Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, March 25, 2016

Honda CRF250 Rally (2017) - sedia untuk kembara

CRF250-rally5 Honda kini menyiapkan model CRF250 Rally untuk pengeluaran pada tahun 2017. CRF250 Rally ini merupakan model yang diasaskan dari CBR250R telah menerbitkan versi derivatifnya iaitu CRF250L. Setakat ini, model ini berada dalam peringkat prototaip sebelum produksi akhir. Pengeluaran model baru biasanya mengikut 3 peringkat iaitu konsep, prototaip dan produksi. CRF250-rally4-1 Honda CRF250 Rally ini nampaknya sedia untuk merentas desa, rantau atau apa saja yang ada dihadapan dengan 'muka' yang nampak serius. Ini dapat dilihat pada penggunaan lampu berkembar dengan dua saiz untuk pencahayaan yang serius dalam apa jua keadaan. Penghadang angin juga direka dengan cukup besar dan tinggi untuk mengelakkan angin dan pada masa yang sama, mengelak habuk, debu dan lumpur dari mengganggu tumpuan penunggang. CRF250-rally10 Sistem meter juga boleh dilengkapi dengan sistem navigasi satelit memudahkan merentas gurun yang luas dan saujana mata memandang. CRF250-rally6 Tayar perentas desa ini disediakan oleh Michelin model T63 dengan ukuran 90/90/21 untuk hadapan, dan roda belakang Michelin T63 dengan ukuran lebih besar 130/80/18. Spesifikasi ini adalah spesifikasi yang serius untuk motosikal yang hanya berkapasiti 250cc. CRF250-rally2 Suspensi depan dan belakang disediakan oleh SHOWA untuk pengendalian yang lebih mantap daripada biasa. Enjin masih lagi berkuasa 249cc, namun mungkin akan ditala berbeza sedikit untuk ketahanan dan juga prestasi dalam keadaan yang ekstrem. CRF250-rally9 Grafik pada Honda CRF250 Rally ini menggunakan 3 warna asas iaitu merah, biru dan putih mengingatkan kita kepada grafik Tri-color yang biasa dikaitkan dengan HRC. Spesifikasi yang sebegini serius sesuai untuk pengembara yang serius dan pastinya dengan harga yang serius juga. Sumber: TMCBlog

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/