Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, January 24, 2016

Adakah ini Honda Supra X 150 - bakal pesaing Yamaha Y15ZR?

2016-Honda-SupraX150-spyshot Tahun 2015 menyaksikan motosikal di Malaysia dalam kategori moped menerima enjin 150 iaitu Yamaha Y15ZR. Sebelum itu, telah muncul Suzuki Belang R150, namun itu berada dalam kategori yang lain kerana rekaannya yang lebih menyamai Suzuki Akira, Yamaha Speed MX 120 atau Kawasaki Athlete 125. Setelah dunia moped ditingkatkan dengan enjin berkapasiti 150cc oleh Yamaha, pesaing terbaru datang dari Honda dengan beberapa khabar bahawa Honda akan membawakan versi Supra X dalam varian 150cc. Khabar-khabar ini banyak berlangsung dari tiupan angin dari Indonesia dan sememamngnya berita dari Indonesia lebih terdahulu mendapat maklumat mengenai motosikal. Dalam gambar diatas, dapatlah kita melihat sedikit rupa sebuah mesin Honda yang dikaitkan dengan Supra X 150. Dapat dilihat bahawa model ini adalah khas untuk Indonesia kerana terdapat braket pemegang nombor plet diatas reraup depan model tersebut.   2016-Honda-SupraX150-spyshot2 Meter model ini menggunakan kombinasi analog dan digital yang sememangnya sangat dinantikan oleh peminat motosikal. Keseluruhan rekaan ini sangat sportif dan sesuai untuk motosikal berkapasiti 150cc. Kehadiran mesin moped 150cc dari Honda adalah amat dinantikan oleh puris-puris Honda di Malaysia dan juga di Asean. Saya juga begitu. Jika harga, teknologi dan prestasinya memberangsangkan, tidak mustahil, ini akan menjadi kebangkitan semula Honda dalam dunia moped di Malaysia dan Asean. Selari dengan khabar dari Mekanika bahawa Malaysia akan menerima Honda Sonic 150R, adakah model ini yang sebenarnya akan kesini? Sos: Motoblast

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/