Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, January 27, 2016

Yamaha Xabre 150 (2016) dilancarkan di Indonesia oleh Valentino Rossi - Rp 29.8 juta (RM9,133.60)

2016-Yamaha-Xabre-150-Rossi-Indonesia-001 Yamaha Indonesia (YIMM) membawakan Valentino Rossi ke Bali khas untuk melancarkan model terbaru dalam segmen 150cc iaitu Yamaha Xabre 150. Yamaha Xabre 150 merupakan model yang sama dengan model Yamaha M-Slaz 150 yang telah dilancarkan di Thailand pada Disember 2015. Mengikut perkiraan kami pada awalnya, kami menjangkakan model ini harus akan sampai ke Indonesia kerana pasaran di Indonesia adalah sangat besar (±8 juta jualan motosikal per tahun bro!) dan kami berpendapat namanya adalah MT-15. 2016-Yamaha-Xabre-150-Rossi-IndonesiaIni adalah kerana di Thailand, M-Slaz 150 datang dengan slogan "Slash Your Darkness". Ini adalah seiring dengan slogan siri MT yang menggunakan perkataan "Dark". Yamaha MT-09 hadir dengan slogan "Discover Your Darker Side", MT-07 dengan slogan "Rise Up Your Darkness" dan MT-10 "Ray of Darkness". Dengan banyaknya perkataaan "Dark" ini, mungkin karakter yang paling sesuai untuk motosikal ini adalah Darth Vader atau Kylo Ren atau Darth Maul atau sesiapa saja dalam "Dark Side". 2016-Yamaha-Xabre-150-IndonesiaEnjin Xabre 150 berpendingin cecair dengan aci sesondol tunggal 4-lejang satu silinder. Diameter dan langkah sedikit "overstroke" dengan 57.0 x 58.7 mm yang mampu memberikan kuasa sebanyak 12.0kW (16.09hp) pada putaran enjin 8,500RPM. Daya kilas maksima pula pada 14.3Nm pada 7,500RPM. Kapasiti tangki petrol pula pada 10.2L yang mana lebih kecil daripada FZ-150i pada 12.0L. Penjimatan yang baik dengan sistem suntikan bahanapi pada kedua-dua motor ini dapat memberikan kelegaan kepada anda kerana bezanya cuma 1.8L. Transmisinya hadir dengan 6-kelajuan dengan konfigurasi 1-N-2-3-4-5-6. Ini dapat memberikan "overdrive" kepada enjin dan ini akan memberikan lebih penjimatan dan juga lebih kawalan terhadap putaran enjin dengan daya kilas yang diperlukan oleh penunggang. Harga Yamaha Xabre 150 adalah Rp 29,8 juta atau RM9,133.60 (tukaran terus). Tidak dapat dipastikan samada Xabre 150 akan hadir ke Malaysia atau tidak. Spesifikasi Yamaha Xabre 150 (2016)

DIMENSI

P X L X T

1959mm X 795mm X 1065mm

JARAK SUMBU RODA

1350mm

JARAK TERENDAH KE TANAH

164mm

TINGGI TEMPAT DUDUK

805mm

BERAT ISI

135 kg

KAPASITAS TANGKI BENSIN

10.2 L

MESIN

TIPE MESIN

4 Langkah berpendingin cairan, SOHC

JUMLAH / POSISI SILINDER

Silinder tunggal / Tegak

DIAMETER X LANGKAH

57,0 x 58,7 mm

PERBANDINGAN KOMPRESI

10,4 : 1

DAYA MAKSIMUM

12.0 kW/8500 rpm

TORSI MAKSIMUM

14.3 Nm/7500 rpm

SISTEM STARTER

Elektrik starter

SISTEM PELUMASAN

Basah

KAPASITAS OLI MESIN

Total = 1,15 L ;

Berkala = 0,95 L ;

Ganti filter oli = 1,00 L

SISTEM BAHAN BAKAR

Fuel Injection

TIPE KOPLING

Basah, Kopling manual , Multiplat

TIPE TRANSMISI

Constant mesh 6-kecepatan

POLA PENGOPERASIAN TRANSMISI

1-N-2-3-4-5-6

RANGKA

TIPE RANGKA

Diamond

SUSPENSI DEPAN

Teleskopik

SUSPENSI BELAKANG

Swingarm

BAN DEPAN

110/70-17M/C 54S

BAN BELAKANG

130/70-17M/C 62S

REM DEPAN

Single disc brake

REM BELAKANG

Single disc brake

KELISTRIKAN

SISTEM PENGAPIAN

TCI

BATTERY

GTZ4V / YTZ4V

TIPE BUSI

NGK/CR9E

Sumber: http://www.yamaha-motor.co.id/newsdetail/archive/2016/january/article/valentino-rossi-buka-selubung-xabre-pelopor-tren-baru-drifting-riding-style-di-indonesia-dare-y.html

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/