Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, March 18, 2016

Sayap pada motosikal MotoGP (Winglet) - Apa Gunanya?

ducati-winglet Pada musim 2015 yang lepas, Ducati telah muncul sebagai salah satu pasukan yang mampu mencabar pasukan teratas dalam MotoGP iaitu Yamaha dan Honda. Ducati mempunyai mesin yang berkuasa, malah sangat berkuasa terutamanya pada jalan lurus. Ini menyebabkan mesin Ducati akan cenderung untuk terangkat depannya kerana kuasa yang banyak dari tayar belakang. Satu cara untuk mengatasi masalah tayar depan ini terangkat adalah dengan mengurangkan kuasa yang disalurkan kepada tayar belakang, samada dengan pengawalan dari ECU atau dari kawalan trotel dari penunggang. Keadaan ini menyebabkan kuasa sebenar motosikal itu tidak dapat digunakan sepenuhnya. Jadi, apa caranya? Jurutera aerodinamik Ducati mengambil satu langkah bijak dengan memperkenalkan satu sayap kecil pada musim 2015. Ini lebih dikenali sebagai 'winglet'. Sekarang, pada musim 2016, Ducati masih mengambil langkah tersebut untuk menggunakan winglet pada mesin mereka. Malah kali ini, saiznya lebih besar.  Yamaha-winglet Mengejutkan saya adalah pasukan dari Yamaha, Jorge Lorenzo turut menggunakan winglet ini dengan bentuk dan saiz yang berlainan. Winglet pada mesin Yamaha lebih tajam dan lebih besar. Saya juga melihat pada mesin Rossi, tetapi nampaknya tiada winglet pada mesing itu. VRossi-no-winglet Adakah Yamaha dan Ducati sahaja yang menggunakan winglet ini? Tidak. Honda juga menggunakan winglet ini dan ini dapat dilihat pada penggunaan kedua-dua mesin yang digunakan oleh Marquez dan juga Pedrosa. marquez-winglet Winglet pada mesin Honda kecil dan mungkin hanya sekadar ujian untuk melihat keberkesanannya dalam perlumbaan pertama nanti. pedrosa-winglet Mesin Pedrosa juga mempunyai winglet yang sama seperti mesin Marquez. Apapun, ini mungkin salah satu perkara yang biasanya akan menjadi satu teknologi baru yang akan dibawa turun kepada motosikal pengguna. Kawasaki H2R telah membawa teknologi ke jalan biasa.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/