, DOHC, 6-kelajuan, 4-lejang, satu sillinder dan berpenyejukan cecair. Sebelum ini, tersebar luas khabar dari Indonesia mengenai Honda Supra X150, tetapi setakat ini hanya Vietnam yang menerima moped 150 dari Honda ini. Selain itu, spesifikasinya kali ini cukup mantap dengan brek cakera depan dan belakang, malah monoshock pun ada. Rekaan Honda ini tampak menarik, namun apa yang lebih penting adalah prestasi enjinnya samada mampu mengatasi Yamaha atau tidak. Begitu juga harganya. Jika kena harga dan prestasinya, pasti ramai akan beralih ke Honda Winner 150 ini.

Read the original post at http://motomalaya.net

Monday, April 4, 2016

Moto3 Argentina: Khairul Idham Pawi juara Moto3 pertama untuk Malaysia!

KHAIRUL-IDHAM-PAWI-ARGENTINA-MOTOGP.COM_-696x463KHAIRUL-IDHAM-PAWI-ARGENTINA-MOTOGP.COM_-696x463 Pusingan kedua Moto3 di Autódromo Termas de Río Hondo, Argentina menyaksikan kemenangan pertama untuk pelumba Malaysia di pentas Moto2. Keadaan litar yang sedikit basah dan sedikit kering nampaknya memberikan kelebihan kepada pelumba-pelumba dari Malaysia dengan KIP menjarakkan diri sejauh 26.170 saat dari pelumba kedua iaitu Jorge Navarro. adam Adam Norrodin sebenarnya hampir mendapat tempat kedua untuk menyaksikan 1-2 podium untuk Malaysia tetapi 'high side' pada selekoh terakhir namun beliau menolak motornya sehingga ke garisan penamat dan mendapat tempat ke-11. Tahniah untuk pelumba-pelumba dari Malaysia. Tidak lupa juga Hafizh Syahrin yang mendapat tempat ke-6 dalam Moto2. Rujukan: http://www.bikesrepublic.com/bulletin/the-malaysian-moto3-miracle

Read the original post at http://motomalaya.net

Friday, April 1, 2016

Peraduan Shell Advance tawar hadiah lawatan ke Jepun, barangan Givi sebagai ganjaran (1 April - 30 Jun, 2016)

[caption id="attachment_21856" align="aligncenter" width="640"]Shell Advan (L-R) Shell Lubricants Mktg Mgr Alex Lim, GM Leslie Ng and GIVI Asia MD On Hai Swee with a decaled Ducati Multistrada 1200S.jpg[/caption]

Peluang untuk saksikan penunggang SAATC Malaysia beraksi di litar lumba Twin Ring Motegi, Jepun

Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal yang terkenal di Malaysia, menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah menarik dalam edisi terbaru peraduan tahunan untuk pengguna yang sentiasa mendapat sambutan memberangsangkan. Peraduan Shell Advance Power On 2016 menawarkan lawatan ke Jepun dengan semua perbelanjaan ditanggung pada bulan Oktober kepada dua pemenang Hadiah Utama. Lebih menarik lagi, pemenang berpeluang untuk menyaksikan barisan penunggang Malaysia beraksi dalam pusingan kelima kejohanan perlumbaan motosikal Piala Bakat Asia Shell Advance musim ini di litar lumba Twin Ring Motegi yang termasyhur. Shell Advance juga bekerjasama dengan jenama aksesori motosikal terkenal, GIVI, untuk menawarkan pilihan barangan edisi terhad yang menarik sebagai Hadiah Sagu Hati. Hadiah-hadiah ini adalah 10 kotak Monolock, 20 unit topi keledar dengan muka bertutup penuh, 30 unit baju hujan dan 50 unit beg sandang belakang. Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membeli satu pek 1 liter mana-mana minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Ultra, iaitu Shell Advance VSX, AX5, AX5 Scooter atau AX7 dari kedai yang turut serta dari 1 April hingga 30 Jun, 2016.   

Yamaha YZF-R25 warna kelabu dan biru 2016 sedia ada dipasaran - RM19,963 (harga asas)

2016-Yamaha-YZF-R25-Malaysia-grey Warna untuk 2016 bagi motosikal 250cc yang popular iaitu Yamaha YZF-R25 kini hadir dengan warna kelabu dan biru yang telah menerima kemaskini. 

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/