Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, February 8, 2016

Intip: Suzuki Satria FU 150 FI (2016 ) Indonesia - injeksi fokus pada prestasi tinggi - 18.23hp!

[caption id="attachment_21463" align="aligncenter" width="627"]Suzuki-Satria-FU-Injeksi-Iklan-di-sentul-4-2 Suzuki Satria FU 150 FI tertangkap semasa membuat iklan di Sentul[/caption] Suzuki Indonesia memulakan tahun 2016 dengan membawakan model 150cc dengan sistem suntikan bahanapi yang fokus kepada prestasi tinggi. Satu faktor yang boleh menjadi samada sesuatu model motosikal itu menjadi pilihan adalah dari segi prestasi enjinnya. Melalui bocoran spesifikasi Suzuki Satria FU 150 FI yang tertiris, enjin baru ini mampu mengeluarkan 13.6kW (18.23hp) @ 10,000RPM (sebagai perbandingan, Y15ZR berkuasa 11.3kW(15.15hp) @ 8,500RPM, 2014 Yamaha FZ150i 12.2kW (16.36hp)). Daya kilas dengan nilai 13.8Nm @ 8,500RPM yang sama dengan daya kilas Y15ZR iaitu 13.8Nm @ 7,000RPM.   Sesuatu yang perlu diperkatakan mengenai enjin ini adalah dari segi nisbah mampatan yang tinggi dari model sebelumnya iaitu 11.5:1 berbanding pada Satria F150 10.2:1. Apa ada pada nisbah mampatan? Nisbah mampatan yang tinggi adalah salah satu cara untuk meningkatkan prestasi enjin, namun begitu ini akan menyebabkan enjin perlu menerima petrol dengan RON yang tinggi untuk mengelakkan pra-letupan berlaku dalam kebuk pembakaran. Semakin tinggi RON, semakin kurang pra-letupan akan berlaku. Ini sangat bagus untuk pasaran Malaysia sebenarnya kerana petrol RON97 sedia ada di pasaran dan RON100 juga diperkenalkan oleh Petron Malaysia (RM2.80/liter). Tidak mengapa juga jika menggunakan RON95 jika enjin telah sedia diubahsuai untuk menerima RON rendah. new-engine-satria-fu-injeksi Enjin Suzuki Satria FU 150 FI  akan sentiasa menjadi topik perbincangan peminat-peminat motor moped kerana enjin ini berkonfigurasi aci sesondol berkembar (DOHC) dan dilengkapi dengan 'direct acting valve drive mechanism' iaitu pacuan pada injap dijalankan secara terus melalui aci sesondol TANPA bahu penggolek (rocker arm). Bagi enjin moped yang berkuasa 150cc, ini adalah satu perkara yang besar kerana biasanya hanya 'superbike' yang menerima teknologi yang terkini dan terbaik. rangka-satria-fu-injeksi Kehebatan Suzuki Satria FU 150 FI ini tidak hanya bergantung semata-mata kepada enjinnya sahaja, namun tumpuan juga diberikan kepada kebolehan tunggangan yang stabil dengan rekaan Rangka Spar Berkembar Termaju Suzuki (Suzuki Advance Twin Spar Frame). Kekerasan dan keseimbangan rangka ini dikatakan selayaknya seperti GSX-R. Moped dengan konfigurasi spar berkembar? Ini sangat 'rare'. Model Suzuki Satria FU 150 FI adalah model yang sangat menarik dari Suzuki setakat ini untuk kategori moped bawah 150cc. Suzuki juga telah mengorak langkah dengan kembalinya dalam perlumbaan MotoGP dan ini boleh menarik minat peminat motor untuk kembali melihat Suzuki dengan satu perspektif baru. Harga Suzuki Satria FU 150 FI ini dianggar dalam Rp 22 juta (RM6,680 tukaran terus). Suzuki Malaysia, sediakah anda membawa Satria FU 150 FI dan mengganti model Belang R? Sumber: http://motorsatria.com/harga-satria-fu-injeksi/ dan http://iwanbanaran.com/2016/02/06/suzuki-satria-fu-injeksi-ternyata-sudah-distribusi-secara-serentak-di-pulau-jawa/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/