Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, February 15, 2016

Honda CBR150R (2016) serba baru dilancarkan di Indonesia - Rp. 32,5 - 33,3 juta (RM10k tukaran terus)

2016-All-New-Honda-CBR150R-001 PT Astra Honda Indonesia kini melancarkan mesin CBR150R serba baru untuk 2016. Kali ini, CBR150R menerima peningkatan samada dari segi kosmetik dan juga dari segi dalaman iaitu prestasinya. Turut hadir ke Litar Sentul, Indonesia adalah Dani Pedrosa dan Marc Marquez untuk menyempurnakan pelancaran ini. 2016-All-New-Honda-CBR150R-002 Enjin Honda CBR150R adalah DOHC berkapasiti 150cc dengan ukuran 'bore x stroke' pada 57.3 x 57.8mm yang menghampiri konfigurasi 'square engine'. Ukuran ini adalah sama seperti Honda Sonic 150 R yang telah diperkenalkan di Indonesia sebelum ini. Kuasa kuda maksimum yang dapat dijana oleh enjin ini adalah 12.6kW (17.1PS) @ 9,000RPM dengan daya kilas maksimum 13.7Nm @ 7,000RPM. Transmisinya pula adalah 6-kelajuan manual. 2016-All-New-Honda-CBR150R-006 Turut menerima peningkatan adalah rangkanya yang mana kini mengguna 'Truss Frame' dengan bentuk berlian (diamond). Honda mengatakan ini akan memberikan ketegaran dan fleksibiliti yang seimbang untuk pengendalian yang lebih baik. Titik graviti juga dikatakan berada ditengah-tengah mesin ini. 2016-All-New-Honda-CBR150R-004 Jarak antara roda (wheelbase) lebih panjang dan ini menjadikan pengendalian CBR150R 2016 berbeza dengan CBR150R sebelumnya dimana ini akan memberikan lebih radius pusingan semasa mengambil selekoh. 2016-All-New-Honda-CBR150R-003 Sistem brek dibekalkan oleh Nissin dengan kaliper brek dua piston pada bahagian depan dan kaliper brek satu piston pada bahagian belakang. 2016-All-New-Honda-CBR150R-008 Bahagian kokpit dikemaskan dengan penggunaan meter digital sepenuhnya yang lebih tipis supaya memudahkan penunggang melihat semua info dengan sekali pandang sahaja. AllNew-CBR150R-2016 Honda CBR 150 R hadir dalam 4 warna termasuk MotoGP Repsol Edition.
Harga Honda CBR150R (2016) adalah Rp 32,5 juta untuk warna Nitro Black, Revolution White dan Honda Racing Red. Harga Honda CBR150R (2016) MotoGP Edition Rp 33,3 juta (RM10,000 tukaran terus) Sumber: TMCBlog dan Sarjan Tulang

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/