Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, February 6, 2016

Galeri: Gambar Studio Yamaha 135LC 4-kelajuan (2016) - RM7,068.08 (harga asas termasuk GST)

2016-Yamaha-LC135-Biru-006 Yamaha 135LC 4-kelajuan kini rasmi dengan 5 peningkatan iaitu (1) lampu reraup yang berbeza, (2)lampu reraup kini LED bukan lagi halogen, (3)lampu belakang yang lebih tinggi pada bar pemegang belakang (bar pemegang belakang juga menerima perubahan rekaan), (4)rekaan lampu belakang diubah dengan lampu isyarat yang terpisah (mengikut peraturan UNECE) dan yang kelima visor penghadang angin kini datang sebagai aksesori asas. Terdapat 3 pilihan warna iaitu putih/hitam dengan rim merah, merah/hitam dan biru/kelabu dengan rim hitam bergaris putih. Semua pilihan warna ini datang dengan satu varian sahaja iaitu klac automatik. Tiada model 135LC yang 5-kelajuan dengan klac manual seperti yang dapat kami perhatikan. Adakah ini bermakna model Yamaha 135LC 5-kelajuan klac manual yang diperkenalkan pada 2011 sudah tiada lagi dalam produksi? Ini logik dan bertepatan dengan model Y15ZR yang hanya hadir dengan varian klac manual sahaja. Apa kata anda? Silalah semak galeri gambar studio rasmi yang jelas dan beresolusi tinggi:   Yamaha 135LC Putih/Hitam dengan rim merah (2016) [gallery ids="21449,21456,21455,21454,21453,21452,21451,21450"] Yamaha 135LC Merah/Hitam dengan rim hitam bergaris putih (2016) [gallery ids="21448,21447,21446,21445,21444,21443,21442,21441"]   Yamaha 135LC Biru/Kelabu dengan rim hitam bergaris putih (2016) [gallery ids="21440,21439,21438,21437,21436,21435,21434"] Spesifikasi enjin tidak mengalami perubahan dengan 8.93kW (11.97hp) pada 8,500RPM dan daya kilas pada 11.79Nm pada 5,500RPM. [caption id="" align="aligncenter" width="640"] Click to embiggen![/caption] Harga Yamaha 135LC 4-kelajuan (2016) adalah RM7,068.08 (harga asas termasuk GST tanpa pendaftaran, cukai jalan dan insurans)

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/