Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, February 18, 2016

Suzuki Satria F150 FI (2016) serba baru dilancarkan di Indonesia - Rp 21.650 juta - 21.950 juta (RM6,794)

3SuzukiF150New-Aleix Suzuki Indonesia telah melancarkan Satria F150 FI (atau model yang agak sama di Malaysia, Belang R150) pada 16 Februari dengan kata tag 'Nyalakan Nyali'. Aleix Espargaro yang merupakan pelumba Team Suzuki ECSTAR menjadi model untuk memperkenalkan mesin 150cc yang berprestasi tinggi ini dari Suzuki.  Suzuki-F150-FI-2016-021 Suzuki Satria F150 pada kali ini menggunakan sistem suntikan bahanapi bagi menggantikan sistem karburetor bagi memaksimumkan prestasi enjinnya tetapi pada masa yang sama masih lagi boleh menjadi mesin yang jimat minyak. Suzuki-F150-FI-2016-003Enjin 150cc ini datang dalam konfigurasi DOHC yang merupakan konfigurasi kegemaran Suzuki untuk enjin 150cc keluaran mereka. Pada enjin model terdahulu, Suzuki menggunakan sistem penyejukan minyak (oil coolant), tetapi kini Suzuki berubah angin dengan menggunakan sistem penyejukan cecair (liquid coolant). Ini mungkin disebabkan Suzuki berusaha untuk meningkatkan prestasi enjin 150cc ini dan nampaknya usaha mereka berhasil kerana enjin ini mampu mengeluarkan 13.6kW (18.23hp) @ 10,000RPM (sebagai perbandingan, Y15ZR berkuasa 11.3kW(15.15hp) @ 8,500RPM, 2014 Yamaha FZ150i 12.2kW (16.36hp)). Daya kilas dengan nilai 13.8Nm @ 8,500RPM yang sama dengan daya kilas Y15ZR iaitu 13.8Nm @ 7,000RPM. Suzuki-F150-FI-2016-020Enjin Suzuki Satria FU 150 FI  akan sentiasa menjadi topik perbincangan peminat-peminat motor moped kerana enjin ini berkonfigurasi aci sesondol berkembar (DOHC) dan dilengkapi dengan 'direct acting valve drive mechanism' iaitu pacuan pada injap dijalankan secara terus melalui aci sesondol TANPA bahu penggolek (rocker arm). Bagi enjin moped yang berkuasa 150cc, ini adalah satu perkara yang besar kerana biasanya hanya 'superbike' yang menerima teknologi yang terkini dan terbaik. Suzuki-F150-FI-2016-01Kehebatan Suzuki Satria FU 150 FI ini tidak hanya bergantung semata-mata kepada enjinnya sahaja, namun tumpuan juga diberikan kepada kebolehan tunggangan yang stabil dengan rekaan Rangka Spar Berkembar Termaju Suzuki (Suzuki Advance Twin Spar Frame). Kekerasan dan keseimbangan rangka ini dikatakan selayaknya seperti GSX-R. Suzuki-F150-FI-2016-012 Satu ciri yang menarik dari Satria F150 FI ini adalah sistem suis penghidup sekali tekan (one touch). Ini bermakna anda tidak perlu lagi menekan suis penghidup sehingga motor itu hidup, tetapi dengan hanya sekali tekan, motor penghidup akan terus berfungsi sehingga enjin dihidupkan. Satu ciri yang kecil tetapi menarik. Namun begitu, ketahanan sistem ini sangatlah perlu agar tiada masalah pada masa akan datang. Suzuki-F150-FI-2016-002 Lampu depan menggunakan LED dan ini dapat memberikan nyalaan yang lebih cerah dan pastinya lebih tahan lama kerana LED tidak mempunyai filamen tungsten yang mudah terbakar. Model Suzuki Satria FU 150 FI adalah model yang sangat menarik dari Suzuki setakat ini untuk kategori moped bawah 150cc. Suzuki juga telah mengorak langkah dengan kembalinya dalam perlumbaan MotoGP dan ini boleh menarik minat peminat motor untuk kembali melihat Suzuki dengan satu perspektif baru. Suzuki-F150-FI-2016-004 Rekaan lampu belakang Satria F150 FI ini sangat kemas dan jujukan lampu isyarat bersama lampu brek nampak elegan. Suzuki Malaysia, sediakah anda membawa Satria FU 150 FI dan mengganti model Belang R? [gallery ids="21522,21521,21520,21519,21518,21517,21516,21515,21514,21513,21512,21511,21510,21509,21508,21507,21506,21505,21504,21503,21502"] Spesifikasi teknikal Suzuki Satria F150 FI (2016) Indonesia

DIMENSI

Panjang 1.960 mm
Lebar 675 mm
Jarak Sumbu 1.280 mm
Jarak Pijak 150 mm
Tinggi Jok 765 mm
Berat Kosong 109 kg

MESIN

Jenis 4-tak, Liquid cooled
Isi Silinder 1 silinder - 147,3 cc
Ratio Kompresi 11,5
Kuasa Kuda 13.6kW (18.23hp) @ 10,000RPM
Daya kilas 13.8Nm @ 8,500RPM
Sistem Bahan Bakar Fuel Injection
Sistem Pengapian Euro3
Sistem Starter 1-Push Electric Starter
Transmisi 6 percepatan
Kapasitas Tangki 4.0 liter

RANGKA

Suspensi Depan Teleskopik, pegas spiral, bantalan oli
Suspensi Belakang Lengan ayun, pegas spiral, bantalan oli
Rem Depan New Petal Design Disc Brake
Rem Belakang New Petal Design Disc Brake
Roda Depan 70/90-17 38P
Roda Belakang 80/90-17 50P
Velg Racing
Sumber: http://www.suzuki.co.id/motorcycle_type/all-new-satria-f150 dan https://www.facebook.com/suzukimotorindonesia/?ref=ts&fref=ts

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/