Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, January 14, 2016

Ulasan: Kawasaki Z250SL (2014) - enjin 1 silinder berangka Trellis - RM15,789 (asas)

2014-Kawasaki-Z250SL-002 Segmen 250cc merupakan satu segmen yang sangat kompetitif pada masa ini yang mana terdapat pelbagai pilihan spesifikasi dan pilihan harga yang berusaha untuk menambat hati penunggang yang biasa baru ingin menaik taraf dari moped atau skuter kepada motosikal berkuasa tinggi (pada masa dulu, seingat saya, 250cc sudah dikategorikan sebagai 'superbike' iaitu 'entry-level superbike'. Namun begitu, sekarang ini, ramai yang mengatakan 250cc bukan 'superbike'. Apa-apa pun, saya masih ingin kekal dengan definisi 250cc sebagai 'entry-level superbike'. Anda tidak setuju, tak apalah).   2014-Kawasaki-Z250SL-004 Satu motosikal yang sangat menarik untuk dipertimbangkan dalam pilihan anda dalam segmen 250cc ini adalah mesin dari Kawasaki iaitu Z250SL. Kawasaki memperkenalkan Z250SL pada 2014 selepas sahaja memperkenalkan kepada penunggang Malaysia, Ninja 250SL yang berciri sukan dengan reraut penuh. Z250SL hadir sebagai alternatif tanpa reraut yang sesuai untuk digunakan samada di bandar, di kampung mahupun di litar. Apa yang membezakan motosikal sukan reraut penuh dengan motosikal tanpa reraut adalah dari segi ketinggian tempat duduknya yang lebih rendah. Tempat duduk yang rendah membolehkan penunggang untuk senang berpijak ke tanah dalam keadaan trafik yang berat yang memerlukan gaya tunggangan henti-dan-pergi. Selain itu, bar hendal juga lebih tinggi dari model sukan reraut penuh untuk memberikan gaya duduk yang lebih tegak agar tidak meletihkan penunggang. Z250SL memberikan gaya duduk tegak yang selesa dalam kelajuan biasa dalam had laju yang dibenarkan iaitu 90km/j. Tiupan angin tidaklah mengganggu tunggangan anda dalam kelajuan ini. Namun, setelah memerah lebih sedikit sehingga 140km/h, angin akan mula menjadi lawan anda. Anda akan terasa tolakan pada kiri dan kanan pada bahu anda. Enjin Z250SL berkonfigurasi 1 silinder dengan sejukan cecair bersama 4 injap aci sesondol berkembar yang berkuasa 20.6kW (27.6hp) pada 9,700RPM dan daya kilas sebanyak 22.6Nm pada 8,200RPM. Pada sesi uji pandu saya, enjin Z250SL berfungsi dengan cantik pada perahan RPM melebihi 4,000RPM. Ya, ini adalah enjin yang memerlukan anda mengubah sedikit gaya pemanduan anda agar membiarkan bacaan digital RPM di meter melebihi 4,000RPM untuk benar-benar merasai kuasanya yang cantik itu. Jika dilihat dari segi ketahanan enjin Z250SL ini, anda tidak perlu risau kerana enjin ini diasaskan dari motosikal lasak iaitu KLX250 yang telah terbukti lasak. 2014-Kawasaki-Z250SL-003 Penukaran gear selepas 4,000RPM juga terasa tepat dan lancar, tetapi sedikit kekurangan disini kerana seperti mana biasa, kita sangat ingin untuk melihat bacaan kedudukan di meter dan pada Z250SL, cuma ada bacaan N. Pernah sebelum ini ada yang berkata pada seorang kawan saya, kalau benar ingin melihat kedudukan gear pada meter, tunggang saja moped. Jangan jadi seperti dia. Satu perkara yang saya rasakan semasa menunggang uji Z250SL, titik graviti (center of gravity) dirasakan agak tinggi walaupun motor ini tak tinggi sangat ini menyebabkan saya kurang yakin mengambil selekoh dalam kelajuan 80km/h. Ini juga mungkin kerana kebiasaan saya yang menunggang 135LC saya yang lebih rendah titik gravitinya. Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan Z250SL atas beberapa sebab:
  1. Motosikal 250cc yang murah dalam segmennya
  2. Enjin yang terbukti ketahanannya yang diasaskan dari KLX250
  3. Karakter enjin yang memerlukan RPM tinggi yang memberikan keterujaan
  4. Rekaan yang menarik kombinasi dari ketajaman Jepun dan rangka Trellis Itali
  5. Senang dikendalikan untuk penunggang yang baru
[gallery columns="4" ids="21230,21229,21228,21227"] Sekiranya anda sedang mencari motosikal 250cc sebagai naik taraf moped anda mungkin kerana tempat kerja anda jauh dari tempat tinggal anda, cubalah uji pandu Z250SL ini.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/